Nojie Alias

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

 
Hadis
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا. وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا.

Maksudnya:

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kebenaran, dia mendapat ganjaran pahala sama seperti ganjaran pahala orang-orang yang mengikuti ajakannya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka.

Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, dia mendapat dosa sama seperti dosa orang-orang yang mengikutnya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.

Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Munajat Seorang Hamba

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM....

ALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIN

WASSALATU WASSALAMU A'LA ASHRAFI AMBIYAAI ALMURSALIN WA A'LA ALIHI WASAHBIHI AJMA'IN

Ya allah, Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat islam masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon apa yang telah dipohonkan oleh nabi Muhammad SAW dan kami meminta perlindungan daripada apa yang pernah diminta baginda SAW. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa kami ke arahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah ya Tuhan kami, engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin. berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami. Tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman, dan amal. Hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami kami pohon kepada Engkau Iman yang sempurna, Ilmu yang memberi manfaat, Rezeki yang halal, Anak yang soleh, Rumahtangga yang bahagia, Usia yang berkat, Doa yang mustajab, hajat yang tertunai, Kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, Keselamatan di dunia dan di akhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau di hati kami, hidupkanlah hati ini dan segala yang terbuku di hati kami, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini ke[pada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami, selamatkanlah hati kami daripada sifat-sifat yang keji dan jauhilah kami daripada perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan Kerajaan-kerajaanMu dan masda depan kami di akhirat nanti. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini hambaMu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya. Berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami, supaya dapat kami melakukan segala yang diperintah oleh Engkau, meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Engkau.

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam Iman dan matikanlah kami dalam Iman, selamatkanlah Iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembus nafas yang terakhir. Ya Allah Ya Tuhan, selamatkanlah kami semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman dari taman syurga, selamatkanlah kami daripada seghala angkara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar. Selamatkanlah kami Ya Allah semasa berada di padang Mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan 'Arasy Engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkan kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami Ya Allah dengan hisab yang ringan, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami, Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hambaMu ini, hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan. Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam Nabi kami al-Kauthar. Selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.

Ya Allah Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam syurga Engkau bersama orang-orang yang memasukinya.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat nabi kami Nabi Muhammad SAW dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.

RABBANAA ATINAA FIDDUNYAA HASANAH WAFIL AKHIRATI HASANAH WAQINAA A'ZAABANNAR SUBHAANA RABBIKA RABBIL I'ZZATI A'MMA YASIFUUN WASALAAMUN A'LAL MURSALIIN WALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIIN

Waktu Sembahyang


RTM 1

Klik Untuk Skrin Besar
RTM 2

Klik Untuk Skrin Besar
TV3

Klik Untuk Skrin Besar
TV9

Klik Untuk Skrin Besar





Masuk Wad
Saturday, January 30, 2010






Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sempit
hidup sebelum mati

Ini antara bait-bait lagu dari kumpulan nasyid RAIHAN yang memang K.Azie minati. Begitu mendalam apa yang tersirat disebalik senikatanya. K.Azie tak nak menulis panjang tentang lirik lagu tersebut, tetapi apa yang nak K.Azie coretkan di sini ialah berkenaan dengan Abang Amir.

Pada 17 Jan lepas, Abang Amir telah mengalami sakit perut yang amat sangat. Sebelum ini dia pernah mengalami sakit begitu, tetapi rasanya ini yang paling kuat. pada awalnya kami ingat sakit kerana angin 'uluran' kata org Terengganu. Kalau kat Kerteh dulu bila mengalami keadaan begini, kami terus ke rumah Arwah P.Ghani. Alhamdulillah urutan yang diberikan memang serasi dengan Abang Amir, dan sakitnya hilang dengan izin ALLAH S.W.T. Tetapi kat Doha ni mana kami nak cari tukang urut ? Kerana tak tertanggung lagi rasa sakit yang dialami, dia menelefon Abang Nizam Hamzah (hubby K.Ina) bagi mendapatkan pertolongan. Maklumlah orang lama, tentu tahu siapa yang dapat membantu apabila mengalami situasi sebegini. Abang Nizam terus bawa kami ke emergency Al-Ahli, tetapi ditolak kerasa hospital masih beroperasi. Kami terus ke al-Ahli Rasgas...


