Nojie Alias

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

 
Hadis
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا. وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا.

Maksudnya:

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kebenaran, dia mendapat ganjaran pahala sama seperti ganjaran pahala orang-orang yang mengikuti ajakannya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka.

Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, dia mendapat dosa sama seperti dosa orang-orang yang mengikutnya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.

Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Munajat Seorang Hamba

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM....

ALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIN

WASSALATU WASSALAMU A'LA ASHRAFI AMBIYAAI ALMURSALIN WA A'LA ALIHI WASAHBIHI AJMA'IN

Ya allah, Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat islam masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon apa yang telah dipohonkan oleh nabi Muhammad SAW dan kami meminta perlindungan daripada apa yang pernah diminta baginda SAW. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa kami ke arahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah ya Tuhan kami, engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin. berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami. Tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman, dan amal. Hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami kami pohon kepada Engkau Iman yang sempurna, Ilmu yang memberi manfaat, Rezeki yang halal, Anak yang soleh, Rumahtangga yang bahagia, Usia yang berkat, Doa yang mustajab, hajat yang tertunai, Kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, Keselamatan di dunia dan di akhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau di hati kami, hidupkanlah hati ini dan segala yang terbuku di hati kami, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini ke[pada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami, selamatkanlah hati kami daripada sifat-sifat yang keji dan jauhilah kami daripada perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan Kerajaan-kerajaanMu dan masda depan kami di akhirat nanti. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini hambaMu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya. Berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami, supaya dapat kami melakukan segala yang diperintah oleh Engkau, meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Engkau.

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam Iman dan matikanlah kami dalam Iman, selamatkanlah Iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembus nafas yang terakhir. Ya Allah Ya Tuhan, selamatkanlah kami semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman dari taman syurga, selamatkanlah kami daripada seghala angkara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar. Selamatkanlah kami Ya Allah semasa berada di padang Mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan 'Arasy Engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkan kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami Ya Allah dengan hisab yang ringan, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami, Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hambaMu ini, hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan. Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam Nabi kami al-Kauthar. Selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.

Ya Allah Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam syurga Engkau bersama orang-orang yang memasukinya.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat nabi kami Nabi Muhammad SAW dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.

RABBANAA ATINAA FIDDUNYAA HASANAH WAFIL AKHIRATI HASANAH WAQINAA A'ZAABANNAR SUBHAANA RABBIKA RABBIL I'ZZATI A'MMA YASIFUUN WASALAAMUN A'LAL MURSALIIN WALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIIN

Waktu Sembahyang


RTM 1

Klik Untuk Skrin Besar
RTM 2

Klik Untuk Skrin Besar
TV3

Klik Untuk Skrin Besar
TV9

Klik Untuk Skrin Besar





Open House Al-Haya
Sunday, November 29, 2009
Bapa-bapa sibuk membakar satay. Bakar, jangan tak bakar. Jaga2
jangan terhangus pula tau...








Macam2kan gelagat kaum bapakan bila dah berkumpul ni...
walaupun sibuk dengan tugas membakar ni, tapi masih sempat juga melayan anak2.
Thanks ye buat semua bapa2, kaum ibu memang santai je...
seronokkan kalau selalu mcm ni.



Antara juadah yang ada malam tu..best tau !!!



Wah! Siapa tu...?? Tuan rumahpun ada..??? Tak sedar bila Abang Amir snapnya..
kalau tak possing habis..hehehe



Cepat2 acara yang ditunggu2 dah mula, siapa lambat kang tenganga...
kempunan tak merasa...


Ni bukan merasuah tau !! Sebagai ucapan terima kasih kepada
Pengurusan Compound yang telah menghantar 2 org security tambahan
semata-mata untuk memantau dan memastikan perjalanan aktiviti kami malam tu
berjalan dgn lancar. Dan juga nak mengenalkan makan Malaysia kepada mereka..
Imam surau juga ada sekali..
p/s : sebenarnya mereka ambil entah apa-apa, nak ajar cara makan, mereka tak mahu.
Bantai ajelah labu...Mereka makanpun tak banyak, mungkin sebab tak mahu,
nanti ada yang dituduh rasuah kot. Sini memang tak ada rasuah, memang bersih...



Assalamualaikum.

Inilah suasana beraya kat perantauan ni..seronok dapat berkumpul dengan sahabathandai. Sesekali berkumpul ramai2 ni, tapi yang paling seronok ialah anak-anakdan kaum ibu...kaum bapapun nampaknya tak kurang seronoknya kan...???!!!

Kami mengadakan majlis open house khas untuk group Malaysia al-Haya ni pada raya pertama. Bermula lepas asar, lebih kurang pukul 3ptg sehingga pukul 9.30 mlm.Lama betul berkumpul kali ni, ye lah biasanya hanya 2jam sahaja.tak cukup masa dua jam tu.

