Nojie Alias

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

 
Hadis
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا. وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا.

Maksudnya:

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kebenaran, dia mendapat ganjaran pahala sama seperti ganjaran pahala orang-orang yang mengikuti ajakannya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka.

Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, dia mendapat dosa sama seperti dosa orang-orang yang mengikutnya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.

Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Munajat Seorang Hamba

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM....

ALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIN

WASSALATU WASSALAMU A'LA ASHRAFI AMBIYAAI ALMURSALIN WA A'LA ALIHI WASAHBIHI AJMA'IN

Ya allah, Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat islam masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon apa yang telah dipohonkan oleh nabi Muhammad SAW dan kami meminta perlindungan daripada apa yang pernah diminta baginda SAW. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa kami ke arahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah ya Tuhan kami, engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin. berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami. Tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman, dan amal. Hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami kami pohon kepada Engkau Iman yang sempurna, Ilmu yang memberi manfaat, Rezeki yang halal, Anak yang soleh, Rumahtangga yang bahagia, Usia yang berkat, Doa yang mustajab, hajat yang tertunai, Kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, Keselamatan di dunia dan di akhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau di hati kami, hidupkanlah hati ini dan segala yang terbuku di hati kami, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini ke[pada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami, selamatkanlah hati kami daripada sifat-sifat yang keji dan jauhilah kami daripada perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan Kerajaan-kerajaanMu dan masda depan kami di akhirat nanti. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini hambaMu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya. Berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami, supaya dapat kami melakukan segala yang diperintah oleh Engkau, meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Engkau.

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam Iman dan matikanlah kami dalam Iman, selamatkanlah Iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembus nafas yang terakhir. Ya Allah Ya Tuhan, selamatkanlah kami semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman dari taman syurga, selamatkanlah kami daripada seghala angkara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar. Selamatkanlah kami Ya Allah semasa berada di padang Mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan 'Arasy Engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkan kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami Ya Allah dengan hisab yang ringan, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami, Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hambaMu ini, hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan. Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam Nabi kami al-Kauthar. Selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.

Ya Allah Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam syurga Engkau bersama orang-orang yang memasukinya.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat nabi kami Nabi Muhammad SAW dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.

RABBANAA ATINAA FIDDUNYAA HASANAH WAFIL AKHIRATI HASANAH WAQINAA A'ZAABANNAR SUBHAANA RABBIKA RABBIL I'ZZATI A'MMA YASIFUUN WASALAAMUN A'LAL MURSALIIN WALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIIN

Waktu Sembahyang


RTM 1

Klik Untuk Skrin Besar
RTM 2

Klik Untuk Skrin Besar
TV3

Klik Untuk Skrin Besar
TV9

Klik Untuk Skrin Besar





HARI-HARI TERAKHIR SEORANG HAMBA
Wednesday, May 27, 2009
Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sungguh.nafasku sesak. Tiba-tiba tanganku di pegang kuat. "Mengucapsayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah....... .."ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.


"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku. "Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku. "Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???


Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini". "Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. " Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi.....". Ayah.......kau datang ayah.......". "Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau ?? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......".Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.


Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......"."Assalamualaiku m......". "Siapa yang memberi salam itu?". "Aku". "Kau siapa wahai pemuda???". Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya. "Kau tak kenal aku?". "Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini". "Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari". "Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini". "Akulah amalanmu yang keji..........".


Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.Ya! aku teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini????? "Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku??? Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!". Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?


Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu. Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". Al-Fatihah!"Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah"."Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin lama,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku. Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan. "Nanti!Nanti!Tolong! Tolong ayah,ibu! Jangan tinggalkan aku seorang. Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong !!!!


"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."

Labels:

posted by Nojie Alias @ 8:54 AM  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
Siapa Saya

Name: Nojie Alias
Home: Al Khor, Qatar
About Me: Ibu kepada 4 orang anak ( 2 putera dan 2 puteri). Sedang belajar mengenali diri sendiri dan yang Maha Pencipta...semoga Allah perkenankan segala impian dan cita-cita. Amin....
See my complete profile
Tempahan Mee Kuning
Radio Online



Borak Siber
M A Q
Qatar Living
Pautan Laman
Komen Terkini
Arkib
Rakan Siber

Jumlah Pelawat
Rujukan Pelawat
Dijana Oleh

BLOGGER

Pelawat Online

© 2009 Nojie Alias