Nojie Alias

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

 
Hadis
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا. وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا.

Maksudnya:

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kebenaran, dia mendapat ganjaran pahala sama seperti ganjaran pahala orang-orang yang mengikuti ajakannya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka.

Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, dia mendapat dosa sama seperti dosa orang-orang yang mengikutnya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.

Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Munajat Seorang Hamba

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM....

ALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIN

WASSALATU WASSALAMU A'LA ASHRAFI AMBIYAAI ALMURSALIN WA A'LA ALIHI WASAHBIHI AJMA'IN

Ya allah, Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat islam masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon apa yang telah dipohonkan oleh nabi Muhammad SAW dan kami meminta perlindungan daripada apa yang pernah diminta baginda SAW. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa kami ke arahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah ya Tuhan kami, engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin. berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami. Tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman, dan amal. Hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami kami pohon kepada Engkau Iman yang sempurna, Ilmu yang memberi manfaat, Rezeki yang halal, Anak yang soleh, Rumahtangga yang bahagia, Usia yang berkat, Doa yang mustajab, hajat yang tertunai, Kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, Keselamatan di dunia dan di akhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau di hati kami, hidupkanlah hati ini dan segala yang terbuku di hati kami, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini ke[pada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami, selamatkanlah hati kami daripada sifat-sifat yang keji dan jauhilah kami daripada perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan Kerajaan-kerajaanMu dan masda depan kami di akhirat nanti. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini hambaMu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya. Berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami, supaya dapat kami melakukan segala yang diperintah oleh Engkau, meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Engkau.

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam Iman dan matikanlah kami dalam Iman, selamatkanlah Iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembus nafas yang terakhir. Ya Allah Ya Tuhan, selamatkanlah kami semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman dari taman syurga, selamatkanlah kami daripada seghala angkara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar. Selamatkanlah kami Ya Allah semasa berada di padang Mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan 'Arasy Engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkan kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami Ya Allah dengan hisab yang ringan, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami, Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hambaMu ini, hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan. Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam Nabi kami al-Kauthar. Selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.

Ya Allah Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam syurga Engkau bersama orang-orang yang memasukinya.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat nabi kami Nabi Muhammad SAW dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.

RABBANAA ATINAA FIDDUNYAA HASANAH WAFIL AKHIRATI HASANAH WAQINAA A'ZAABANNAR SUBHAANA RABBIKA RABBIL I'ZZATI A'MMA YASIFUUN WASALAAMUN A'LAL MURSALIIN WALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIIN

Demi Masa
Waktu Sembahyang


RTM 1

Klik Untuk Skrin Besar
RTM 2

Klik Untuk Skrin Besar
TV3

Klik Untuk Skrin Besar
TV9

Klik Untuk Skrin Besar

Climate Change in Google Earth
Wednesday, December 16, 2009
posted by Nojie Alias @ 9:08 AM   0 comments
Berhati-hati - kulit babi
Monday, December 14, 2009
Assalamualaikum.

K.Azie nak ambik peluang untuk berkongsi sedikit pengetahuan dan ilmu berkenaan dengan barangan kulit yang dijual secara meluas. Walaupun Qatar ini sebuah negara Islam tetapi banyak perkara yang tidak menggambarkan tentang kehidupan islam yang sebenar.

Tadi K.Azie dan Abang Amir pergi ke City Center al-ansiri (CC), Norin-Rambo tumpang sekali. K.Azie nak mencari storage untuk bilik anak-anak. Dah sampai kat sana kami ke bahagian barangan rumah. K.Azie minta Abang Amir turunkan bakul picnic yang pada pendapat K.Azie boleh dijadikan storage, bentuknya agak menarik hargapun ok, dalam qr60 sebuah. Abang Amir pegang tangkai penutupnya dan....alangkah terkejutnya kami kerana terdapat titik-titik tiga segi pada tangkai tersebut. Terpaksalah mengambil masa mencari lagi...tapi yang penting, tak ada benda-benda haram kat rumah..kalau tak naya, ibadat tak diterima tanpa disedari.