Kami telah 'dipilih' untuk berjumpa dengan Dr Waled. Sebenarnya ini kali kedua kami ke hospital ini setelah datang untuk membuat 'blood group test'. Jadi suasana dan informasi tentang Dr memang kami tak tahu..bagi kami sama sahaja Dr manapun...tetapi rupa-rupanya bagi yang sudah biasa kat sini, mereka sudah ada Dr pilihan masing-masing.

Abang Nizam minta diberi keutamaan untuk masuk dahulu, kerana Abang Amir sudah kelihatan begitu pucat menahan sakit. Kami dipanggil kebilik rawatan..nurse membuat pemeriksaan awal...kemudian kami diminta ke bilik Dr..Dr Waled membuat pemeriksaan kat perut Abang Amir..just pegang-pegang dan cakap, suspek apendiks...beri satu suntikan dan ubat..beritahu dalam 20 minit lagi akan hilang rasa sakit...

Abang Nizam bawa Abang Amir ke kereta, sementara K.Azie uruskan pasal ubat. Apabila sampai rumah, dan masa 20 minit yang Dr katakan tu dah berlalu..tetapi rasa sakit masih tak berkurang malah makin menjadi-jadi. Abang Amir memang tak tahan sangat dah tu...dia minta K.Azie telefon Abang Nizam untuk hantar ke emergency Al-Ahli. Tadi Dr Waled pesan "if you pain againt, you can go to emergency..anytime"...so, berpegang pada pesanan Dr Waled kami terus ke sana. Pada awalnya, staff kat situ tanya bawah Dr mana, bila jumpanya...nak description Dr lah..macam-macam jugalah..akhirnya 'lulus juga semua ujian tu, kerana meihatkan Abang Amir yang sudah tidak tertanggung lagi sakitnya. Dalam masa 15 minit juga baru Dr datang..lupa pula nama Dr tu..dia buat pemeriksaan dan kami beritahu tentang 'sejarah hari ini'...di mengarahkan nurse memberi satu suntikan penahan sakit..dan Abang Amir di bawa ke bilik X-ray untu dibuat CT-SCAN.

Semasa membuat scan tersebut, K.Azie berada kat sebelah 'peng x-ray' tu dan nampaklah skrin komputer x-ray Abang Amir...si peng x-ray tu menggelengkan kepala masa dia tengok ada sesuatu yang bergerak dalam perut Abang Amir...K.Azie nampak macam ada cebisan makanan yang tak hancur jer...dan salah satu tu memang nampak macam bergerak..tapi tak tahu apa...dan tak tahu kat kawasan mana..K.Aziepun tak tanya apa ke benda tu..dah rasa takut juga..

Selesai bab tu, kami dibawa ke bilik kami tadi, kemudian Dr datang dengan film x-ray. Dia beritahu 'you have 2 stone in your kidney' dan menahan Abang Amir ke wad untuk tindakan lanjut. Abang Amir meminta K.Azie beritahu Abang Nizam yang menunggu kat luar, supaya dia tinggalkan sahaja kami. Sebenarnya Abang Nizam kerja malam...dahlah tidurnya terganggu dengan kami..kesian. Apa-apapun terima kasih Abang Nizam..entahkan sempat ke tidak makan tengah hari tadi...Semoga Allah membalas segala jasa Abang Nizam sekeluarga...

Setelah semua urusan di emergency room selesai, Abang Amir dibawa ke wad...bilik 233. Pada awalnya semua ok, kerana pain killer masih berkesan...dan after a few hours...a pain come back...bila dah sakit tu semua tak kena. Nurse datang beri suntikan lagi, dan setiap 6 jam apabila kesan ubat hilang, sakit akan menyerang...suntikan lagi dan lagi...air dan antibiotik berbotol-botol, tak terbilang...Tetapi service memang ok, apabila dipanggil je, terus datang..walaupun nurse baru saja keluar dari bilik kami...hehehe sebenarnya kadang-kadang lupa nak beritahu, tu yang tekan bell lagi...

