Nojie Alias

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

 
Hadis
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا. وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا.

Maksudnya:

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kebenaran, dia mendapat ganjaran pahala sama seperti ganjaran pahala orang-orang yang mengikuti ajakannya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka.

Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, dia mendapat dosa sama seperti dosa orang-orang yang mengikutnya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.

Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Munajat Seorang Hamba

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM....

ALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIN

WASSALATU WASSALAMU A'LA ASHRAFI AMBIYAAI ALMURSALIN WA A'LA ALIHI WASAHBIHI AJMA'IN

Ya allah, Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat islam masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon apa yang telah dipohonkan oleh nabi Muhammad SAW dan kami meminta perlindungan daripada apa yang pernah diminta baginda SAW. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa kami ke arahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah ya Tuhan kami, engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin. berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami. Tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman, dan amal. Hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami kami pohon kepada Engkau Iman yang sempurna, Ilmu yang memberi manfaat, Rezeki yang halal, Anak yang soleh, Rumahtangga yang bahagia, Usia yang berkat, Doa yang mustajab, hajat yang tertunai, Kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, Keselamatan di dunia dan di akhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau di hati kami, hidupkanlah hati ini dan segala yang terbuku di hati kami, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini ke[pada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami, selamatkanlah hati kami daripada sifat-sifat yang keji dan jauhilah kami daripada perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan Kerajaan-kerajaanMu dan masda depan kami di akhirat nanti. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini hambaMu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya. Berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami, supaya dapat kami melakukan segala yang diperintah oleh Engkau, meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Engkau.

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam Iman dan matikanlah kami dalam Iman, selamatkanlah Iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembus nafas yang terakhir. Ya Allah Ya Tuhan, selamatkanlah kami semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman dari taman syurga, selamatkanlah kami daripada seghala angkara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar. Selamatkanlah kami Ya Allah semasa berada di padang Mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan 'Arasy Engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkan kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami Ya Allah dengan hisab yang ringan, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami, Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hambaMu ini, hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan. Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam Nabi kami al-Kauthar. Selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.

Ya Allah Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam syurga Engkau bersama orang-orang yang memasukinya.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat nabi kami Nabi Muhammad SAW dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.

RABBANAA ATINAA FIDDUNYAA HASANAH WAFIL AKHIRATI HASANAH WAQINAA A'ZAABANNAR SUBHAANA RABBIKA RABBIL I'ZZATI A'MMA YASIFUUN WASALAAMUN A'LAL MURSALIIN WALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIIN

Waktu Sembahyang


RTM 1

Klik Untuk Skrin Besar
RTM 2

Klik Untuk Skrin Besar
TV3

Klik Untuk Skrin Besar
TV9

Klik Untuk Skrin Besar





KIAMAT SEMAKIN HAMPIR
Friday, May 29, 2009
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
posted by Nojie Alias @ 8:55 PM   0 comments
SAKARATUL MAUT
A
llah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah.

Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan tiga ratus tetakan.

Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut, malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut,maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan.

Antaranya, sebelum tidur:
1) Bacalah surah Al-Ikhlas 3X
2) Selawat ke atas Nabi
3) Membaca tasbih Amalan harian: Sentiasa membaca Al-Quran Memelihara solat terutama solat fardu Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan Membaca tasbih Membanyakkan sedekah Sentiasa berzikir menyebut Allah.
Amalan yang perlu dijauhi:
1) Dusta
2) Khianat
3) Mengadu domba
4) Kencing berdiri Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil.

" Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan dia meninggal ketika itu juga.

Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah. Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?"

Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya jika dibandingkan sakit terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup dan rasa sakit menghadapi maut adalah 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Sesungguhnya saya melakukan dengan secara berhati-hati dan tidak kasar apabila mencabut nyawa engkau itu dan belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."

Dirawayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu.

" Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata: Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)." Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu.

Berkata Sam bin Nuh:
"Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu dan masih belum hilang sakit dari sakaratul maut."
posted by Nojie Alias @ 8:49 PM   0 comments
RENUNGAN PAGI JUMAAT - SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA
Thursday, May 28, 2009
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan Kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.

So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam"
posted by Nojie Alias @ 10:13 PM   0 comments
CAHAYA DI HARI KIAMAT

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang. * Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan. 

* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari. 

Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab : 

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.  

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.  

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka  Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"  Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. 

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. 

Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. 

Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. 

Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. 

Kelima, orang yang suka minum arak." 


Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik pula melaungkan azan di masjid2 maupun disurau2..Amin.  

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5X sehari. Cubalah hayati setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. ADAB MENDENGAR AZAN Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati . Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . 

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . 

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .." se masa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin .." Wallahualam....


posted by Nojie Alias @ 10:02 PM   0 comments
TELADAN DARI KISAH BENAR
Wednesday, May 27, 2009

 Kisah Benar Pemuda Arab Belajar di Amerika


Asallammualaikum wbt,
Ada seorang pemuda arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnyadi Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan ia mampu mendalaminya. Selain belajar, ia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, ia berkenalan dengan salah seorang Nasrani.

Hubungan mereka semakin akrab,dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk Islam.Pada suatu hari mereka berdua berjalan-j alan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas di dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar ia turut masuk ke dalam gereja.Mula-mula ia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika pendetamasuk , mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk.Di saat itu, si pendeta agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirindan berkata, "Di tengah kita ada seorang muslim. Aku harap ia keluar dari sini." Pemuda arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Pendeta tersebut mengucap kan perkataan itu berkali-kali, namun ia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya pendeta ituberkata, "Aku minta ia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.

"Barulah pemuda ini beranjak keluar.Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang pendeta, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang muslim. " Pendeta itumenjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian iaberanjak hendak keluar. Namun,pendeta ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.Pendeta berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "Sipemuda tersenyum dan berkata, "Silakan !Sang pendeta pun mulai bertanya, " 

1. Sebutkan satu yang tiada duanya,
2. dua yang tiada tiganya,
3. tiga yang tiada empatnya,
4. empat yang tiada limanya,
5. lima yang tiada enamnya,
6. enam yang tiada tujuhnya,
7. tujuh yang tiada delapannya,
8. delapan yang tiada sembilannya,
9. sembilan yang tiada sepuluhnya,
10. sesuatu yang tidak lebih darisepuluh,
11. sebelas yang tiada dua belasnya,
12. dua belas yang tiada tiga belasnya,
13. tiga belas yang tiada empatbelasnya.
14 . Sebutkan sesuatu yang dapatbernafas namun tidak mempunyai ruh!
15. Apa yang dimaksud dengan kuburanberjalan membawa isinya?
16. Siapakah yang berdusta namunmasuk ke dalam surga?
17. Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah namun Dia tidakmenyukainya ?
18. Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah dengan tanpa ayah danibu!
19. Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diadzab denganapi dan siapakah yang terpelihara dari api?
20. Siapakah yang tercipta daribatu, siapakah yang diadzab denganbatu dan siapakah yang terpelihara daribatu?
21. Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah dan dianggap besar!
22. Pohon apakah yang mempunyai 12ranting, setiap ranting mempunyai30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3di bawah naungan dan dua dibawah sinaran matahari?



"Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca bismalah ia berkata, 

1. Satu yang tiada duanya ialahAllah SWT.

2. Dua yang tiada tiganya ialahMalam dan Siang. Allah SWTberfirman,"Dan Kami jadikan malam dan siangsebagai dua tanda (kebesaran kami)."(Al-Isra' : 12).

3. Tiga yang tiada empatnya adalahkesilapan yang dilakukan NabiMusaketika Khidir menenggelamkan sampan,membunuh seorang anak kecil danketika menegakkan kembali dinding yanghampir roboh.

4. Empat yang tiada limanya adalahTaurat, Injil, Zabur danal-Qur'an.

5. Lima yang tiada enamnya ialahSolat lima waktu.

6. Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk.

7. Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis.Allah SWT berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis.Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatuyang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

8. Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsyar-Rahman. Allah SWT berfirman, "Dan malaikat-mal aikat berada dipenjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat
menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas(kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

9. Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan,musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.* 

10. Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah SWTberfirman , "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluhkali lipat." (Al-An'am: 160). 

11. Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-SaudaraNabi Yusuf . 

12. Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan(ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu. 'Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

13. Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya. 

14. Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah SWT ber-firman, "Danwaktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

15. Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS. 

16. Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-sa udara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya,"Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala. "Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua. " Dan ayahmereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguh nya Dia-lah Yang MahaPengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98) 

17. Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah  suara keledai." (Luqman: 19). 

18. Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah NabiAdam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim. 

19. Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diadzab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.Allah SWT berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim."(Al-Anb iya':69).

20. Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diadzab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua). 

21. Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalahTipu Daya wanita, sebagaimana firmanAllah SWT? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar."(Yusuf: 28).

22. Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 dibawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya : Pohon adalahTahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari. 

Pendeta dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda muslimtersebut. Kemudian ia pun mula hendak pergi. Namun ia mengurungkan niatnya dan meminta kepada pendeta agar menjawab satu pertanyaan saja.Permintaan ini disetujui oleh pendeta.

Pemuda iniberkata, "Apakah kunci syurga itu?" 

Mendengar pertanyaan itu lidah pendeta menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Ia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun ia cuba mengelak.Mereka berkata, "Anda telah melontarkan22 pertanyaan kepadanya dan semuanya ia jawab, sementara ia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "Pendeta tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. " Pendeta pun berkata," 

Jawabannya ialah: Asyhadu An La IlahaIllallah Wa Wa Aasyhadu AnnaMuhammadar Rasulullah."
Lantas pendeta dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda muslim yang bertakwa.**

* Penulis tidak menyebutkan yangkesembilan (pent.)
** Kisah nyata ini diambil dari Mausu'ahal-Qisha sh al-Waqi'ah melalui
makeURL("internet , www.gesah.net/a"
internet , http://www.friendster.com/bulletin.php?                  

posted by Nojie Alias @ 2:21 PM   0 comments
NILAI SEORANG ISTERI

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga,suami dan anak-anak. 
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah seburuk mana isteri anda,sayangilah mereka.....
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita,Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahalatetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepadasuami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahanisteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. 
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesugguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. 
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki.
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,
lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,
dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
posted by Nojie Alias @ 1:55 PM   0 comments
PESAN LUQMAN

Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :- 


a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t.

maka jagalah baik-baik fikiran mu

b. .Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandangan mu.



c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.



d. . Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.



e. . Ingat kepada Allah s.w.t.



f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.



g. . Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.



h. . Ingat kepada mati.

posted by Nojie Alias @ 1:34 PM   0 comments
HARI-HARI TERAKHIR SEORANG HAMBA
Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sungguh.nafasku sesak. Tiba-tiba tanganku di pegang kuat. "Mengucapsayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah....... .."ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.


"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku. "Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku. "Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???


Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini". "Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. " Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi.....". Ayah.......kau datang ayah.......". "Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau ?? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......".Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.


Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......"."Assalamualaiku m......". "Siapa yang memberi salam itu?". "Aku". "Kau siapa wahai pemuda???". Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya. "Kau tak kenal aku?". "Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini". "Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari". "Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini". "Akulah amalanmu yang keji..........".


Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.Ya! aku teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini????? "Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku??? Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!". Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?


Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu. Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". Al-Fatihah!"Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah"."Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin lama,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku. Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan. "Nanti!Nanti!Tolong! Tolong ayah,ibu! Jangan tinggalkan aku seorang. Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong !!!!


"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."

Labels:

posted by Nojie Alias @ 8:54 AM   0 comments
A to Z - APA MAKSUDNYA
Monday, May 25, 2009

ABJAD Motivasi Menuju Nirwana Kendiri

A = Asah Bakat Dan Potensi Anda
B = Bayangkan Cita-Cita Besar
C = Ciptalah Kehidupan Yang Baik
D = Doronglah Diri Anda Ke Puncak Jaya
E = Ehsan Sesama Manusia
F = Fikir Masa Depan Anda
G = Gambarkan Kemenangan
H = Hiburkan Diri Anda Dan Orang Lain
I = Impikan Apa Yang Boleh Anda Jadi
J = Jimat Cermat Dalam Segala Hal
K = Kesihatan Diri, Akal Dan Jiwa Harus Diutamakan
L = Lawan Nafsu Jahat Anda
M = Maafkan Kesalahan Orang Lain
N = Nekad Menanggani Masalah
O = Orang Lain Sumber Pengalaman Anda
P = Percaya Pada Ketentuan Illahi
Q = Qiamullail Mendekatkan Diri Kepada Allah
R = Restu Ibu Bapa Membawa Barakah
S = Sentiasa Mempunyai Semangat Ingin Mencuba
T = Tolonglah Orang Yang Memerlukan
U = Usaha Bersungguh-Sungguh
V = Visi Dan Misi Perlu Jelas
W = Waktu Sangat Berharga
X = X-Ray Dan Muhasabah Diri Selalu
Y = Yakin Kemampuan Dan Kebolehan Diri
Z = Zaman Muda Hanya Sekali, Jangan Sia-siakan
'

Labels:

posted by Nojie Alias @ 9:59 PM   0 comments
TUNTUTAN MENUTUP AURAT BAGI MUSLIMAH



Assalamualaikum.....