Kami mulakan dengan acara angkut-mengangkut dan angkat-mengangkat barang...kemudian mulalah proses membakar satay...tugas membakar ni kami serahkan pula kepada kaum bapa..Semalam dahlah kena dera dek kaum ibu kan...kena paksa cucuk satay kat rumah En.Nizam yang pakar dalam resepi satay ni...Ye lah, takkan nak suruh kaum ibu sahajakan mencucuknya. Bersih dan potong ayam dan daging dah kaum ibu bereskan. Dapat 2 besen besar, so bagikanlah antara ibu2 dan bapa2nya, baru adil. Awalnya hanya beberapa orang sahaja yang datang mencucuk satay ni, tapi kemudian tak cukup ruang kat rumah En.Nizam ni. Maklumlah masing2 settlekan urusan rumah dahulu, kan esok raya...Yang paling kesian, wife tuan rumahnya K.Ina tak terlayan tetamu yang datang. Tak berenti sediakan minuman dan juadah untuk 'pembantu2 satay' ni..

Tapi memang seronok berkumpul ni. Kaum bapapun, walaupun selalu berjumpa kat tempat kerja. Tapi mcm2 celoteh juga yg mereka bualkan. Kaum ibu tak usah cakaplah memang tak berenti berbual, macam2 cerita yang keluar, drp menu dan persiapan raya, hal ehwal semasa, anak2 dan mcm2lah.

Pagi raya K.Azie masak nasi dagang sikit. Tak banyak, sebab petang ada makan...jangan membazir...K.Azie tak hantar kat rumah sapa2pun nasi dagang tu. Cuma hantar kat rumah K.Nor-Zack, sebab kami berpakat berkumpul pagi raya kat rumah dia. Jadi, dapatlah mereka merasa nasi dagang entah apa2 yg K.Azie buatkan tu...dahlah ikan tongkol tak ada. K.Azie beli aje ikan apa entah, janji ikan...lupa nak snap gambar kat rumah K.Nor. Buat mereka2 yang berada di Tanah Air, jangan kata kat Doha ni tak ada lemang tau.. K.Nor dan Abang Zack dah buktikan yang kami kat sinipun boleh makan lemang...rendang tu memang selalu masak. Sebenarnya, semua masakan kat Malaysiapun ada kat sini kalau rajin membuatnya..

Berbalik kepada majlis open house kami, selain satay vs nasi himpit kuah kacang, kami ada sediakan beehoon soto, salad buah, dan buah asam. Selain tu ada pot luck lontong, laksa penang, pulut kuning, kuih2 raya, apam, dan macam2 juadah lagi. Memang tak terhabis nak makannya, dan seperti kebiasaannya juga kat akhirnya kaum ibunya sibuk dgn acara 'tapau-menapau' juadah yang masih berbaki....esoknya kan selamat tak perlu susah nak mereka makanan pagi..just panaskan aje n ngap....

Apa2pun majlis kami tu memang happening. Yang penting hubungan dan perkenalan antara kami makin erat dan mesra. Kami juga dapat berkenalan dengan beberapa keluarga yan g baru sampai. K.Azie ucapkan selamat datang kepada Ros-Mustafirin dan Puan Richard-Intai (minta maaf ye kalau tersalah eja) dan selamat menjalani kehidupan baru kat perantauan ni. Semoga hubungan yang sedia terjalin ni akan terus wangi dan mekar sentiasa.

Wassalam........



posted by Nojie Alias @ 9:00 AM   2 comments
Salam Raya
Wednesday, November 25, 2009



Salam Eid ul-Adha. Maaf zahir dan batin, buat semua keluarga, sanak-saudara, kawan-kawan, sahabat handai tak kira di mana...
posted by Nojie Alias @ 5:12 PM   0 comments
Keutamaan 10 hari pertama Bulan Dzulhijjah
Saturday, November 21, 2009
Segala puji bagi Allah semata, shalawat dan salam semoga tercurah kepada Rasulullah, Nabi kita Muhammad, kepada keluarga dan segenap sahabatnya.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Rahimahullah, dari Ibnu 'Abbas Radhiyallahu 'Anhuma bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

"Artinya : Tidak ada hari dimana amal shalih pada saat itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, yaitu : Sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah. Mereka bertanya : Ya Rasulullah, tidak juga jihad fisabilillah ?. Beliau menjawab : Tidak juga jihad fisabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apapun".

Imam Ahmad, Rahimahullah, meriwayatkan dari Umar Radhiyallahu 'Anhuma, bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

"Artinya : Tidak ada hari yang paling agung dan amat dicintai Allah untuk berbuat kebajikan di dalamnya daripada sepuluh hari (Dzulhijjah) ini. Maka perbanyaklah pada saat itu tahlil, takbir dan tahmid".

MACAM-MACAM AMALAN YANG DISYARIATKAN

[1]. Melaksanakan Ibadah Haji Dan Umrah
Amal ini adalah amal yang paling utama, berdasarkan berbagai hadits shahih yang menunjukkan keutamaannya, antara lain : sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam:

"Artinya : Dari umrah ke umrah adalah tebusan (dosa-dosa yang dikerjakan) di antara keduanya, dan haji yang mabrur balasannya tiada lain adalah Surga".

