Nojie Alias

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

 
Hadis
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا. وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا.

Maksudnya:

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kebenaran, dia mendapat ganjaran pahala sama seperti ganjaran pahala orang-orang yang mengikuti ajakannya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka.

Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, dia mendapat dosa sama seperti dosa orang-orang yang mengikutnya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.

Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Munajat Seorang Hamba

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM....

ALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIN

WASSALATU WASSALAMU A'LA ASHRAFI AMBIYAAI ALMURSALIN WA A'LA ALIHI WASAHBIHI AJMA'IN

Ya allah, Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat islam masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon apa yang telah dipohonkan oleh nabi Muhammad SAW dan kami meminta perlindungan daripada apa yang pernah diminta baginda SAW. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa kami ke arahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah ya Tuhan kami, engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin. berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami. Tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman, dan amal. Hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami kami pohon kepada Engkau Iman yang sempurna, Ilmu yang memberi manfaat, Rezeki yang halal, Anak yang soleh, Rumahtangga yang bahagia, Usia yang berkat, Doa yang mustajab, hajat yang tertunai, Kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, Keselamatan di dunia dan di akhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau di hati kami, hidupkanlah hati ini dan segala yang terbuku di hati kami, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini ke[pada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami, selamatkanlah hati kami daripada sifat-sifat yang keji dan jauhilah kami daripada perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan Kerajaan-kerajaanMu dan masda depan kami di akhirat nanti. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini hambaMu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya. Berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami, supaya dapat kami melakukan segala yang diperintah oleh Engkau, meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Engkau.

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam Iman dan matikanlah kami dalam Iman, selamatkanlah Iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembus nafas yang terakhir. Ya Allah Ya Tuhan, selamatkanlah kami semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman dari taman syurga, selamatkanlah kami daripada seghala angkara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar. Selamatkanlah kami Ya Allah semasa berada di padang Mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan 'Arasy Engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkan kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami Ya Allah dengan hisab yang ringan, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami, Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hambaMu ini, hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan. Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam Nabi kami al-Kauthar. Selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.

Ya Allah Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam syurga Engkau bersama orang-orang yang memasukinya.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat nabi kami Nabi Muhammad SAW dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.

RABBANAA ATINAA FIDDUNYAA HASANAH WAFIL AKHIRATI HASANAH WAQINAA A'ZAABANNAR SUBHAANA RABBIKA RABBIL I'ZZATI A'MMA YASIFUUN WASALAAMUN A'LAL MURSALIIN WALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIIN

Waktu Sembahyang


RTM 1

Klik Untuk Skrin Besar
RTM 2

Klik Untuk Skrin Besar
TV3

Klik Untuk Skrin Besar
TV9

Klik Untuk Skrin Besar





BERMULA KEHIDUPAN BARU DIBUMI ARAB
Wednesday, April 15, 2009
Doha - Doha Old Souk(Souk)
Hari ini dah masuk hari ke empat aku dan anak-anak berada di bumi Qatar. Al-hamdulillah perjalanan kami berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Terima kasih diatas segala bantuan dan sokongan yang diberikan oleh semua keluarga, sahabat-sahabat dan mereka-mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sesungguhnya segala bantuan dan sokongan yang diberikan sangat bermakna buat kami sekeluarga, hanya Allah dapat membalasnya.
Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada En.Shamsul dan En.Khairul (minta maaf tak perasaan nama sebenar) yang banyak membantu aku dan anak-anak sepanjang perjalanan kami dari KLIA ke Airport Qatar. Dapatlah kami merasa duduk dalam bilik VIP Malaysian Airway kat KLIA. Tanpa mereka berdua mungkin 'berpeluh' juga aku nak menempuh segalanya bersendirian dengan anak-anak. Sesungguhnya Allah maha mengetahui segalanya, dan segala yang diatur NYA itu memang bertepatan dengan kemampuan hambaNYA.

Tak tahu dari mana nak dimulakan coretan ini, kerana keluarga, sahabat dan rakan taulan semuanya terlibat memberi sokongan dan bantuan yang tidak terhingga kepada kami sekeluarga. Untuk ibuku, terima kasih diatas segalanya. Walaupun dalam keadaan tidak sihat masih sudi memasak nasi lemak terahkhir sebelum kami memulakan kehidupan baru di bumi Qatar ini. Semoga MA cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biassa. Kami di sini sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Ma dan keluarga di sana. Doakan juga semoga segala impian dan hajat kami tercapai

.Doha - Doha bay(Doha bay)

Buat keluarga sebelah suamiku, semoga tabah menghadapi dugaan hidup ini. Segala apa yang berlaku mempunyai hikmah disebaliknya. Sesungguhnya perancangan ALLAH mengatasi perancangan kita. Sama-samalah kita berdoa semoga sinar bahagia akan menyelubungi perjalanan hidup kita dunia akhirat. Walaupun kami jauh, tetapi kami sentiasa mengingati semua di Malaysia. Bak kata pepatah, jauh dimata, dekat dihati.


Untuk sahabat-sahabat seperjuangan, kehidupan di sini jauh berbeza dengan rutin harian ketika di Kerteh. Jadual mengikuti kelas fardhu ain tidak ada di sini. Tetapi walau dimana kita berada sekalipun, ilmu wajib kita cari. InsyaALLAH akan diusahakan mencari rujukan agar hidup ini lebih diberkati. Hantar-hantarlah berita buat tatapan kami disini. Sampaikan salam buat sahabat-sahabat yang mana tidak sempat berjumpa sebelum bertolak baru ni.
Doha - Park(photo park-Doha)
Untuk pengetahuan semua, suasana kehidupan disini sangat unik...berbilang kaum dan bangsa, ramai pendatang disini. InsyaALLAH kami menyukai suasana ini. Anak-anak semuanya gembira. Kami dah jumpa dengan dua tiga keluarga yang sampai dahulu daripada kami dan dah sempat pergi picnic lagi. Semoga ikatan ukhwah antara kami akan terus mewangi. Hidup merantau ni, sahabat diibaratkan sebagai keluarga, merekalah dahulu yang akan saling membantu jika ada apa-apa masalah. InsyaALLAH hari ini kami akan menyertai rumah terbuka saudara Amir Marine. Tak tahu nak bawa apa nanti....wife-wife perantau ni, biasanya pandai memasak....tapi K.Azie tak tahulah, main campak-campak aje.

Kalau diikutkan banyak lagi nak diceritakan, tetapi tak tahu macam mana nak diceritakan. Nanti K.Azie cuba catatkan kemudian ye....Jalan hidup didunia merupakan gambaran kehidupan yang bakal kita tempuhi diakhirat kelak. Pilihlah jalan yang lurus , jalan yang diredhaiNYA...............
posted by Nojie Alias @ 1:49 PM  
2 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
Siapa Saya

Name: Nojie Alias
Home: Al Khor, Qatar
About Me: Ibu kepada 4 orang anak ( 2 putera dan 2 puteri). Sedang belajar mengenali diri sendiri dan yang Maha Pencipta...semoga Allah perkenankan segala impian dan cita-cita. Amin....
See my complete profile
Tempahan Mee Kuning
Radio Online



Borak Siber
M A Q
Qatar Living
Pautan Laman
Komen Terkini
Arkib
Rakan Siber

Jumlah Pelawat
Rujukan Pelawat
Dijana Oleh

BLOGGER

Pelawat Online

© 2009 Nojie Alias