Kebanyakan nurse kat sini adalah dari negara jiran kita, Philipine. Dari hari pertama Abang Amir masuk ke sini hingga hari last, Dr yang datang ramai..maksud K.Azie setiap kali Dr melawat, pada mulanya masuk 2 orang..keluar kejap kemudian masuk lagi 2 orang Dr lain bersama dengan 2 orang Dr yang awal tu...kadang-kadang tu terfikir juga..'teruk sangat ke sakit my hubby sampai 4 orang Dr ?' Lepas tu mereka beritahu 'we prepare an operation..dont worry. After that your pain will be gone' Abang Amir di bawah seliaan Dr Zakaria, pakar urologi...dan Dr Musbahi...yang ni tak perasan pakar apa, tetapi nampak macam dia yang mengetuai kumpulan Dr ni. Dan dia juga yang mengetuai "PEMBEDAHAN" Abang Amir...

Pada malam sebelum pembedahan dijalankan, Abang Amir tak tahan lagi dengan kesakitan yang dialaminya. Walaupun nurse dah berikan pain killer masih juga tak kurang. Nurse dah beritahu, yang dia dah berikan sedatif yang paling kuat...memang malam tu tak boleh tidur, walaupun Abang Amir tak mengganggu K.Azie, tetapi apabila seorang isteri melihat suaminya tidak tertanggung menahan kesakitan, dengan sendirinya rasa sakit itu menyelinap ke dalam diri si isteri...entah orang lain K.Azie tak tahu, tapi itulah yang yang k.Azie rasakan. Kalau boleh dikongsikan kesakitan itu, rasanya biarlah dipindahkan kepada K.Azie sahaja...Abang Amir masih sempat bergurau, katanya 'tak perlulah mengikut pengalaman dia...kerana masa K.Azie sakit nak bersalin keempat-empat orang buah hati kami, Abang Amir juga merasai kesakitan itu...sebab itu K.Azie kurang rasa sakitnya...'Entah mungkin juga kot sebab setiap kali sakit nak bersalin, K.Azie tak merasai sakit seperti yang dialami ibu-ibu lain..semuanya kekuasaan ALLAH...alhamdulillah

Apabila tiba hari pembedahan tu..K.Azie yang sentiasa bersama turut menemani Abang Amir sampai ke pintu bilik pembedahan...Bashir petugas yang menghantar Abang Amir sempat berjenaka lagi dan meminta Abang Amir memberikan lambaian akhir sebelum masuk bilik operation...K.Azie menunggu di bilik menunggu..ada dua bilik satu untuk female dan satu untuk male. Hanya K.Azie bersendirian di bilik tersebut. Setelah hampir satu jam, baru ada yang datang...Perasaan gementar tu memang tak dapat dinafikan, maklumlah yang tersayang yang dioperate..K.Azie cuba mengintai tak sangka pula masa tu nampak Dr Musbahi..dan dia terus panggil K.Azie..staff kat situ terus memakaikan pakaian khas dan membenarkan K.Azie masuk ke ruang 'selepas operation' Abang Amir dah siap rupanya..alhamdulillah...sebelum tu Dr Musbahi terangkan kepada K.Azie tentang kejayaan dia mengeluarkan batu yang bergerak tu..dan dia juga memberikan batu tersebut pada K.Azie adalah dalam 7mm kot besarnya..kalau dilihatkan daripada saiznya, macam tak percaya batu yang skecil ini yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat. Tetapi, itulah kekuasaan ALLAH. Apabila DIA mengarahkan rasa kesakitan itu menyerang maka sakitlah yang empunya badan, apabila DIA mengatakan tidak...maka tidak sakitlah yang empunya diri..walaupun menyebabnya ada yang sama.