Dalam perjalanan balik K.Azie beritahu Norin. Dia beritahu semalam dia ada keluar dan beli boot untuk anak-anaknya dan ada titik-titik tiga segi. Tapi dia tak pasti benar atau tidak, sebab pola titik tersebut memanjang. Sebelum sampai ke rumah, kami singgah ke al-Shaheen untuk mencari storage. Sekarang tengah sale, memang berbaloilah membeli sekarang ni. Norin sempat menunjukkan kasut seperti yang dibelikan untuk anak-anaknya. Dah memang confirm terdapat titik-titik segi tiga di bahagian dalamnya. MasyaALLAH dah berapa ramai umat Islam tertipu membeli dan memakai benda haram ni. Macam mana dengan ibadat yang dilakukan....???!!!!

K.Azie harap semua kawan-kawan, sahabat-handai berhati dalam membeli apa jua barangan terutama yang dibuat daripada kulit. Begitu juga dengan makanan. Nanti K.Azie cerita dalam entry lain bab makanan kat bumi arab ini...banyak benda yang tak halal dah masuk perut dan jadi darah daging saudara islam kita.

Wassalam.










posted by Nojie Alias @ 7:06 PM   0 comments
FIRST EXPERIENCE BERCAMPING DI SEALINE
Sunday, December 13, 2009
Ini merupakan pengalaman pertama kali kami bercamping kat Qatar ni..sebenarnya pertama kali dalam hidup K.Azie menyertai camping, kalau kat sekolah dulu...selalu mereka berbagai alasan untuk mengelakkan diri. Kali ini baru tahu keseronokkan bercamping ni. Kalau boleh minggu depanpun nakgi lagi, bEST !!!!

Kami bertolak dari al-Haya dalam pukul 10.30 kot ( sebenarnya tak tengok jam), konvoi 5 buah kereta. En.Klot sebagi ketua dan sebagai co-pilot yang hanya membawa anak bujangnya Iskandar (Ina tak sihat), En.Rosman, En.Mahadi, En.Zul, Abg Amir (kami sekeluargalah tu...) dan En.Wan Joe yang masih bujang kat Qatar ni menumpang dengan En.Klot.

Hujan yang kadang-kadang agak lebat mengiring sepanjang perjalanan kami. Suhu masa tu mencecah 15C...sejuk sangat kat luar. Dah lama tak main hujan, seronok tahu main hujan....kalau kat Malaysiapun tak main hujan macam ni. Kami singgah kat Masjid al-Wakra bagi kaum bapa menunaikan solat Jumaat. Ibu-ibu juga terus sembahyang zohor kat situ.

Kami sampai kat destinasi yang kami tuju dah hampir waktu asar kot, tak perasan. Dah siap pasang semua khemah dan peralatan, kamipun makan...malamnya keluarga En.Nizam-K.Ina datang menyertai kami. Pada awalnya memangpun kami rancang nak konvoi bersama, tapi disebabkan En.Nizam kerja, tundalah ke malamnya. Kami begitu gembira dengan kehadiran mereka. Pagi esoknya 2 keluarga lagi datang menyertai kami....keluarga En Zack-K.Nor dan En.Hasmin-K.Nor....

AlHamdulillah, Allah memperkenankan doa kami...tiada pa yang tidak diingini berlaku..cuma kea daan cuaca yang disertai hujan sahaja sedikit mengganggu kelancaran camping kami. Tapi apa-apapun kami seronok dan mengambil peluang ini untuk mengenali satu sama lain dengan lebih mesra lagi.

Layan ajelah gambar-gambar kat bawah...



bermula off road kami, masing-masing sibuk mengempiskan tayar....


anak-anakpun sibuk sama merasai keseronokkannya. Hujan tak menghalang mereka..cuma sejuk........




jarak kereta yang agak jauh bagi mengelakkan tersangkut terutamanya kat jalan berpasir

dah sampaipun kat destinasi yang dituju



kereta disusun elok, bagi menghadang angin...untuk memasang khemah. tapi tersilap kerana angin bertiup dari arah laut...







anak-nak, sampai aje terus memanjat bukit main pasir...khemah kecik tu sbenarnya bukan untuk tidur...tapi...tempat nak membuang hajat....


inilah susunan khemah kami pada awalnya sebelum dilanda hujan pada awal pagi.....


rasanya tempat sewa atvlah kat belakang bukit kami berkhemah tu...





sibuk nak membakar satay....





