Nojie Alias

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

 
Hadis
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا. وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا.

Maksudnya:

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kebenaran, dia mendapat ganjaran pahala sama seperti ganjaran pahala orang-orang yang mengikuti ajakannya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka.

Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, dia mendapat dosa sama seperti dosa orang-orang yang mengikutnya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.

Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Munajat Seorang Hamba

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM....

ALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIN

WASSALATU WASSALAMU A'LA ASHRAFI AMBIYAAI ALMURSALIN WA A'LA ALIHI WASAHBIHI AJMA'IN

Ya allah, Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat islam masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon apa yang telah dipohonkan oleh nabi Muhammad SAW dan kami meminta perlindungan daripada apa yang pernah diminta baginda SAW. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa kami ke arahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah ya Tuhan kami, engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin. berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami. Tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman, dan amal. Hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami kami pohon kepada Engkau Iman yang sempurna, Ilmu yang memberi manfaat, Rezeki yang halal, Anak yang soleh, Rumahtangga yang bahagia, Usia yang berkat, Doa yang mustajab, hajat yang tertunai, Kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, Keselamatan di dunia dan di akhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau di hati kami, hidupkanlah hati ini dan segala yang terbuku di hati kami, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini ke[pada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami, selamatkanlah hati kami daripada sifat-sifat yang keji dan jauhilah kami daripada perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan Kerajaan-kerajaanMu dan masda depan kami di akhirat nanti. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini hambaMu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya. Berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami, supaya dapat kami melakukan segala yang diperintah oleh Engkau, meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Engkau.

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam Iman dan matikanlah kami dalam Iman, selamatkanlah Iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembus nafas yang terakhir. Ya Allah Ya Tuhan, selamatkanlah kami semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman dari taman syurga, selamatkanlah kami daripada seghala angkara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar. Selamatkanlah kami Ya Allah semasa berada di padang Mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan 'Arasy Engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkan kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami Ya Allah dengan hisab yang ringan, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami, Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hambaMu ini, hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan. Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam Nabi kami al-Kauthar. Selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.

Ya Allah Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam syurga Engkau bersama orang-orang yang memasukinya.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat nabi kami Nabi Muhammad SAW dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.

RABBANAA ATINAA FIDDUNYAA HASANAH WAFIL AKHIRATI HASANAH WAQINAA A'ZAABANNAR SUBHAANA RABBIKA RABBIL I'ZZATI A'MMA YASIFUUN WASALAAMUN A'LAL MURSALIIN WALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIIN

Waktu Sembahyang


RTM 1

Klik Untuk Skrin Besar
RTM 2

Klik Untuk Skrin Besar
TV3

Klik Untuk Skrin Besar
TV9

Klik Untuk Skrin Besar





Majlis Tahlil dan Doa Selamat
Wednesday, December 30, 2009
Sebelum bacaan yassin sempat bergambar kenangan. Yang datang lambat tak sempat snap gambar..camera pulak buat hal..dari belakang kiri :
K.Ina-Nizam, K.Nor-Zack, K.Nor-Hasmin, Sham-Zul,
duduk dari kiri : Ina-Abdan, minah Qatari kat tengah2 tu (Aisyah-Mahadi) dan yang paling besar last tu siapa lagi kalau bukan tuan rumahnya, K.Azie.

Si Zuqarnain begitu asyik memerhati minah Qatari...

anak-anakpun turut serta dalam majlis doa selamat dan tahlil, w/pun entah tahu ke tidak membacanya. Apa-apapun terima kasih ye anak-anak kerana menghormati majlis..

eloknya birthday boy duduk..Ahmadpun sempat potong kek...yang telah disumbangkan oleh..Sham-Zul..thanx ye Sham..lain kali buatlah lagi..

begitu tekun ibu-ibu membaca dan menghayati bacaan yassin



Nampak hitam semuanya kerana kami dah tetapkan tema abaya hitam..sebab itulah kebanyakannya hitam, cuma yang baru aje tak ada koleksi lagi...dah pakai meleret semua ni, masa buat kerja dapur mulalah terjingkit2, ikat sana ikat sini....hehehe kesian




Assalamualaikum.