Petang selepas proses pembuangan batu tu, barulah Dr datang dan menerangkan lebih lanjut lagi..kali ini hanya 3 orang Dr...Dr Musbahi memberi penjelasan dengan lebih ditir lagi. Katanya, masih ada lagi satu stone dalam kidney dan masih kecil..dan ada satu saluran tiub yang ditinggal...dan hanya akan dikeluarkan setelah satu minggu..26hb ni akan dijalankan satu lagi 'operation' untuk mengeluarkan tiub tersebut...

Malas nak bercerita panjang...kita teruskan kepada pembuangan tiub...pada 25hb Abang Amir telah ditahan kat wad lagi...macam sebelumnya, Abang Amir diminta berpuasa..dan kami sampai ke hospital belum pukul 7pg lagi...dah buat pendaftaran, dan kami dibawa ke bilik 238....masuk aje..staff cafeteria terus menghantar breakfast untuk K.Azie...Abang Amir tengok ajelah..sebab dia nak masuk bilik bedah kejap lagi...pantas betul service yang disediakan....macam dah tahu tak sempat makan kat rumah tadi...

Lebih kurang pukul 8.30 Abang Amir dibawa ke bilik bedah dan K.Azie menunggu kat bilik sebelah..kali ini ada 4 orang wanita yang turut menunggu keluarga mereka. Rasa debaran kali ini leb ih kuat daripada yang pertama, kerana melihatkan gelagat wanita-wanita yang menunggu tersebut. Dah satu jam lebih Abang Amir tak keluar-keluar..hati makin gelisah..ditambah lagi denga suara raungan pesakit dalam ruang menunggu selepasa operation...K.Azie nak menjenguk ke dalam, rupanya Abang Amir dah ditolak untuk dihantar ke bilik...alhamdulillah....

Masuk saja ke bilik, Abang Amir beritahu tak tahan sakit..panggil nurse dan berikan suntikan...walaupun dah disuntik tapi masih juga tak hilang...entah tak tahu kenapa...Alhamdulillah keesokkannya rasa sakit itu dah tidak dirasai lagi...

K.Azie sekeluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua teman-teman yang banyak membantu semasa kami di hospital...;

Abang Nizam yang terganggu tidurnya, kerana 2 kali menghantar kami ke hospital...juga buat wifenya siap datang tolong kemas rumah lagi...juga makanan untuk anak-anak...terima kasih yang tidak terhingga K.Ina...........

Norreen-Rambo yang sudi menjaga anak-anak K.azie selama 4 hari 3 malam...+ 2 hari 1 malam...(macam pakej holiday lah pula..hehehe). Macam-macam kerenah anak-anak kena Norreen layan...terima kasih banyak-banyak..dahlah sedang berbadan dua..tambah lagi dengan 4 orang anak K.azie dan 4 orang anak sendiri...wow ! 8 org anak...mak ayahnya kecik aje...terbeliak mata mak-mak dan pak-pak arab apabila Norreen datang melawat kami dengan 8 org anak. Dan terima kasih juga kepada Norreen kerana sudi menjadi driver K.Azie..inilah susahnya kerana tak ada lesen...kena prepare ambik lesen cepat sikit ni...

Awie Manan - Zu, terima kasih atas usaha membantu berjumpa dengan Dr Heba bagi membolehkan kami terus mendapat rawatan di al-Ahli Hospital...kalau tak mungkin akan berlaku banyak rintangan lagi dengan pertukaran ke Hamad Hospital...

K.Nor Hasmin...tolong jaga makan tengah hari Ahmad....K.Nor Zack dengan bermacam-macam petuanya. Kalau sapa-sapa nak petua boleh rujuk K.Nor ye..insyaALLAH mujarab...Faizah-Farizal, Jihan-Nizam, Zu-Chot, Mas-Nizar, Ina-Abdan, K.Aya-Abg Malek, K.Sham-Abg Moped, Ros-Mus, Aisyah-Mahadi, Sham-Zul, Ida-W.Rosli, K.Aya-Abg Mamat, Lenny-Ate, Ira-Zaini, Lin-Nizam, Ida-Amir, Shahrizat, Intai, Zana-Remboe, Zah-Asrul, K.Ina-Abg Haris, K.Yati, Ina-Klot, Abg Hisyam, Sabar, hj Faizal, dan ramai lagi.......Minta maaf kepada sesiapa yang tak tersenarai...ramai sangat, terlupa nama. Terima kasih kerana sudi datang melawat dan terima kasih atas sokongan dan doa..Sesungguhnya dengan doa semua dan dengan izin ALLAh maka segalanya berjalan lancar...Semoga ALLAH mencucuri rahmat dan memberkati segala apa yang kita lakukan...