[2]. Berpuasa Selama Hari-Hari Tersebut, Atau Pada Sebagiannya, Terutama Pada Hari Arafah.
Tidak disangsikan lagi bahwa puasa adalah jenis amalan yang paling utama, dan yang dipilih Allah untuk diri-Nya. Disebutkan dalam hadis Qudsi :

"Artinya : Puasa ini adalah untuk-Ku, dan Aku lah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya semata-mata karena Aku".

Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Radhiyallahu 'Anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

"Artinya : Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah melainkan Allah pasti menjauhkan dirinya dengan puasanya itu dari api neraka selama tujuh puluh tahun". [Hadits Muttafaq 'Alaih].

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Qatadah Rahimahullah bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

"Artinya : Berpuasa pada hari Arafah karena mengharap pahala dari Allah melebur dosa-dosa setahun sebelum dan sesudahnya".

[3]. Takbir Dan Dzikir Pada Hari-Hari Tersebut.
Sebagaimana firman Allah Ta'ala.

"Artinya : .... dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang telah ditentukan ...". [Al-Hajj : 28].

Para ahli tafsir menafsirkannya dengan sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah. Karena itu, para ulama menganjurkan untuk memperbanyak dzikir pada hari-hari tersebut, berdasarkan hadits dari Ibnu Umar Radhiyallahu 'Anhuma.

"Artinya : Maka perbanyaklah pada hari-hari itu tahlil, takbir dan tahmid". [Hadits Riwayat Ahmad].

Imam Bukhari Rahimahullah menuturkan bahwa Ibnu Umar dan Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhuma keluar ke pasar pada sepuluh hari tersebut seraya mengumandangkan takbir lalu orang-orangpun mengikuti takbirnya. Dan Ishaq, Rahimahullah, meriwayatkan dari fuqaha', tabiin bahwa pada hari-hari ini mengucapkan :

"Allahu Akbar, Allahu Akbar, Laa Ilaha Ilallah, wa-Allahu Akbar, Allahu Akbar wa Lillahil Hamdu"

"Artinya : Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada Ilah(Sembahan) Yang Haq selain Allah. Dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, segala puji hanya bagi Allah".

Dianjurkan untuk mengeraskan suara dalam bertakbir ketika berada di pasar, rumah, jalan, masjid dan lain-lainnya. Sebagaimana firman Allah.

"Artinya : Dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu ...". [Al-Baqarah : 185].

Tidak dibolehkan mengumandangkan takbir bersama-sama, yaitu dengan berkumpul pada suatu majlis dan mengucapkannya dengan satu suara (koor). Hal ini tidak pernah dilakukan oleh para Salaf. Yang menurut sunnah adalah masing-masing orang bertakbir sendiri-sendiri. Ini berlaku pada semua dzikir dan do'a, kecuali karena tidak mengerti sehingga ia harus belajar dengan mengikuti orang lain.

Dan diperbolehkan berdzikir dengan yang mudah-mudah. Seperti : takbir, tasbih dan do'a-do'a lainnya yang disyariatkan.

[4]. Taubat Serta Meninggalkan Segala Maksiat Dan Dosa.
Sehingga akan mendapatkan ampunan dan rahmat. Maksiat adalah penyebab terjauhkan dan terusirnya hamba dari Allah, dan keta'atan adalah penyebab dekat dan cinta kasih Allah kepadanya.

Disebutkan dalam hadits dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, bahwasanya Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : Sesungguhnya Allah itu cemburu, dan kecemburuan Allah itu manakala seorang hamba melakukan apa yang diharamkan Allah terhadapnya"
[Hadits Muttafaq 'Alaihi].

[5]. Banyak Beramal Shalih.
Berupa ibadah sunat seperti : shalat, sedekah, jihad, membaca Al-Qur'an, amar ma'ruf nahi munkar dan lain sebagainya. Sebab amalan-amalan tersebut pada hari itu dilipat gandakan pahalanya. Bahkan amal ibadah yang tidak utama bila dilakukan pada hari itu akan menjadi lebih utama dan dicintai Allah daripada amal ibadah pada hari lainnya meskipun merupakan amal ibadah yang utama, sekalipun jihad yang merupakan amal ibadah yang amat utama, kecuali jihad orang yang tidak kembali dengan harta dan jiwanya.

[6]. Disyariatkan Pada Hari-Hari Itu Takbir Muthlaq
Yaitu pada setiap saat, siang ataupun malam sampai shalat Ied. Dan disyariatkan pula takbir muqayyad, yaitu yang dilakukan setiap selesai shalat fardhu yang dilaksanakan dengan berjama'ah ; bagi selain jama'ah haji dimulai dari sejak Fajar Hari Arafah dan bagi Jama’ah Haji dimulai sejak Dzhuhur hari raya Qurban terus berlangsung hingga shalat Ashar pada hari Tasyriq.