Pertama sekali K.Azie ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-NYA majlis makan-makan yang K.Azie sekeluarga harapkan berjalan dengan lancar...

Pada tanggal 28 Disember yang lepas, K.Azie sekeluarga telah mengadakan sedikit jamuan makan dan disertai dengan majlis doa selamat dan tahlil untuk kedua ibu kami iaitu Fatimah Wahab dan Ramlah Salleh, semoga roh kedua ibunda tercinta dicucuri rahmat. Amin...

Pada majlis itu juga kami mengambil kesempatan untuk meraikan birthday anak sulung kami, Along Arief. Semoga Along membesar menjadi seorang anak yang soleh, berakhlak mulia, menjadi pembimbing dan contoh yang baik kepada adik-adik, anak yang pintar serta rajin, dan seorang hambanya yang berguna di dunia dan di akhirat.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan yang telah menyumbangkan tenaga dan masa untuk menjayakan majlis kami ini. Dari pagi sehingga selesai majlis mereka telah bertungkus-lumus menyiapkan segala persediaan dan mengatur agar segalanya berjalan dengan lancar. Mereka merupakan tulang belakang dan tonggak kepada kejayaan majlis kami ini. Terima kasih juga kepada hubby-hubby semua kerana melepaskan isteri masing-masing menolong kami.

Terima kasih kepada K.Ina-Nizam, Norin-Rambo (w/pun sedang berbadan 2, masih kuat membantu), K.Nor-Zack (dari mlm sebelumnya tinggalkan Abg Zack sendirian kat rmh), Zu-Chot, Mas (minta maaf yer, lupa nama hubbynya. Maklumlah org baru kat sini. W/pun baru turut sama membantu), Ina-Abdan, K.Aya-Malek, K.Sham-Rosman, Ida-W.Rosli, K.Nor-Hasmin, Sham-Zul, Aishah-Mahadi, Lenny-Atan, Ira-Zaini.....Terima kasih yang tidak terhingga, tak mampu kami membalasnya...semoga ALLAH membalas segala jasa kalian dan memberkati apa yang kita lakukan. Amin....malah sebenarnya masih ramai yang tidak dapat hadir kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Apa-apapun terima kasih diatas sokongan anda semua..orang belakang tabirpun penting jugakan...

Begitu juga kepada semua kawan-kawan yang sudi hadir ke majlis kami ini. sesungguhnya kehadiran anda semua amatlah bermakna kepada kami. Malah ada yang datang dari al-Khor, jauh tu..dan ada yang kurang sihat sanggup meluangkan masa turut memeriahkan suasana majlis kami. Semoga ikatan persahabatan kita semakin erat dan utuh sehingga ke pengakhirannya....

Untuk makluman semua majlis bacaan yassin dan tahlil hanya dapat dilaksanakan oleh kaum ibu al-haya...Ini kerana kaum bapanya sibuk dengan tugas yang tidak dapat dihindarkan..dah nak buat macam manakan, dah kerja dan itu adalah sumber rezeki kita...tak apalah, janji majlis dah berjalan dengan lancar. Pada sebelah paginya kami sama-sama membuat persiapan memasak. Macam biasa-biasa ketua chefnya sudah tentu K.Sham-Rosman@moped. Penuhlah rumah dengan kehadiran kaum ibu al-Haya dan hilai tawa mengisi ruang rumah dengan pelbagai topik yang dibincangkan. Biasalah bila dah berkumpul ni, macam-macam cerita yang diutarakan. Memang seronok sangat dapat berkumpul ramai-ramai ni.

Majlis bacaan yassin kami lakukan selepas asar...al-hamdulillah, walaupun tersekat-sekat dapat juga disudahi....tak pernah jadi naqibah, tup-tup kali ini kena pikul tugas tu...dengan keadaan kepala berdenyut-denyut dan berdebar sikit-sikit kot...apa-apapun janji dah selesai satu tanggung jawab kepada ibunda tercinta. Semoga segala apa yang kami pohon dan hajati dimakbulkan oelh-MU YA ALLAH, YA RABBI AL-AMIN......