Tak lupa juga kepada semua keluarga di Malaysia kerana sentiasa mendoakan kami di sini..juga buat Nudin-Nor di Yanbu, Arab Saudi....

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kami....semoga hubungan mesra ini terus berkekalan....





posted by Nojie Alias @ 6:34 AM   1 comments
Majlis Ilmu Ceramah Agama 16 Jan 2010
Saturday, January 16, 2010

Kaum bapa yang berkelapangan boleh hadir ke majlis ilmu ini di Surau Al Haya.

Penceramah: Ustaz Usman
Tarikh: 16 Jan 2010 (01 Shafar 1431)
Bertempat: Surau Al-Haya (Rasgas) GPS: 25.297150, 51.500757
Waktu: 07.30pm – 08.30pm Perubahan waktu: 8.00pm - 9.00pm




Watch live video from Komuniti Malaysia Di Qatar on Justin.tv



Siaran langsung(LIVE) di laman http://www.malaysiaqatar.net
atau anda boleh menonton terus di http://www.justin.tv/malaysiaqatar

posted by Nojie Alias @ 12:55 PM   0 comments
Resepi - mee jawa
Friday, January 15, 2010

Assalamualaikum..

Mee jawa kat atas tu adalah menu makan malam, malam semalam. Atas permintaan kawan-kawan K.Azie kongsikan resepinya kat sini...sebenarnya resepi ni K.Azie dapat dari MYR (minami 133), memang best dan kena dengan anak tekak K.Azie...biasalah bab makan-makan ni memang selalu serasi..tengok badanlah..hehehe..leburlah dietku...

Cubalah ye kawan-kawan, memang tak rugi mencubanya...best.........jemput makan.


MEE JAWA

Bahan-bahan

  • 1 kg mee kuning - dicelur (K.Azie x celurpun...)
  • 4 biji telur rebus
  • taugeh
  • 2 keping tauhu - potong dadu (x letak, sebab x ada stok)
  • daun bawang & daun sup - dihiris halus (pun x ada stok)
  • cili api @ cili jeruk
  • lemon @ limau nipis
  • bawang goreng
  • *** utk kuah***
  • 500 gm ayam - dipotong kecil-kecil
  • 200 gm daging - dipotong kecil-kecil ( x letak, ganti dgn meat ball)
  • 200 gm udang
  • 3 sudu besar udang kering - dikisar halus
  • 1 biji bawang besar - dikisar halus
  • 3 ulas bawang putih - dikisar halus
  • 1 cm halia - dikisar halus
  • 1 cm lengkuas - dikisar halus (x letak)
  • 1 batang serai - dikisar halus
  • 500 gm ubi keledek - direbus dan dikisar halus (tukar dgn kentang)
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • minyak utk menumis
  • 10-15 tangkai cili kering (guna 1 s.besar serbuk cili)
  • 1/2 kiub ayam
  • garam & gula secukup rasa
  • air

Cara-cara

  1. Kisar sehingga hancur bahan-bahan seperti udang kering, bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, dan serai sekaligus sehingga.
  2. Cili kering direndam dgn air panas dan dikisar halus.
  3. Masukkan minyak ke dalam periuk dan tumis cili hingga garing. setelah garing, masukkan bahan2 yg telah dikisar dan ditumis sehingga naik bau.
  4. Bancuh serbuk kari dgn air. Masukkan ke dalam periuk. Tumis sehingga naik minyak.
  5. Masukkan ayam dan daging. Kacau dan masak sehingga ayam dan daging separuh empuk.
  6. Masukkan ubi keledek yg telah dimesin. Masukkan juga air mengikut kepekatan yg disukai. Jangan terlalu pekat kerana mee jawa cepat terasa muak
  7. Masukkan udang. Masak sehingga mendidih.
  8. Akhir sekali, masukkan garam dan gula mengikut citarasa masing2.
  9. Hidangkan mee, telur rebus, taugeh dan tauhu. Tabur bawang goreng dan hirisan daun sup & bawang.
  10. Sedap dimakan ketika panas-panas bersama cili jeruk! nyam2...