[7]. Berkurban Pada Hari Raya Qurban Dan Hari-hari Tasyriq.
Hal ini adalah sunnah Nabi Ibrahim 'Alaihissalam, yakni ketika Allah Ta'ala menebus putranya dengan sembelihan yang agung. Diriwayatkan bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam.

"Artinya : Berkurban dengan menyembelih dua ekor domba jantan berwarna putih dan bertanduk. Beliau sendiri yang menyembelihnya dengan menyebut nama Allah dan bertakbir, serta meletakkan kaki beliau di sisi tubuh domba itu". [Muttafaq 'Alaihi].

[8]. Dilarang Mencabut Atau Memotong Rambut Dan Kuku Bagi Orang Yang Hendak Berkurban. Diriwayatkan oleh Muslim dan lainnya, dari Ummu Salamah Radhiyallhu 'Anha bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : Jika kamu melihat hilal bulan Dzul Hijjah dan salah seorang di antara kamu ingin berkurban, maka hendaklah ia menahan diri dari(memotong) rambut dan kukunya".

Dalam riwayat lain :
"Maka janganlah ia mengambil sesuatu dari rambut atau kukunya sehingga ia berkurban".

Hal ini, mungkin, untuk menyerupai orang yang menunaikan ibadah haji yang menuntun hewan kurbannya. Firman Allah.

"Artinya : ..... dan jangan kamu mencukur (rambut) kepalamu, sebelum kurban sampai di tempat penyembelihan...". [Al-Baqarah : 196].

Larangan ini, menurut zhahirnya, hanya dikhususkan bagi orang yang berkurban saja, tidak termasuk istri dan anak-anaknya, kecuali jika masing-masing dari mereka berkurban. Dan diperbolehkan membasahi rambut serta menggosoknya, meskipun terdapat beberapa rambutnya yang rontok.

[9]. Melaksanakan Shalat Iedul Adha Dan Mendengarkan Khutbahnya.
Setiap muslim hendaknya memahami hikmah disyariatkannya hari raya ini. Hari ini adalah hari bersyukur dan beramal kebajikan. Maka janganlah dijadikan sebagai hari keangkuhan dan kesombongan ; janganlah dijadikan kesempatan bermaksiat dan bergelimang dalam kemungkaran seperti ; nyanyi-nyanyian, main judi, mabuk-mabukan dan sejenisnya. Hal mana akan menyebabkan terhapusnya amal kebajikan yang dilakukan selama sepuluh hari.

[10]. Selain Hal-Hal Yang Telah Disebutkan Diatas.
Hendaknya setiap muslim dan muslimah mengisi hari-hari ini dengan melakukan ketaatan, dzikir dan syukur kepada Allah, melaksanakan segala kewajiban dan menjauhi segala larangan ; memanfaatkan kesempatan ini dan berusaha memperoleh kemurahan Allah agar mendapat ridha-Nya.

Semoga Allah melimpahkan taufik-Nya dan menunjuki kita kepada jalan yang lurus. Dan shalawat serta salam semoga tetap tercurah kepada Nabi Muhammad, kepada keluarga dan para sahabatnya.

--
" (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir ".
(QS: Qaaf : 17/18)
---------------------------------------
"Dan senantiasa seorang hamba mendekat kepada-Ku dengan amalan Sunnah sehingga Aku mencintainya." (HR Bukhari)
---------------------------------------
"Ya Allah, Rahmat-Mu aku harapkan, maka janganlah Engkau serahkan (urusan) ku kepada diriku walau sekejap mata, perbaikilah semua urusanku, tiada ilah selain Engkau." (HR Abu Daud dgn sanad yg sohih)
posted by Nojie Alias @ 10:04 PM   0 comments
Kisah Teladan - Sumayyah

Sumayyah binti Khayyath, syahidah pertama umat Islam yang menumpahkan darahnya demi mempertahankan keimanannya bersama suami dan anak lelakinya. Teladan istimewa yang wajar dikenang sepanjang zaman.

Sumayyah binti Khayyath adalah seorang hamba sahaya milik Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah. Oleh tuannya, ia dikahwinkan dengan seorang lelaki asal Yaman yang bernama Yasir bin Amir yang merupakan perantau di kota Makkah. Kerana banyak mendapat halangan, Yasir meminta perlindungan kepada Abu Hudzaifah yang merupakan kepala suku Bani Makhzum.

Hasil perkahwinannya dengan Yasir bin Amir, Sumayyah dikurniai anak lelaki yang diberi nama Ammar bin Yasir. Melalui anak lelakinya inilah, pasangan Yasir dan Sumayyah mengenali agama Islam.

Suatu hari, Ammar yang mula menginjak usia remaja mendengar khabar tentang kedatangan nabi baru yang membawa ajaran Tuhan. la pun segera mencari dan ingin membuktikan khabar tersebut. Sebaik sahaja mengenali Rasulullah s.a.w., Ammar pun terus jatuh hati dan langsung mengucapkan ikrar syahadatnya.