Sekali lagi kami ingin memohon maaf diatas segala kekurangan samada dalam bentuk hidangan atau layanan...dan jutaan terima kasih samada terlibat secara langsung atau tidak langsung...jazakallah hu khairun khatimah...

Wassalam...






posted by Nojie Alias @ 9:47 AM   0 comments
Pesta Bunga Api - Qatar National Day
Tuesday, December 22, 2009




Video ini dirakam oleh Abang Amir
posted by Nojie Alias @ 9:52 PM   0 comments
Gelagat Anak-anak.....




Gambar anak-anak dengan gaya yang tersendiri..pandai pula ye mereka beraksi...Mama dan papanya tak sempat nak snap gambar anak-anak, semua ni K.Azie copy dari blog http://malaysianatqatar.blogspot.com/. Terima kasih ye Zul-Sham... banyak peristiwa lucukan pada 18 Disember tu...
posted by Nojie Alias @ 9:30 PM   1 comments
Sambutan Kemerdekaan Qatar dan Bercamping di Sealine lagi
Sunday, December 20, 2009

Assalamualaikum.

AlHamdulillah Allah telah memberi peluang kepada K.Azie sekeluarga merasai suasana sambutan hari Kemerdekaan Qatar. Merasai suasana dan melihat dengan lebih dekat bagaimana cara sambutan kemerdekaan masyarakat Arab. Entah tak tahu macam mana nak gambarkan realiti kehidupan mereka. Tetapi timbul rasa cuak dengan sikap mereka yang keterlaluan. Mengikut pemerhatian dan penilaian sepanjang berada di bumi Arab ini, memang benar kaum Arab ni sukakan hiburan. Perancangan halus yang dirancang oleh musuh-musuh Islam untuk melalaikan Ummat Muhammad S.A.W ini nampaknya menjadi kenyataan. Dari hari ke hari, nampaknya ummat Islam semakin hanyut dalam gelombang kemodenan yang melalaikan. Bilakah agaknya Islam akan bangkit dan mencapai kegemilangannya, setelah diturunnya Imam Mahadi dan Nabi Isa A.S agaknya ? Semoga kita semua sentiasa mendapat petunjuk dan rahmat dari-NYA YG ESA.

Berbalik kepada sambutan kemerdekaan Qatar. Pada sebelah pagi 18 Disember, lebih kurang pukul 8.30 kami bertolak ke Corniche dan parking belakang balai bomba. Kami berjalan menyusuri pantai menghala ke arah Souk. Begitu ramai manusia yang bukan hanya terdiri daripada masyarakat Arab Qatar, malah pelbagai bangsa yang ada kat bumi Qatar ni turut sama meraikannya. Sebenarnya kami dah terlambat jadi separuh jalan aje...acara/perbarisan awal tak sempat...apa-apapun seronok juga. P/s: kalau kat Malaysia tak berpeluang nak turut serta memeriahkan acara...

Pagi tu, Sham-Zul dan Ida-W.Roslipun turut bersama kami. Kiranya berkonvoilah...Tapi dah tak sama kerana keadaan jalan yang sesak dan kepadatan tempat parking telah memisahkan kami. Bila jalan tu, ada yang ke depan dan ada yang tertinggal jauh kebelakang. K.Azie dan family Sham jalan bersama, Abang Amir dah menyusup entah ke mana untuk merakam suasana masa tu. Ida tertinggal kat belakang, cuma sms yang menjadi penghubung untuk menyatakan lokasi antara kami (bunyi bising muzik menghalang pendengaran perbualan telefon). K.Azie dan Sham dapat menyusup ke tepi pantai dan cari tempat sesuai untuk membentang tikar bagi menikmati juadah yang dibawa...hehehe sempat lagi dengan bekalan (nak turut serta acara ke nak berpicnic ?). Sham sempat lagi goreng beehoon dan nasi goreng serta siapkan kebab....K.Azie dengan cekodok apple dan donut ala-ala dunkin donut ( yang sebenarnya ala-ala donkey donut dah...resepi baru lagi)