gelagat anak-anak kesejukkan mengelilingi unggun api untuk panaskan badan





EnKlot dengan pancingnya...
susuanan kereta dan khemah yang berubah setelah hujan turun...

burung apa ntah namanya...seekor aje

pancing yang disusun elok...tuannya entah pukul berapa baru pejamkan mata agaknya.
k.azie sendiri masuk tidur pukul 3.30 pagi...mereka dah subuh baru masuk berehat agaknya.
ada antara pancing ni berharga qr13 000...murah ajekan...dah kaki pancing, berapapun harga sanggup je beli n duitnya lebih...

anak-anak riang bermain air


ibu-ibupun seronok berbual tak kira masa...


k.Nor-Zack yang baru sampai sibuk melayan kami dengan nasi lemak daun pisang yang dibawanya..best, pedas menyengat...terima kasih yer K.Nor lain kali datang lambat lagi ye..tapi jangan lupa bekal untuk kami..

Abang Zack dengan anak-anak serta adiknya yang datang dari Sudan transit sebelum berlepas balik ke Malysia 1 pagi malam nanti (13hb)











Tak sejuk ke minum air kosong aje ? mana agaknya wife dia ni..kesian kat Mr husbandnya..
hehehe, wifenya sibuk nak mendaki bukit tu...yang snap gambar tu, wifenyalah
dah ada 8 buah kereta...seronok....


ada antara ibu-ibu yang menyertai anak-anak main gelongsor pasir....


ahmad n geng sibuk main 'tanam-tanam' sapalah yang jadi mangsa kena tanam ye...??


oh...rupanya si Hazit pink....jadi mangsanya

Iskandar juga...



sibuk mengemas sebelum bertolak balik...



kawanan unta dengan tuannya sekali.....

Labels:

posted by Nojie Alias @ 9:28 AM   2 comments
Pupuk Cinta Suami-Isteri
Wednesday, December 9, 2009

Cinta sejati tidak memusnahkan diri kekasih yang dicintai, malah ia menjaga supaya si dia tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Untuk itu, apabila cinta memilih untuk singgah di hati seseorang, lalu akan berasa betapa bahagianya diri untuk merasai nikmat cinta anugerah Ilahi.

Siapakah yang tidak pernah dicintai? Mungkin belum ditemukan dengan orang yang selayaknya untuk dicintai, namun perasaan itu memang wujud dalam kalangan semua insan. Hanya mereka yang pernah merasai dan melalui pengalaman cinta akan merasakan keindahannya.

Namun, bagi yang belum merasakannya, masa itu akan datang juga. Malah, hanya masa dan ketentuan yang bakal meletakkan rupa, perasaan dan khayalan sebelum menemui hakikat sebenar percintaan, seterusnya disatukan di alam yang penuh keindahan.

Bagi yang merasai keindahan cinta sehingga bertemu jodoh, bersatu diri dalam mahligai yang penuh keindahan. Pun begitu, tidak kurang juga yang diuji dengan pelbagai cubaan bagi meneguhkan kembali kekuatan cinta.

Perkara berikut mungkin dapat membantu mengukuhkan lagi perasaan anda dan pasangan apabila dua jiwa menjadi satu. Bagi yang bergelar isteri atau ibu, hayatinya untuk menjadi isteri yang didambakan dalam keluarga Islam.

* Letakkan dalam jiwa peranan besar dalam kehidupan keluarga. Tindak-tanduk, kebijaksanaan dan sifat selalu mengingati Allah boleh menjadikan rumah sebagai syurga yang diidamkan suami dan anak. Mereka berasa tenang setelah penat di luar rumah.


* Laksanakan tanggungjawab dan peranannya yang asasi dalam mendidik anak dan memelihara mereka kerana ibu perlu lebih banyak bergaul dengan anak.


Bahkan, mereka juga sangat berhajat kepada ibu terutama pada peringkat membina keperibadian dan perkembangan diri.

Antara ibu dan bapa, hendaklah ada persefahaman dalam mendidik anak supaya kedua-duanya saling menyempurnakan antara satu sama lain dengan tidak ada percanggahan.

Kasih sayang ibu terhadap anak jika tidak kena caranya, mungkin boleh memporak-perandakan keharmonian keluarga.