Mendapat khabar gembira, Ammar segera menceritakan kepada ayah bundanya. Berbeza dengan kebanyakan orang Quraisy yang anti bahkan memusuhi Islam, Yasir dan Sumayyah justeru menyambut gembira khabar gembira ini. Bahkan mereka kemudian mengikuti jejak Ammar untuk bersyahadat dan menjadi Muslim dan Muslimah.

Keislamanan yang awalnya disembunyikan akhirnya diketahui juga. Mendengar cerita bahawa keluargaYassir ini memeluk agama Islam menimbulkan kemarahan Abu Hudzaifah. la memaksa supaya keluarga ini meninggalkan Islam dan kembali kepada agama nenek moyang mereka yang menyembah latta dan uzza. Namun ketiganya berkeras mempertahankan keyakinan mereka.
Seperti yang dialami oleh golongan awal yang memeluk Islam, Yasir, Sumayyah, dan Ammar mengalami banyak sekali halangan dan cubaan. Hal ini ditambah lagi kerana status keluarga mereka yang bukan daripada kalangan bangsawan Quraisy. Akibatnya penderitaan yang mereka alami keterlaluan dan mereka diseksa dengan kejam melampaui batasan kemanusiaan.

Orang yang paling kejam menyeksa mereka adalah orang-orang yang selama ini melindunginya iaitu daripada kalangan Bani Makhzum yang dipimpin Abu Hudzaifah. Sumayyah yang merupakan seorang wanita, dihumban ke atas pasir, lalu tubuhnya ditimbus dengan pasir yang sangat panas.

Seakan belum puas hati, dada Sumayyah kemudiannya dihimpit dengan batu besar supaya ia tidak dapat bernafas. Lalu mereka memaks Sumayyah untuk mengimani berhala-berhala nenek moyang mereka. Namun wanita solehah ini tetap bertahan dengan keyakinannya kerana ingat janji Allah SWT bagi hamba-Nya yang bertakwa, iaitu syurga.

Yasir, Sumayyah, dan Ammar terus mendapatkan seksaan yang sedemikian keji. Mereka didera, dicambuk, disalib di padang pasir yang terik, ditindih dengan batu panas, dibakar dengan besi panas, bahkan sampai ditenggelamkan ke dalam air hingga sesak nafasnya dan mengelupas kulitnya yang penuh dengan luka.

Suatu hari ketika Ammar sudah tidak mampu untuk menanggung penyeksaan, ia kemudian mengadu pada Rasulullah s.a.w. mengenai keadaannya. Rasul yang setiap hari datang memberikan sokongan lantas berseru, “Sabarlah, wahai keluarga Yasir. Tempatyang dijanjikan bagi kalian adalah syurga.”

Sekalipun berat seksaan yang diterima, namun ketiganya tetap mempertahankan keislamannya.
Ketika berada dalam keadaan sedar, tidak ada satu pun kalimat yang terlontar dari mulut ketiganya kecuali kalimat “Ahad..Ahad..” seperti yang dilontarkan Bilal bin Rabah. Hal ini semakin meningkatkan amarah orang Quraisy kerana gagal melunturkan keimanan mereka.

Hingga suatu ketika, orang Quraisy berasa putus asa dengan keteguhan iman ketiganya, mereka memutuskan membunuh Sumayyah. Adalah Abu Jahal yang melaksanakan perbuatan keji tersebut. Dengan tombaknya yang runcing, Abu Jahal menjadikan Sumayyah mujahidah pertama yang gugur di jalan Allah apabila tombak tersebut menembusi dada Sumayyah.

Menjelang wafatnya, tidak sedetik pun Sumayyah menggadaikan keimanannya. Sumayyah binti Khayyath simbol ketabahan hati, kekuatan iman, dan ketangguhan jiwa seorang mujahidah. la rela mengorbankan segala-galanya, termasukjiwa dan raganya demi Islam.

Sumayyah binti Khayyath syahid dengan meninggalkan teladan yang luar biasa. Tidak hairan ia menjadi wanita yang sangat mulia dengan keberanian dan ketabahannya. “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman” sedang mereka tidak diuji lagi?” (Surah Al Ankabut, ayat 2).


xxxxxxxx

Dimanakah letaknya nilai keimanan kita ? Adakah kita setanding dengan keimanan Sumayyah ? Sakit sedikitpun asyik mengaduh dan adakalanya sehingga ada yang menyalahkan takdir. Semoga kita dapat mengambil ikhtibar daripada kisah Sumayyah ini, dan jadikan beliau sebagai contoh dalam kita menjalani hidup yang berbaki ini.
posted by Nojie Alias @ 7:24 PM   0 comments
Rahsia Halba daripada Rasul S.A.W

Assalamualaikum.

K.Azie nak kongsi sedikit rahsia perubatan herba yabf diperolehi daripada email. Mana yang baik tu harap boleh kita amalkan dan kalau ada yang tak elok tu harap nanti ada yang komen ye...

Bagi yg tak pasti macam mana rupa halba ni rujuk gambar. Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih. Dikenali sebagai;

cina: Hu Lu Ba

Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.)