posted by Nojie Alias @ 11:55 PM   0 comments
Persahabatan dan 10K
Thursday, January 14, 2010
Setiap manusia dianugerahkan oleh Allah dengan kelebihan, kebaikan dan keindahan masing-masing. Begitu juga dengan kekurangan, keburukan dan kelemahan masing-masing. Itulah sunnatullah. Begitu indah sekali aturan-Nya. Betapa adilnya Dia, menciptakan setiap benda secara seimbang.

Dalam kehidupan seharian, kita pastinya telah bertemu, berkenalan, berkawan dan bersahabat dengan macam-macam jenis manusia. Justeru itu, kita pastinya telah mengetahui sedikit sebanyak kelebihan serta kekurangan sahabat kita itu.

Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang telah ditetap Allah sejak azali lagi. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya. Ada sahabat yang nakal, tetapi bersikap prihatin serta mengambil berat. Ada sahabat yang garang, tetapi sebenarnya adalah penyayang. Pendek kata, macam-macam corak sahabat yang kita boleh dapati dalam bersahabat dengan seseorang.

Namun demikian, bukanlah soal kelebihan mahupun kekurangan yang ingin dicoretkan di sini. Buruk baik serta kurang lebih seorang sahabat, seharusnya kita terima seadanya, kerana diri kita sendiri juga bukanlah insan yang sempurna.

Apa yang sebenarnya lebih penting dalam sebuah persahabatan, ialah nilai-nilai murni yang perlu ada dalam menghidupkan lagi persahabatan yang sedia terjalin. Justeru itu, mari kita kongsikan bersama mengenai 10 'K' yang diperlukan dalam sesebuah persahabatan.




APAKAH 10 ‘K’ YANG DIMAKSUDKAN?


(1)
KECINTAAN. Ianya merupakan elemen yang paling penting dalam persahabatan. Sebuah persahabatan akan mudah rapuh tanpa adanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu kadang2 kita perlu meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dgn mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat2 yang sama jantina sahaja) agar dia tahu betapa kita mencintainya, kerana Allah (insyaALLAH).

(2)
KASIH SAYANG. Ini lebih kurang sama sahaja maksudnya dgn kecintaan. Setelah wujud rasa cinta terhadap sahabat kita, maka kita perlulah mencurahkan kasih sayang kita terhadap sahabat kita itu. Namun harus diingat, kasih sayang tidak semestinya perlu dipamerkan secara luaran. Adakalanya, hanya dengan mendoakan sahabat-sahabat kita, InshaAllah, sudah memadai untuk membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

(3)
KEIKHLASAN. Bagi mendapatkan keberkatan dan rahmat Illahi, sesebuah persahabatan itu haruslah beserta dengan rasa ikhlas. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Justeru itu bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

(4)
KESETIAAN. Tidak dapat dinafikan, kesetiaan terhadap sahabat mampu mengukuhkan lagi persahabatan yang terjalin biarpun jarang bertemu. Setia terhadap sahabat bermaksud sentiasa ada bersama sahabat di waktu susah mahupun senang, memberikan nasihat serta sokongan di saat dia memerlukan kita. Sekiranya berjauhan, kita boleh tunjukkan kesetiaan kita terhadap sahabat dgn sentiasa menghubunginya bertanyakan khabar serta perkembangannya. Apabila kita setia terhadap sahabat-sahabat kita, maka kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka.