* Isteri contoh juga hendaklah mengetahui dengan teliti kewajipannya terhadap suami dan hak suami terhadap isteri yang mesti dilaksanakan sebagai beribadah kepada Allah dan mengharapkan pahala-Nya.


Hendaklah dia menjaga perasaan, bersimpati atas kesusahannya dan menjaga rakannya. Selain itu, bekerjasama dengan suami terutama dalam mendidik anak dan menjaga silaturahim.

* Beri semangat kepada suami supaya dia menjalankan kewajipan terhadap agamanya seperti beramal, berjihad dan berkorban.


* Isteri hendaklah pandai memilih kenalannya dalam kalangan wanita yang solehah. Dia juga harus berperanan mengajar dan mengingatkan adab Islam. Dirinya sendiri dijadikan contoh kepada yang lain.


* Alangkah baik jika isteri contoh bukan saja menjaga perkara halal dalam urusan rumah tangga seperti makanan, minuman, pakaian, kelengkapan rumah serta adat, malah, dia juga dapat menjaga daripada yang haram serta syubhat.


Rumahnya pula dijadikan contoh dari segi kebersihan dan kekemasan untuk membiasakan anak dengan keadaan demikian.

* Adab dan doa seharusnya dijadikan amalan seharian dalam perkara seperti makan, minum, tidur, memberi salam, meminta izin, melihat perempuan dan seumpamanya.


* Isteri (dan juga suami) hendaklah mengambil berat untuk menghidupkan hari kebesaran Islam serta ditanamkan rasa kasih terhadap hari berkenaan seperti Ramadan.
posted by Nojie Alias @ 9:06 AM   0 comments
Picnic di al-Zekreet Dukhan
Friday, December 4, 2009
bermula perjalanan ke alZekreet Dukhan....

berlari Mr.Cameraman nak cari tempat menarik untuk shoot gambarnya



anak-anak seronok mendaki bukit yang unik ni...kat Malaysia tak ada bukit macamkan..?



Falcon ni harganya QR50 000....sapa nak beli ?








anak mama yang sorang ni...macam-macam aksinya

elok-elok Ahmad, nanti jatuhkan...


Ini dia Qatari yang bawakan kami meninjau kawasan ostrich dan telur-telurnya..kalau tak, tak jumpa telur-telur tu

En.Klot tengah banding mana yang besar kot antara telur tu...


ada apa kat dalam tu angah ? Mama tak sempat pergi tengok...


apalah yang mencuit hati anak-anak ni ye

Ahmad dengan telur ostrich


Inilah tempat pergambaran filem TRANSORMER

unta liar kot


ibu-ibu sampai aje terus terkan makanan, lapar.............

entah apa yang dibincangkan, sementara menunggu arang membara dan serahkan kat kaum ibu ye..


lapar ye bang ? orang lain dah nak makan malam, tapi kita baru nak makan pagi rangkum terus dengan tengahhari dan malamnya....

lupa tanggalkan klip cermin mata...sampai malam duk kat mata...patutlah mendung semacam


kaum ibu dengan acara bakar-membakar


nak ambil gambar kereta sebenarnya tu


En.Klot dah minat dengan DSR nampaknya tu

matahari terbenam


Alhamdulillah, semalam kami sempat berpicnic kat al-Zekreet Dukhan. Kami singgah kat bangunan pergambaran filem TRANSFORMER. Bertolak dalam pukul 9.30 pagi. Tapi memang advanture juga perjalanan kali ini. Maklumlah tak pernah turut serta aktiviti lasak. InsyaALLAH minggu depan akan turut serta dalam SAND DUNE dan overnight kat sealine. Rasanya kalau kereta biasa tak digalakkan turut serta dalam pegembaraan off road ni. Entah kena tanya pakarlah ye..K.Azie ni bukannya tahu juga bab-bab kereta ni. Tapi semalam sempatlah merasa bawa kereta kat tengah padang pasir dengan keadaan jalannya yang berbatu-batu dan tinggi rendah tu. Minggu depan nak try bawa kat tengah sand dune tu...seronok.... Layan ajelah gambar-gambarnya, malas nak menaiplah.....

posted by Nojie Alias @ 4:55 PM   0 comments
Meeting al-Haya n birthday Angah

Masa makan, tak tahu nak pilih yang mana..terlalu banyak pilihan



Penghulu lama, Abang Amir memberi sepatah dua kata


En.Jamal membuat undian pemilihan.