Munkin tajuk kall ini agak kasar bahasanya tapi itulah hakikat fesyen sebilangan wanita ataupun perempuan Islam yang bertudung.



Apa itu maksud bertudung tapi berletanjang?
Maksudnya ialah seseorang wanita atau pun perempuan yang memakai tudung tetapi tidak menjaga aurat yang lain malah cara pemakaiannya sama seperti tidak berpakaian.



Contonhya;

1,Seorang perempuan memakai tudung tetapi tidak memakai baju lengan panjang dan stokin.



2,Seseorang wanita memakai tudung,baju lengan panjang,stokin tetapi baju yang dipakainya agak ketat sedkit sehingga apa yang terbujur dan terbulat kelihatan didada wanita.



Agak menjelekkan mata bila melihat wanita yang mengaku Islam tetapi tidak sengan meletakkan gambarnya dalam keadaan yang agak tidak sopan dengan menggayakan diri sehingga apa yang patut ditutup tetapi kelihatan jelas bentuknya.



Tetapi agak bodoh juga wanita tersebut kerana termakan pujian lelaki gatal dan mengakui dirinya cantik sedangkan lelaki tersebut hanya memuji benda yang lain.



Maaflah kalau ada yang terasa.Makan cili terasa pedas.Sendiri buat benda bodoh,sendiri fahamlah.



Maaf sebab saja kasar bahasa.Sebilangan wanita mudah termakan pujian lelaki gatal.Tapi bagi man lebih baik man kutuk sbb gambarnya memang buruk tapi cantik pada mata nafsu manusia.



Sesapa yang terasa lebih baik cepat2 berubah.Sebab gambartu nanti jadi saksi untuk tolong antum(sesapa yang buat)untuk pergi ke neraka.



Mari menimba ilmu,sambil beramal.


Fesyen terutama perempuan yang bermacam- macam sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat. Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah. Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan. Bila warnakan rambut mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung. Bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu. Kalau dah rambut diwarnakan, sembahyang pun tak sah. Malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air. itu tak kira yang cukur bulu kening lagi. Yahudi ketawa lagi. Umat islam sudah jadi macam Yahudi.

Al-Quran > SurahAl-A'raaf> Ayat26

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).


Al-Quran > SurahAn-Nuur> Ayat31

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leherbajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belummengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.


Al-Quran > SurahAn-Nuur> Ayat60

Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidakmempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka dan (ingatlah) AllahMaha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


Al-Quran > SurahAl-Ahzaab> Ayat53

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untukmenghadiri jamuan, bukan dengan menunggu-nunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah (pada waktu yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang dengan berbual-bual. Sesungguhnya yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga dia merasa malu (hendak menyatakanhal itu) kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah dia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah.


Al-Quran > SurahAl-Ahzaab> Ayat55

Tidak ada salahnya kepada perempuan-perempuan (yang tidak berpakaianyang melindungi anggota yang haram dipandang oleh lelaki asingitu) menemui bapa-bapa mereka, dan anak-anak lelaki mereka dan saudara-saudara lelaki mereka dan anak-anak lelaki saudara-saudara lelaki mereka dan anak-anak lelaki saudara-saudara perempuan mereka dan perempuan-perempuan Islam mereka, sertahamba-hamba yang dimiliki oleh mereka dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah sentiasa Menyaksikan tiap-tiap sesuatu.


Al-Quran > SurahAl-Ahzaab> Ayat59

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu sertaperempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannyabagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untukmereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik)maka dengan itu mereka tidakdiganggu dan (ingatlah) Allahadalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Labels:

posted by Nojie Alias @ 9:34 PM   0 comments
Siapa Saya

Name: Nojie Alias
Home: Al Khor, Qatar
About Me: Ibu kepada 4 orang anak ( 2 putera dan 2 puteri). Sedang belajar mengenali diri sendiri dan yang Maha Pencipta...semoga Allah perkenankan segala impian dan cita-cita. Amin....
See my complete profile
Tempahan Mee Kuning
Radio Online



Borak Siber
M A Q
Qatar Living
Pautan Laman
Komen Terkini
Arkib
Rakan Siber

Jumlah Pelawat
Rujukan Pelawat
Dijana Oleh

BLOGGER

Pelawat Online

© 2009 Nojie Alias