Setelah agak lama Ida dan familynya tak kunjung tiba, Sham cuba menghubungi. Setelah beberapa kali mencuba akhirnya berjaya dihubungi. Satu insiden yang tidak disangka-sangka telah berlaku.....Ida dan suami serta anak-anaknya telah tersilap arah bertentangan. Dia telah mengambil arah ke Sheralton Hotel, kami ke arah Souk...dan dia sekeluarga telah menyusuri corniche sehingga ke Sheralton, jauh tu. Ida berpatah balik, tetapi masa tu acara dah habis dan masa dah dekat Jumaat. So kami mengambil keputusan berkumpul kat tempat parking. Kami berkonvoi ke masjid dan bercadang untuk sambung berpicnic selepas itu..Tapi tak kesampaian dek kerana hujan yang mencurah-curah turun..dah tak ada rezeki..balik ajelah.

Pada sebelah malamnya pula K.Azie dan juga family Sham-Zul berpakat ke Corniche lagi untuk melihat pertunjukkan bunga api dan seterusnya bertolak ke Sealine..untuk bercamping..seronok punya pasal, malampun malamlah..janji dapat merasai lagi tidur kat khemah.




Memang betul-betul grandlah pertunjukkan bunga api ni. Inilah julung-julung kalinya kami dapat menyaksikan secara direct, biasanya kat depan TV jer. Seronok tau..memang rugi pada sesiapa yang tak merasai suasana tu...Rasanya entah berapa juta Qatar Riyal agaknya kerajaan Qatar dah belanjakan hanya untuk pertunjukkan bunga api ni??!! K.Azie dan keluarga je yang turun ke tepi Corniche, Sham dan family tengok dari jauh jer..kat tempat parking..anaknya tidur.

K.Azie nak komen sikit pasal sikap orang Arab ni. Minta maaf ye kalau ada yang tersinggung. Tapi itulah hakikatnya daripada pemerhatian K.Azie. Entah tak tahu sebenarnya macam mana nak mulakan. K.Azie sendiri tak pasti mereka faham atau tidak erti kemerdekaan tu terutamanya golongan mudalah. Mereka seronok tahap 'giler-giler' gitu. Cara mereka juga begitu keterlaluan. Malas nak komen ditir, K.Azie percaya rakan-rakan kat sini tentu lebih arif dengan sikap mereka kan..??!!

Selesai acara, kami cepat-cepat keluar ke tempat parking dan mulakan perjalanan ke Sealine. Dah awalpun masih terperangkap juga dengan kesesakan lalulintas...Akhirnya kami berkumpul kat permulaan off road kat Sealine untuk menuju ke tempat perkhemahan dan menyertai keluarga K.Sham-Rosman, K.Ina-Nizam, Aisyah-Mahadi, dan yang datang bujang W.Jo,Rudy, dan K.Lot (co-pilot, orang penting ni...)

Sebenarnya kami tak berapa pasti jalan ke tempat perkhemahan tu. Saja nak mencuba kebolehan sendiri dan tak nak menyusahkan kawan-kawan kat sana dah malam benar ni..Zul mendahului, ok je nampak tahu jalan agaknya...hehehe. Untuk first kilometer kami masih lagi berada di track sepatutnya. Tapi selepas tu..kereta Zul nampaknya meluncur laju dah semakin ke kanan dan menghala ke arah jalan raya. Kami hanya mengikut dari belakang. Akhirnya kami ambil keputusan nak masuk balik jalan tengah yang sepatutnya kami lalui. Kali ini, giliran Abang Amir pulak yang mengetuai perjalanan 2 buah kereta ni. Nak ke tengah punya pasal dia tanpa disedari terus across hill by hill...ingatkan jalan biasa jer, rupanya dah ada kat top bukit yang tinggi..gerun..dahlah malam tak nampak apa-apa. Nampakpun putih pasir je..