Majlis ni berlangsung pada 20 November sama dengan birthday angah. So, ambik kesempatanlah raikan birthday si anak dara K.Azie tu...dah besar dah anak mama ye..dah genap 11 tahun. Semoga angah akan menjadi anak yang solehah, berakhlak mulia, seorang umat yang berguna dan sentiasa dirahmat dan dilindungiNYA selalu. Amin...

Siang 20hb tu K.Azie memang busy betul, mana taknya...dengan gotong-royong memasak nasi ayam dan juga dengan persiapan utk majlis angah. K.Azie hanya tolong sekejap sahaja kawan-kawan al-Haya membuat persiapan memasak. Minta maaf ye kawan-kawan semua...lain kali insyaALLAH giliran K.Azie kena sumbangkan tenaga lebih sikit. Betul ke, boleh percaya ke ni...?

MAlam untuk acara meeting tu, kami sediakan nasi ayam sebagai menu utama selain daripada pot luck kuih-muih yang penuh meja. K.Azie sempat juga sediakan pulut kuning, tart telur dan buat fancy cookies untuk goodies angah. Memang terkejar-kejar nak siapkan semua tu..K.Nor ada offerkan diri untuk menolong. Tapi K.Azie tolak, kononnya mampu buat sendiri...mampupun cuma terkejar-kejarlah..alhamdulillah sempat siap semuanya.

Meeting tu sebenarnya adalah untuk pemilihan penghulu dan ajk baru seperti yang telah dipersetujui pada awalnya...iaitu pertukaran setelah 6 bulan memegang jawatan. Kami telah sebulat suara memilih En.Malik yang paling veteran antara penduduk Malaysia kat sini sebagai Penghulu baru menggantikan Abang Amir. Semoga En.Malik dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan jayanya. En.Ramli Omar aka Remboe telah dilantik sebagai n/pengerusi, dan kami mengekalkan En.Zulkhairi dan En.Mahadi sebagai s/u dan bendahari.

Biasalah yang paling meriah sekali ialah anak-anak dan kaum ibu...
posted by Nojie Alias @ 4:20 PM   2 comments
Open House Al-Haya
Sunday, November 29, 2009
Bapa-bapa sibuk membakar satay. Bakar, jangan tak bakar. Jaga2
jangan terhangus pula tau...








Macam2kan gelagat kaum bapakan bila dah berkumpul ni...
walaupun sibuk dengan tugas membakar ni, tapi masih sempat juga melayan anak2.
Thanks ye buat semua bapa2, kaum ibu memang santai je...
seronokkan kalau selalu mcm ni.



Antara juadah yang ada malam tu..best tau !!!



Wah! Siapa tu...?? Tuan rumahpun ada..??? Tak sedar bila Abang Amir snapnya..
kalau tak possing habis..hehehe



Cepat2 acara yang ditunggu2 dah mula, siapa lambat kang tenganga...
kempunan tak merasa...


Ni bukan merasuah tau !! Sebagai ucapan terima kasih kepada
Pengurusan Compound yang telah menghantar 2 org security tambahan
semata-mata untuk memantau dan memastikan perjalanan aktiviti kami malam tu
berjalan dgn lancar. Dan juga nak mengenalkan makan Malaysia kepada mereka..
Imam surau juga ada sekali..
p/s : sebenarnya mereka ambil entah apa-apa, nak ajar cara makan, mereka tak mahu.
Bantai ajelah labu...Mereka makanpun tak banyak, mungkin sebab tak mahu,
nanti ada yang dituduh rasuah kot. Sini memang tak ada rasuah, memang bersih...



Assalamualaikum.

Inilah suasana beraya kat perantauan ni..seronok dapat berkumpul dengan sahabathandai. Sesekali berkumpul ramai2 ni, tapi yang paling seronok ialah anak-anakdan kaum ibu...kaum bapapun nampaknya tak kurang seronoknya kan...???!!!

Kami mengadakan majlis open house khas untuk group Malaysia al-Haya ni pada raya pertama. Bermula lepas asar, lebih kurang pukul 3ptg sehingga pukul 9.30 mlm.Lama betul berkumpul kali ni, ye lah biasanya hanya 2jam sahaja.tak cukup masa dua jam tu.