Tamil : Vendayam

Rumah aku memang selalu ada stock halba. Selalu digunakan untuk masak asam pedas. (resepi ibu mertuaku, org Melaka be). Barulah Power!!!

Lagi satu yang mak mertuaku selalu amalkan, utk stamina, kecergasan, juga utk menstabilkan gula dlm darah, sesiapa yg ada masalah diabetis boleh juga cara ni.

Cara-caranya :-

  • Goreng halba tanpa minyak - jgn plak sampai hangus
  • Masukkan dalam dalam bekas
  • Campurkan air panas, biarkan sehingga suam-suam kuku dan bolehlah diminum.

Jika diamalkan selalu, Insya-allah dpt membantu. (Drpd minum Coke yang takde khasiat)


+++


Assallamuallaikum,

Lepas ni kita mesti ada stok a least 1 kilo halba kt rumah...

Rasulullah saw bersabda :
"Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup
tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ? "

Sila baca dan sebarkan . Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yang murah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di kedai mamak sahaja.

Rasulullah saw bersabda :

" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas "
(Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

" Gunakanlah Halba sebagai ubat"
( Qamus Al-Tibb � Ahad Qodamah-Mesir)

KEGUNAAN Halba

1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.


Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.

MANA NAK DAPAT Halba

Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil di pasaraya.


Wallahu'alam

posted by Nojie Alias @ 10:44 AM   0 comments
Crabbing Lagi
Saturday, November 14, 2009


Antara peralatan dan kelengkapan yang diperlukan untuk acara crabbing ni







Antara gambar-gambar minggu lepas



Inilah hasil kali pertama kami crabbing ni.....


Ini antara yang kami dapat semalam...setelah dibakarkan semalam dan diagihkan-agihkan..
Tunggu masa nak digoreng aje...semalam lupa nak snap gambar


Semalam merupakan pengalaman kedua kami sekeluarga crabbing. Semalam hanya 3 keluarga yang turut bersama iaitu keluarga K.Nor-Zack dan Zah-Ridza. Minggu lepas sebenar kami merancang hanya 3 keluarga juga, tapi lastnya kami menyertai group dari al-Mirgab. Jadi memang ramailah pada minggu lepas.

Semalam kami bertolak lebih kurang pukul 3.20ptg. K.Azie dan K.Nor-Zack yang bertolak dulu, Zah-Redza kemudian sedikit. Dia siapkan ikan utk aktiviti bakar-membakar, bbqlah tu..hehehe. Sampai je kat sana, kami pasang khemah keluarkan bekalan n siapkan api utk mulakan proses membakar. Dah elok api tu menyala Zah sekeluarga sampai.

Kalau minggu lepas masing-masing bawa makanan berat sendiri. Tapi minggu ni kami dah bahagikan tugas..K.Azie bawa nasi goreng cina, cinalah kot tp sebnarnya dah mix melayu dah..entah apa-apalah ikut sesedap rasa je, walaupun tak sedap...bawa 2 jenis perasa ayam untuk bbq. Satu yang tak pedas, dan satu yang pedas...dan boleh keluarkan angin dlm badan...hehehe. masing-masing kena controllah sikit, nanti ada dengar bunyi boom meletup. Kali ni kami x prepare kuih, K.Azie buat apam goreng yang banyak dah terlebih goreng huhuhu. K.Nor-Zack bawa ayam dan sosej yang menjadi rebutan anak-anak. Zah-Redza bawa ikan, udang, sosej dan daging burger...

Macam minggu lepas juga, kami sembahyang maghrib kat tepi pantai aje. Untuk pengetahuan kawan-kawan dan keluarga kat malaysia, gigi air memang jauh dan nak sampai ke gigi air kena lalui tanah yang berselut...Jadi kenalah bawa air utk wudhu' dan segala aktiviti yang memerlukan air. Masing-masing bawa 1 tong dan kami tambahkan dengan 2 gelen lagi..

Dah selesai solat dan perut dah kenyang, kami yang nak turun ke laut bersiap. Mulanya nak tunggu bulan, tapi sampai dah naik semulapun, bayang bulan tak nampak-nampak. Jadi, kamipun turun ajelah tanpa cahaya bulan..cahaya touch light masing-masing ajelah yang menjadi peneman...K.azie turun dengan Abang Amir dan anak sulung kami, Along Arief. K.Nor hanya berdua dengan Abang ZAck sahaja dan Redza dengan anak lelakinya, Amat..