Mati kutu kami masa tu, jam dah menunjukkan tepat ke angka 12...duk kat tengah-tengah padang pasir..Lastnya telefon co-pilot, En.K.Lot...dia suruh kami balik ke laluan yang sepatutnya dan tunggu kat tempat kami nak mulakan off road tu...dan akhirnya kami menyusuri jalan betul-betul tepi laut. Alhamdulillah kami selamat sampai ke titik permulaan dan akhirnya K.Lot datang for the rescue. Tak perasan pukul berapa kami sampai ke destinasi perkhemahan, mungkin dalam pukul 1 pagi kot. Inilah bahananya terlalu confidence dan ego tak nak menyusahkan orang..lastnya memang menyusahkan kawan juga..Satu pengajaran penting ni..

Sampai sana perut dah berbunyi setelah seharian tidak menjamah nasi. Maklumlah program penuh sepanjang hari. Dah keluarkan bekalan dan khemah dah siap, apa lagi makanlah...Abang Amir yang dah keletihan dan ditambah dengan baru habis night shift terus je terlena setelah perutnya kenyang. K.Azie sempat lagi berborak menceritakan pengalaman sand dune malam-malam buta. Tadi takut, sekarang seronok pula, lucupun ada. Itu semua merupakan satu experience yang begitu beharga dalam mengharungi onak ranjau sisa-sisa kehidupan ni.

Kalau minggu lepas kami bermandikan hujan, minggu ini kami hampir tidur dalam air laut yang pasang. Pagi-pagi dah dengar suara K.Lot bising-bising mengejutkan kami agar berkemas dan berpindah ke kawasan yang tidak dinaiki air. Memang banyak betul jasa K.Lot kat anggota ekspidisi ni ye. Terima kasih daun keladi ye K.Lot, lain kali jangan serik jadi ketua kami lagi....dan terima kasih ye Ina kerana sudi lepaskan K.Lot sebagai ketua ekspidisi kami, walaupun Ina tak dapat turut serta kerana masalah kesihatan. Kami doakan semoga Ina cepat sembuh dan boleh turut serta for the next time.



Kalau kat Malaysia kita saksikan mat-mat rempit dengan aksi mengerikan dengan motosikal mereka. Kat Qatar ni kami dapat lihat gelagat mat-mat arab melakukan stunt dengan ATV...


Antara laluan yang terpaksa kami redah untuk sampai ke kawasan perkhemahan. Biasanya laluan beginilah yang menyebabkan kereta banyak yang tersangkut. Gambar ni dirakam semasa perjalanan balik...


Anak-anak mandi kat kolam yang terbentuk akibat air laut pasang. Rasanya kawasan ini lebih selamat buat mereka, kerana tiada ombak. Kawasan berpasir di tengah tu merupakan tapak asal perkhemahan kami sebelum air pasang.


Solat Zohor kat ruang antara kereta sahaja, malas nak pasang khemah dah...

Hampir Asar baru kami bertolak balik ke Doha. Kalau minggu lepas 2 buah family sertai kami pada sebelah paginya. Kali ini 3 buah keluarga dari Al-Khor yang datang menyertai kami. Bawa bekal nasi lemak lagi...minggu lepas nasi lemak daun pisang, minggu ini nasi lemak surat khabar....best..terima kasih ye Nora, Zai dan entah lupa nama kawan dari Indonesia tu. Minta maaf banyak-banyak ye, dah kena pengangan nasi lemak sampai terus lupa nama.

Camping kali ini, memang betul-betul camping. Paginya kami siap buat cekodok ikan bilis dan cekodok pisang. untuk makan tengah harinya goreng sayur, masak asam pedas, telur goreng...disamping bekal yang dibawa 3 family AlKhor. K.Azie, K.Ina dan K.Sham sempat terjun laut lagi mandi...seronok...

Semoga ikatan persahabatan kita akan terjalin kukuh hingga ke akhirnya serta apa yang kita lakukan dan rancang mendapat keberkatan dari-NYA......insyaALLAH


posted by Nojie Alias @ 9:51 AM   2 comments
Climate Change in Google Earth
Wednesday, December 16, 2009
posted by Nojie Alias @ 9:08 AM   0 comments
Berhati-hati - kulit babi
Monday, December 14, 2009
Assalamualaikum.