Kami mulakan dengan acara angkut-mengangkut dan angkat-mengangkat barang...kemudian mulalah proses membakar satay...tugas membakar ni kami serahkan pula kepada kaum bapa..Semalam dahlah kena dera dek kaum ibu kan...kena paksa cucuk satay kat rumah En.Nizam yang pakar dalam resepi satay ni...Ye lah, takkan nak suruh kaum ibu sahajakan mencucuknya. Bersih dan potong ayam dan daging dah kaum ibu bereskan. Dapat 2 besen besar, so bagikanlah antara ibu2 dan bapa2nya, baru adil. Awalnya hanya beberapa orang sahaja yang datang mencucuk satay ni, tapi kemudian tak cukup ruang kat rumah En.Nizam ni. Maklumlah masing2 settlekan urusan rumah dahulu, kan esok raya...Yang paling kesian, wife tuan rumahnya K.Ina tak terlayan tetamu yang datang. Tak berenti sediakan minuman dan juadah untuk 'pembantu2 satay' ni..

Tapi memang seronok berkumpul ni. Kaum bapapun, walaupun selalu berjumpa kat tempat kerja. Tapi mcm2 celoteh juga yg mereka bualkan. Kaum ibu tak usah cakaplah memang tak berenti berbual, macam2 cerita yang keluar, drp menu dan persiapan raya, hal ehwal semasa, anak2 dan mcm2lah.

Pagi raya K.Azie masak nasi dagang sikit. Tak banyak, sebab petang ada makan...jangan membazir...K.Azie tak hantar kat rumah sapa2pun nasi dagang tu. Cuma hantar kat rumah K.Nor-Zack, sebab kami berpakat berkumpul pagi raya kat rumah dia. Jadi, dapatlah mereka merasa nasi dagang entah apa2 yg K.Azie buatkan tu...dahlah ikan tongkol tak ada. K.Azie beli aje ikan apa entah, janji ikan...lupa nak snap gambar kat rumah K.Nor. Buat mereka2 yang berada di Tanah Air, jangan kata kat Doha ni tak ada lemang tau.. K.Nor dan Abang Zack dah buktikan yang kami kat sinipun boleh makan lemang...rendang tu memang selalu masak. Sebenarnya, semua masakan kat Malaysiapun ada kat sini kalau rajin membuatnya..

Berbalik kepada majlis open house kami, selain satay vs nasi himpit kuah kacang, kami ada sediakan beehoon soto, salad buah, dan buah asam. Selain tu ada pot luck lontong, laksa penang, pulut kuning, kuih2 raya, apam, dan macam2 juadah lagi. Memang tak terhabis nak makannya, dan seperti kebiasaannya juga kat akhirnya kaum ibunya sibuk dgn acara 'tapau-menapau' juadah yang masih berbaki....esoknya kan selamat tak perlu susah nak mereka makanan pagi..just panaskan aje n ngap....

Apa2pun majlis kami tu memang happening. Yang penting hubungan dan perkenalan antara kami makin erat dan mesra. Kami juga dapat berkenalan dengan beberapa keluarga yan g baru sampai. K.Azie ucapkan selamat datang kepada Ros-Mustafirin dan Puan Richard-Intai (minta maaf ye kalau tersalah eja) dan selamat menjalani kehidupan baru kat perantauan ni. Semoga hubungan yang sedia terjalin ni akan terus wangi dan mekar sentiasa.

Wassalam........



posted by Nojie Alias @ 9:00 AM   2 comments
Siapa Saya

Name: Nojie Alias
Home: Doha, Qatar
About Me: Ibu kepada 4 orang anak ( 2 putera dan 2 puteri). Sedang belajar mengenali diri sendiri dan yang Maha Pencipta...semoga Allah perkenankan segala impian dan cita-cita. Amin....
See my complete profile
Tempahan Mee Kuning
Radio Online



Borak Siber
M A Q
Qatar Living
Pautan Laman
Komen Terkini
Artikel Lepas
Arkib
Rakan Siber

Jumlah Pelawat
Rujukan Pelawat
Dijana Oleh

BLOGGER

Pelawat Online

© 2009 Nojie Alias