(5)
KEBERANIAN. Apa yang dimaksudkan di sini ialah bersikap berani dalam berkata hal yang benar. Dalam persahabatan, kita hendaklah bersikap berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, maka kita hendaklah berani mengaku kepadanya akan kesilapan yang telah kita dilakukan. Selain itu, kita juga harus bersikap berani dalam menasihati sahabat kita, kerana sebagai sahabat, kita pastinya mahukan yang terbaik untuk sahabat kita.

(6)
KEJUJURAN. Ini amatlah penting dalam sesebuah persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita, terutamanya dalam hal-hal yang juga ada kaitannya dengan sahabat kita itu. Biarpun pahit, bersikaplah jujur sepenuhnya kerana “sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua”. Pembohongan itu pastinya akan terbongkar jua akhirnya. Dan pastinya ia sedikit sebanyak memberi kesan buruk kepada persahabatan yang sedia terjalin. Ada kemungkinannya juga, sahabat kita itu menjadi kurang (mungkin juga langsung hilang) kepercayaannya kepada kita. Begitu juga kita tidak perlulah menyembunyikan apa-apa dari sahabat kita. Janganlah berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.

(7)
KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahannya terhadap kita, kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika sebaliknya kita yang melakukan kesalahan, maka janganlah kita malu dan teragak-agak untuk meminta maaf daripadanya, kerana orang yang terlebih dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

(8)
KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka ikutlah sedih bersamanya. Pinjamkanlah telinga kita untuk mendengar setiap luahannya, dan tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tempat tadahan air matanya. Bersedihlah bersamanya, namun dalam masa yang sama berilah kekuatan kepadanya. Kerana insan yang dicarinya bukanlah orang lain, melainkan kita sahabatnya.

(9)
KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

(10)
KESERASIAN. Apa yang dimaksudkan dengan “keserasian” di sini bukanlah dari segi paras rupa mahupun harta benda. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun keserasian antara dua pihak dalam bersahabat dapat diwujudkan apabila adanya persefahaman antara mereka. Dengan adanya persefahaman, ianya akan membantu mengeratkan lagi hubungan kita dengan sahabat kita, sekaligus dapat mengelakkan berlakunya pergaduhan disebabkan salah faham.

Demikianlah 10 ‘K’ yang dapat dikongsikan bersama di sini mengenai persahabatan. Sekarang cuba kita renungkan kembali, adakah kita dan sahabat kita mengamalkan 10 ‘K’ ini? Diharap dengan perkongsian ini, selepas ini dapatlah sama-sama kita cuba amalkan kesemua nilai-nilai murni ini dalam mengeratkan lagi jalinan ukhuwwah kita bersama sahabat-sahabat kita. Semoga ikatan persahabatan yang terjalin antara kita dan sahabat-sahabat kita sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT... Aamiiin...

Labels:

posted by Nojie Alias @ 8:41 AM   2 comments
KOD makanan yang perlu dijauhi
Monday, January 4, 2010





Assalamualaikum

Sebelum ini K.Azie ada paparkan berkenaan dengan barang yang diperbuat daripada kulit BABI...dan K.Azie juga ada berjanji untuk memaparkan hal yang berkaitan dengan BABI ini. Sebenarnya K.Azie tak berapa pasti tentang kesahihannya. Tetapi sebagai ummat Islam apa salahnya kita mengambil langkah berjaga-jaga kerana apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita. Sekiranya sumber yang diperolehi adalah baik lagi halal insyaALLAH segala apa yang kita lakukan akan dijaga dan diberkati-NYA selalu.

Tidak salah jika menghindari apa yang kita rasakan was-was, bahkan kita wajib meninggal/menjauhi perkara was-was. Semoga apa yang K.Azie paparkan ini menjadi panduan dan rujukan kepada kita semua dalam menempuhi kehidupan yang semakin mencabar ini.

Ini merupakan antara produk yang sempat K.Azie snap yang mengandungi kod-kod makanan yang perlu kita hindari kerana ia bersumberkan daripada BABI...segala maklumat K.Azie perolehi daripada email daripada rakan-rakan. Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat lebih ditir diharapkan dapat memberi penjelasan yang lebih mendalam.