K.Azie nak ambik peluang untuk berkongsi sedikit pengetahuan dan ilmu berkenaan dengan barangan kulit yang dijual secara meluas. Walaupun Qatar ini sebuah negara Islam tetapi banyak perkara yang tidak menggambarkan tentang kehidupan islam yang sebenar.

Tadi K.Azie dan Abang Amir pergi ke City Center al-ansiri (CC), Norin-Rambo tumpang sekali. K.Azie nak mencari storage untuk bilik anak-anak. Dah sampai kat sana kami ke bahagian barangan rumah. K.Azie minta Abang Amir turunkan bakul picnic yang pada pendapat K.Azie boleh dijadikan storage, bentuknya agak menarik hargapun ok, dalam qr60 sebuah. Abang Amir pegang tangkai penutupnya dan....alangkah terkejutnya kami kerana terdapat titik-titik tiga segi pada tangkai tersebut. Terpaksalah mengambil masa mencari lagi...tapi yang penting, tak ada benda-benda haram kat rumah..kalau tak naya, ibadat tak diterima tanpa disedari.

Dalam perjalanan balik K.Azie beritahu Norin. Dia beritahu semalam dia ada keluar dan beli boot untuk anak-anaknya dan ada titik-titik tiga segi. Tapi dia tak pasti benar atau tidak, sebab pola titik tersebut memanjang. Sebelum sampai ke rumah, kami singgah ke al-Shaheen untuk mencari storage. Sekarang tengah sale, memang berbaloilah membeli sekarang ni. Norin sempat menunjukkan kasut seperti yang dibelikan untuk anak-anaknya. Dah memang confirm terdapat titik-titik segi tiga di bahagian dalamnya. MasyaALLAH dah berapa ramai umat Islam tertipu membeli dan memakai benda haram ni. Macam mana dengan ibadat yang dilakukan....???!!!!

K.Azie harap semua kawan-kawan, sahabat-handai berhati dalam membeli apa jua barangan terutama yang dibuat daripada kulit. Begitu juga dengan makanan. Nanti K.Azie cerita dalam entry lain bab makanan kat bumi arab ini...banyak benda yang tak halal dah masuk perut dan jadi darah daging saudara islam kita.

Wassalam.










posted by Nojie Alias @ 7:06 PM   0 comments
FIRST EXPERIENCE BERCAMPING DI SEALINE
Sunday, December 13, 2009
Ini merupakan pengalaman pertama kali kami bercamping kat Qatar ni..sebenarnya pertama kali dalam hidup K.Azie menyertai camping, kalau kat sekolah dulu...selalu mereka berbagai alasan untuk mengelakkan diri. Kali ini baru tahu keseronokkan bercamping ni. Kalau boleh minggu depanpun nakgi lagi, bEST !!!!

Kami bertolak dari al-Haya dalam pukul 10.30 kot ( sebenarnya tak tengok jam), konvoi 5 buah kereta. En.Klot sebagi ketua dan sebagai co-pilot yang hanya membawa anak bujangnya Iskandar (Ina tak sihat), En.Rosman, En.Mahadi, En.Zul, Abg Amir (kami sekeluargalah tu...) dan En.Wan Joe yang masih bujang kat Qatar ni menumpang dengan En.Klot.

Hujan yang kadang-kadang agak lebat mengiring sepanjang perjalanan kami. Suhu masa tu mencecah 15C...sejuk sangat kat luar. Dah lama tak main hujan, seronok tahu main hujan....kalau kat Malaysiapun tak main hujan macam ni. Kami singgah kat Masjid al-Wakra bagi kaum bapa menunaikan solat Jumaat. Ibu-ibu juga terus sembahyang zohor kat situ.