Minggu ni cabarannya berbeza daripada minggu lepas...but still happening dan seronok sesangat. Kalau minggu lepas nak sampai ke kawasan air yang elok kami kena lalui kawasan yang berselut yang agak panjang, tp minggu ni kawasannya berselut sekejap je kami redah. K.Azie beritahu Abang Amir "kan ok macam ni, senang tak letih sangat" Tapi Abang Amir pesan, jangan seronok sangat jauh lagi perjalanan kami, banyak lagi tenaga yang diperlukan.. Along, ok je nampak..minggu lepas dia join separuh jalan je, dan tumpang balik dengan dengan En.Harissudin...Kalau minggu lepas Along orang pertama yang jumpa ketam, minggu ni giliran papanya pula...Seronok...rezeki kami memang banyak minggu ni, ketam memang banyak dan besar-besar, tak macam minggu lepas. K.Azie lebih nakkan sotong, tapi balik-balik cik crab yang kami jumpa. Redha yang dari tadi kat sebelah tengah dah datang arah kami pula kata dia asyik dapat sotong..dia nak ketam..datang dekat kamipun sotong juga yang dia dapat..sotong ke ketam ke..kami hentam aje janji bekas penuh....Kami dapat sotong dalam 5-6 ekor sahaja..dan ketamnya memang banyak..hampir 30 ekor.

Minggu ni tak ramai yang crabbing, so sunyilah sikit kawasan tengah laut tu. tadi dengar riuh dgn suara geng-geng Philipine sekarang dah tak ada dah..kelibat Rezha dan Amatpun dah nampak macam nak balik dah...K.Nor dan Abang Zack entah, dari awal lagi kami tak nampak..dah baliklah tu kot..Tali pengikat tong isi hasil tangkapan kami dah putus..tandanya dah over beratlah kot, huhuhu. Kamipun ambik keputusan balik sajalah...jalan sekejap air dah kering, seronoknya. Tapi rupanya kat depan air ada lagi dan kami terpaksa lalui kawasan berlumpur yang agak panjang. Kalau minggu lepas nak sampai ke darat kami lalui kawasan berlumpur yang dah kering...tapi semalam sampai ke kawasan khemah kami lalui jalan berselut. minggu lepas K.Azie masih mampu bertahan...tapi semalam, rasa macam nak pitam, memang banyak betul tenaga yang digunakan, kerana terpaksa lalui jalan berselut yang panjang. Mungkin kerana kami balik terlalu awal, tak sampai pukul 10mlm lagi. Kali ni K.Azie minta Abang Amir berhenti dahulu kat kawasan berbatu...kena kumpulkan tenaga dulu. Dah rehat 2-3 minit rasa dah ok sikit, kami teruskan perjalanan. Nak sampai ke khemah dari kawasan tu, l/kurang 700m kot. dengan kaki yang tenggelam dalam lumpur selut tu..memang mencabar dan memerlukan kekuatan fizikal dan mental juga. Lastnya K.Azie jalan kat belakang dan pijak kesan tap kaki Abang Amir yang kat depan....hehehe. Tak adalah guna banyak tenaga nak angkat kaki dalam lumpur tu...tapi kesian abang Amir yang guna banyak tenaga. Dahlah kena pikul hasil tangkapan lagi..Along dah kat depan...dia ok je, mamanye aje yang duk bising-bising letih.

Dah sampai kat darat tempat khemah tu...nampak orang lelaki bercermin mata sedang membakar, dalam hati kata..."awal lagilah K.Nor dan Abang Zack balik" Tapi bila orang tu bersuara....hahaha rupanya Mahadi dan Aishah datang join sekali...Tapi oklah, kalau tak yang tinggal kat situ hanya anak-anak ditemani Zah sahaja...Kelibat Redza-Amat dan K.Nor-Zack tak nampakpun....rupanya kami merupakan orang yang paling awal naik....dah hampir 1/2jam barulah nampak Redza dan Amat...macam kat tengah laut tadi...sotonglah yang banyak mereka tombakkan....

Tenaga dah ok, dan menunggu K.Nor-Zack yang tak nampak bayangpun..K.aziepun ambik keputusan nak 'membakar' hasil menombak kami....airpun masih banyak...maka proses menyiang dan membersihkan ketam dan sotong bermulalah...awalnya ok je nampak, dah 5-6 ekor ketam tu dibedah terasa macam ada sesuatu menggigit tangan..apa lagi menjeritlah bila tengok penyepit ketam tu dah pegang jari...ketam-ketam tu dah lemah...tak sakitlah kena sepitpun...cuma gelinya yang lebih..Siap bab ketam, Redza pulak dah passkan sotongnya kat kami, mereka kurang sikit bab sotong ni katanya. So, K.Azie dengan confidencenya ambik pisau dah mulakan proseskan membedah sotonglah pulak....yang pertama, kedua ok je...masuk yang ketiga, dah cabutkan kepalanya....dan masukkan jari dalam badannya sebab nak belah badan nak keluarkan dia punya 'ski board' terasa macam ada sesuatu yang menghisap...menjeritlah lagi...lastnya Abang Amir yang kena ambik tugas tu..hahaha. Satu lagi bagian janggutnya tu...memang melekat2 kat tangan, macam dia nak grabbbbb jeee...geli...............