Assalamualaikum,
Terima kasih kerana forwardkan email ni, setelah membaca mesej ini, isteri terus ke peti sejuk mengambil bungkusan chesdale yang kami beli, To our surprise its contain 'rennet' eventhough it was marked halal by NZ Islamic Processed Food Management.. Entah berapa banyak babi telah kami makan... astaghfirullah haana'adzim. Sesiapa yang ada cara sila panjangkan maklumat ini kepada pihak berwajib.

Terima Kasih..


Email #1


Sharing info on CHEESE which is used most in our local food operators & bakery (melalui Ceramah Ust Badrul Amin) last Sunday @ UIA :

Susu memerlukan sejenis bahan yg diperolehi dari perut mamalia (lembu & khinzir) utk membolehkan ianya 'beku' - separa 'beku' dipanggil keju manakala 'beku' jadi 'whey powder'. Both ingredients are used widely in our daily food intake - pizza(s), cheese cakes, tart cheese or anything with cheese, cookies etc. The big Q - even if bahan dari perut 'lembu' being used to make the cheese - how do we know 'lembu' tu disembelih mengikut syariah Islam? How do we know the same 'lembu' being used in our food intake?

Unless, we (muslim) produced our own cheese - is there any in our local market? Pls share.

Conclusion - even tho memang payah, cuz kena explain panjang-lebar ngan my kids, InsyaAllah, Pizza Hut, Domino, anything contains CHEESE - gonna be NO NO from now on. This is not boikot but - menjaga akidah kita, semampu kita, within our control/power kerana ALLAH melalui penjagaan makanan kita yg akan menjadi darah daging.


Email #2

Talking about cheese, as said by ustaz, memang betullah untuk bekukan cheese tu, they need bahan dari perut khinzir atau lembu. Masa di States dulu, I studied Human Nutrition and my Jewish Prof. memang every now and then masa tu kept reminding me to check cheese yang I beli untuk class commercial food production, cos dia jewish pun tak makan khinzir, I mesti pastikan dari ingredients cheese tu yg bahan pembekunya must be pepsinogen[lembu] dan bukanrennet[khinzir]. Kalau di States, 70% cheese guna rennet.


Pesan la kat isteri, suami & anak, baby sitters, sedara2.jgn main taram je beli jajan. Contoh apollo, cadbury etc. print code ni simpan dlm wallet atau henset. refer bila nak beli. smoga Allah menghancurkan kaum2 yg zalim & musyrikin yg cuba menghancurkan Islam.

Wallahu a'lam


MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT

1

E

100

16

E

280

31

E

434

46

E

482

2

E

110

17

E

300

32

E

435

47

E

483

3

E

120

18

E

301

33

E

436

48

E

491

4

E

140

19

E

325

34

E

440

49

E

492

5

E

141

20

E

326

35

E

441

50

E

493

6

E

153

21

E

327

36

E

470

51

E

494

7

E

160

22

E

334

37

E

471

52

E

495

8

E

161

23

E

335

38

E

472

53

E

542

9

E

210

24

E

336

39

E

473

54

E

570

10

E

213

25

E

337

40

E

474

55

E

572

11

E

214

26

E

422

41

E

475

56

E

631

12

E

216

27

E

430

42

E

476

57

E

635

13

E

234

28

E

431

43

E

477

58

E

904

14

E

252

29

E

432

44

E

478

59

E

920

15

E

270

30

E

433

45

E

481

Wallahu'alam

posted by Nojie Alias @ 11:02 PM   0 comments
Siapa Saya

Name: Nojie Alias
Home: Al Khor, Qatar
About Me: Ibu kepada 4 orang anak ( 2 putera dan 2 puteri). Sedang belajar mengenali diri sendiri dan yang Maha Pencipta...semoga Allah perkenankan segala impian dan cita-cita. Amin....
See my complete profile
Tempahan Mee Kuning
Radio Online



Borak Siber
M A Q
Qatar Living
Pautan Laman
Komen Terkini
Arkib
Rakan Siber

Jumlah Pelawat
Rujukan Pelawat
Dijana Oleh

BLOGGER

Pelawat Online

© 2009 Nojie Alias