Kami sampai kat destinasi yang kami tuju dah hampir waktu asar kot, tak perasan. Dah siap pasang semua khemah dan peralatan, kamipun makan...malamnya keluarga En.Nizam-K.Ina datang menyertai kami. Pada awalnya memangpun kami rancang nak konvoi bersama, tapi disebabkan En.Nizam kerja, tundalah ke malamnya. Kami begitu gembira dengan kehadiran mereka. Pagi esoknya 2 keluarga lagi datang menyertai kami....keluarga En Zack-K.Nor dan En.Hasmin-K.Nor....

AlHamdulillah, Allah memperkenankan doa kami...tiada pa yang tidak diingini berlaku..cuma kea daan cuaca yang disertai hujan sahaja sedikit mengganggu kelancaran camping kami. Tapi apa-apapun kami seronok dan mengambil peluang ini untuk mengenali satu sama lain dengan lebih mesra lagi.

Layan ajelah gambar-gambar kat bawah...



bermula off road kami, masing-masing sibuk mengempiskan tayar....


anak-anakpun sibuk sama merasai keseronokkannya. Hujan tak menghalang mereka..cuma sejuk........




jarak kereta yang agak jauh bagi mengelakkan tersangkut terutamanya kat jalan berpasir

dah sampaipun kat destinasi yang dituju



kereta disusun elok, bagi menghadang angin...untuk memasang khemah. tapi tersilap kerana angin bertiup dari arah laut...







anak-nak, sampai aje terus memanjat bukit main pasir...khemah kecik tu sbenarnya bukan untuk tidur...tapi...tempat nak membuang hajat....


inilah susunan khemah kami pada awalnya sebelum dilanda hujan pada awal pagi.....


rasanya tempat sewa atvlah kat belakang bukit kami berkhemah tu...





sibuk nak membakar satay....





gelagat anak-anak kesejukkan mengelilingi unggun api untuk panaskan badan





EnKlot dengan pancingnya...
susuanan kereta dan khemah yang berubah setelah hujan turun...

burung apa ntah namanya...seekor aje

pancing yang disusun elok...tuannya entah pukul berapa baru pejamkan mata agaknya.
k.azie sendiri masuk tidur pukul 3.30 pagi...mereka dah subuh baru masuk berehat agaknya.
ada antara pancing ni berharga qr13 000...murah ajekan...dah kaki pancing, berapapun harga sanggup je beli n duitnya lebih...

anak-anak riang bermain air


ibu-ibupun seronok berbual tak kira masa...


k.Nor-Zack yang baru sampai sibuk melayan kami dengan nasi lemak daun pisang yang dibawanya..best, pedas menyengat...terima kasih yer K.Nor lain kali datang lambat lagi ye..tapi jangan lupa bekal untuk kami..

Abang Zack dengan anak-anak serta adiknya yang datang dari Sudan transit sebelum berlepas balik ke Malysia 1 pagi malam nanti (13hb)











Tak sejuk ke minum air kosong aje ? mana agaknya wife dia ni..kesian kat Mr husbandnya..
hehehe, wifenya sibuk nak mendaki bukit tu...yang snap gambar tu, wifenyalah
dah ada 8 buah kereta...seronok....


ada antara ibu-ibu yang menyertai anak-anak main gelongsor pasir....


ahmad n geng sibuk main 'tanam-tanam' sapalah yang jadi mangsa kena tanam ye...??


oh...rupanya si Hazit pink....jadi mangsanya

Iskandar juga...



sibuk mengemas sebelum bertolak balik...



kawanan unta dengan tuannya sekali.....

Labels:

posted by Nojie Alias @ 9:28 AM   2 comments
Siapa Saya

Name: Nojie Alias
Home: Al Khor, Qatar
About Me: Ibu kepada 4 orang anak ( 2 putera dan 2 puteri). Sedang belajar mengenali diri sendiri dan yang Maha Pencipta...semoga Allah perkenankan segala impian dan cita-cita. Amin....
See my complete profile
Tempahan Mee Kuning
Radio Online



Borak Siber
M A Q
Qatar Living
Pautan Laman
Komen Terkini
Arkib
Rakan Siber

Jumlah Pelawat
Rujukan Pelawat
Dijana Oleh

BLOGGER

Pelawat Online

© 2009 Nojie Alias