Entah pukul berapa barulah K.Nor dan Abang Zack sampai...Katanya dia pergi ketengah, ingatkan Azie dan Redza...rupanya lampu bot....dahtu..naik ke daratpun jauh dari tempat kami....Tapi tak apa, janji hasilnya agak lumayan...Sotong juga yang banyaknya. Mereka nak ketam tapi dapat sotong yang lebih...K.Azie pula nak sotong, ketam yang dapat lebih. Tak apalah, dah rezeki masing-masing. Apa-papun kami seronok dan puas hati kali ni, sebab hasilnya memang banyak daripada minggu lepas. Walaupun minggu lepas kami dapat banyak juga, tapi kecil. Dah siap bakar ketam dan sotong kami berkemas dan bertolak balik hampir pukul 12 malam....

Labels:

posted by Nojie Alias @ 7:21 PM   0 comments
Kebaikan Madu dan Kulit Kayu Manis
Wednesday, November 11, 2009


Menurut kajian perubatan yang dijalankan di Kanada (Januari 1995), campuranmadu asli dan kayu manis ni mampu mencegah serta merawat 14 jenis penyakit.


1. Jerawat

Campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kayu manis. Kemudian, sapukan campuran tue kat muka (bahagian yang ader jerawat) sebelum tidur.

Pada keesokan pagi, bersihkan wajah anda dengan air suam. Amalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut.

Hasilnya, ia akan menyingkirkan jerawat anda dari akar umbi. Selain tu, kulit anda akan terasa segar, awet muda dan juga merawat masalah kulit seperti ekzema.


2. Sakit perut

Campuran madu dan kayu manis pun boleh melegakan sakit perut serta membersihkan perut.

Ia akan membebaskan angin-angin di dalam perut. Di samping tu, ia boleh menurunkan berat badan.


3. Selesema

Sekumpulan saintis Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa madu asli mengandungi bahan semulajadi yang mampu membunuh virus penyebab selesema.


4.Keguguran rambut

Bagi anda yang mengalami keguguran rambut, boleh gunakan khasiat campuran ini. Ambil campuran 1 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis, kemudian sapukan kat kulit kepala.

Biarkan selama 15 minit. Kemudian anda bilas dengan air sehingga bersih.


5. Sakit gigi

Kalau sakit gigi, ambil 1 sudu serbuk kayu manis dan campurkan dengan 5 sudu teh madu asli.

Letakkan campuran tadi kat bahagian gigi yang sakit tadi. Amalkannya 3 kali sehari sehinggalah hilang rasa sakit gigi tue. : )


6. Penghadaman

Bagi melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh anda, ambillah campuran 2 sudu madu asli dan serbuk kayu manis.


7. Jangkitan pada pundi kencing

Anda ada masalah jangkitan kuman kat pundi kencing? Kalau ada, anda haruslah membunuh bakteria yang ada kat situ.

Caranya;

Ambil 1 sudu madu asli dan 2 sudu serbuk kayu manis. Kemudian, campurkannya ke dalam secawan air suam. Amalkan meminum air tersebut.


8. Kolestrol

Anda nak mengurangkan tahap kolestrol dalam darah sebanyak 10% dalam masa kurang daripada 2 jam??

Caranya;

Ambil 2 sudu teh madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan dengan 16 auns teh dan minum air tersebut.


9. Sakit jantung

Di samping dapat mengurangkan kadar kolestrol, campuran madu asli dan serbuk kayu manis nie boleh mengurangkan risiko serangan jantung.

Ia turut membantu sistem pernafasan berjalan lebih lancar serta mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung.


10. Artritis

Sekiranya anda pesakit artritis, amalkan meminum campuran secawan air panas dengan 2 sudu campuran madu asli dan serbuk kayu manis setiap hari.

Melalui kajian yang dibuat oleh University Copenhagen, 73 daripada 200 pesakit yang mencuba rawatan ini berjaya sembuh 100%.


11. Sistem imunisasi

Amalan pengambilan campuran ini juga mampu menguatkan sistem imunisasi serta melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria.

Ini kerana, para saintis telah membuktikan bahawa madu asli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.


12. Masalah kesuburan

Bagi golongan lelaki; ambil 2 sudu madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan.

Untuk golongan wanita; ambil 1/2 sudu serbuk kayu manis dicampurkan dengan 1 sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.


13. Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran

Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan minum air campuran nie pada setiap pagi.

Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.


14. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik

Untuk mengekalkan tahap kesihatan anda, amalkan meminum setiap hari;

Campuran 3 cawan air teh panas dengan 4 sudu madu asli dan 1 sudu serbuk kayu manis.


Selamat Mencuba!
posted by Nojie Alias @ 11:10 AM   0 comments
Siapa Saya

Name: Nojie Alias
Home: Al Khor, Qatar
About Me: Ibu kepada 4 orang anak ( 2 putera dan 2 puteri). Sedang belajar mengenali diri sendiri dan yang Maha Pencipta...semoga Allah perkenankan segala impian dan cita-cita. Amin....
See my complete profile
Tempahan Mee Kuning
Radio Online



Borak Siber
M A Q
Qatar Living
Pautan Laman
Komen Terkini
Arkib
Rakan Siber

Jumlah Pelawat
Rujukan Pelawat
Dijana Oleh

BLOGGER

Pelawat Online

© 2009 Nojie Alias