Nojie Alias

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

 
Hadis
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا. وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا.

Maksudnya:

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kebenaran, dia mendapat ganjaran pahala sama seperti ganjaran pahala orang-orang yang mengikuti ajakannya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka.

Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, dia mendapat dosa sama seperti dosa orang-orang yang mengikutnya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.

Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Munajat Seorang Hamba

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM....

ALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIN

WASSALATU WASSALAMU A'LA ASHRAFI AMBIYAAI ALMURSALIN WA A'LA ALIHI WASAHBIHI AJMA'IN

Ya allah, Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat islam masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon apa yang telah dipohonkan oleh nabi Muhammad SAW dan kami meminta perlindungan daripada apa yang pernah diminta baginda SAW. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa kami ke arahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah ya Tuhan kami, engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin. berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami. Tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman, dan amal. Hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami kami pohon kepada Engkau Iman yang sempurna, Ilmu yang memberi manfaat, Rezeki yang halal, Anak yang soleh, Rumahtangga yang bahagia, Usia yang berkat, Doa yang mustajab, hajat yang tertunai, Kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, Keselamatan di dunia dan di akhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau di hati kami, hidupkanlah hati ini dan segala yang terbuku di hati kami, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini ke[pada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami, selamatkanlah hati kami daripada sifat-sifat yang keji dan jauhilah kami daripada perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan Kerajaan-kerajaanMu dan masda depan kami di akhirat nanti. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini hambaMu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya. Berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami, supaya dapat kami melakukan segala yang diperintah oleh Engkau, meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Engkau.

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam Iman dan matikanlah kami dalam Iman, selamatkanlah Iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembus nafas yang terakhir. Ya Allah Ya Tuhan, selamatkanlah kami semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman dari taman syurga, selamatkanlah kami daripada seghala angkara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar. Selamatkanlah kami Ya Allah semasa berada di padang Mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan 'Arasy Engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkan kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami Ya Allah dengan hisab yang ringan, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami, Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hambaMu ini, hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan. Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam Nabi kami al-Kauthar. Selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.

Ya Allah Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam syurga Engkau bersama orang-orang yang memasukinya.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat nabi kami Nabi Muhammad SAW dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.

RABBANAA ATINAA FIDDUNYAA HASANAH WAFIL AKHIRATI HASANAH WAQINAA A'ZAABANNAR SUBHAANA RABBIKA RABBIL I'ZZATI A'MMA YASIFUUN WASALAAMUN A'LAL MURSALIIN WALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIIN

Waktu Sembahyang


RTM 1

Klik Untuk Skrin Besar
RTM 2

Klik Untuk Skrin Besar
TV3

Klik Untuk Skrin Besar
TV9

Klik Untuk Skrin Besar





Persahabatan dan 10K
Thursday, January 14, 2010
Setiap manusia dianugerahkan oleh Allah dengan kelebihan, kebaikan dan keindahan masing-masing. Begitu juga dengan kekurangan, keburukan dan kelemahan masing-masing. Itulah sunnatullah. Begitu indah sekali aturan-Nya. Betapa adilnya Dia, menciptakan setiap benda secara seimbang.

Dalam kehidupan seharian, kita pastinya telah bertemu, berkenalan, berkawan dan bersahabat dengan macam-macam jenis manusia. Justeru itu, kita pastinya telah mengetahui sedikit sebanyak kelebihan serta kekurangan sahabat kita itu.

Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang telah ditetap Allah sejak azali lagi. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya. Ada sahabat yang nakal, tetapi bersikap prihatin serta mengambil berat. Ada sahabat yang garang, tetapi sebenarnya adalah penyayang. Pendek kata, macam-macam corak sahabat yang kita boleh dapati dalam bersahabat dengan seseorang.

Namun demikian, bukanlah soal kelebihan mahupun kekurangan yang ingin dicoretkan di sini. Buruk baik serta kurang lebih seorang sahabat, seharusnya kita terima seadanya, kerana diri kita sendiri juga bukanlah insan yang sempurna.

Apa yang sebenarnya lebih penting dalam sebuah persahabatan, ialah nilai-nilai murni yang perlu ada dalam menghidupkan lagi persahabatan yang sedia terjalin. Justeru itu, mari kita kongsikan bersama mengenai 10 'K' yang diperlukan dalam sesebuah persahabatan.




APAKAH 10 ‘K’ YANG DIMAKSUDKAN?


(1)
KECINTAAN. Ianya merupakan elemen yang paling penting dalam persahabatan. Sebuah persahabatan akan mudah rapuh tanpa adanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu kadang2 kita perlu meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dgn mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat2 yang sama jantina sahaja) agar dia tahu betapa kita mencintainya, kerana Allah (insyaALLAH).

(2)
KASIH SAYANG. Ini lebih kurang sama sahaja maksudnya dgn kecintaan. Setelah wujud rasa cinta terhadap sahabat kita, maka kita perlulah mencurahkan kasih sayang kita terhadap sahabat kita itu. Namun harus diingat, kasih sayang tidak semestinya perlu dipamerkan secara luaran. Adakalanya, hanya dengan mendoakan sahabat-sahabat kita, InshaAllah, sudah memadai untuk membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

(3)
KEIKHLASAN. Bagi mendapatkan keberkatan dan rahmat Illahi, sesebuah persahabatan itu haruslah beserta dengan rasa ikhlas. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Justeru itu bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

(4)
KESETIAAN. Tidak dapat dinafikan, kesetiaan terhadap sahabat mampu mengukuhkan lagi persahabatan yang terjalin biarpun jarang bertemu. Setia terhadap sahabat bermaksud sentiasa ada bersama sahabat di waktu susah mahupun senang, memberikan nasihat serta sokongan di saat dia memerlukan kita. Sekiranya berjauhan, kita boleh tunjukkan kesetiaan kita terhadap sahabat dgn sentiasa menghubunginya bertanyakan khabar serta perkembangannya. Apabila kita setia terhadap sahabat-sahabat kita, maka kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka.

(5)
KEBERANIAN. Apa yang dimaksudkan di sini ialah bersikap berani dalam berkata hal yang benar. Dalam persahabatan, kita hendaklah bersikap berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, maka kita hendaklah berani mengaku kepadanya akan kesilapan yang telah kita dilakukan. Selain itu, kita juga harus bersikap berani dalam menasihati sahabat kita, kerana sebagai sahabat, kita pastinya mahukan yang terbaik untuk sahabat kita.

(6)
KEJUJURAN. Ini amatlah penting dalam sesebuah persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita, terutamanya dalam hal-hal yang juga ada kaitannya dengan sahabat kita itu. Biarpun pahit, bersikaplah jujur sepenuhnya kerana “sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua”. Pembohongan itu pastinya akan terbongkar jua akhirnya. Dan pastinya ia sedikit sebanyak memberi kesan buruk kepada persahabatan yang sedia terjalin. Ada kemungkinannya juga, sahabat kita itu menjadi kurang (mungkin juga langsung hilang) kepercayaannya kepada kita. Begitu juga kita tidak perlulah menyembunyikan apa-apa dari sahabat kita. Janganlah berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.

(7)
KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahannya terhadap kita, kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika sebaliknya kita yang melakukan kesalahan, maka janganlah kita malu dan teragak-agak untuk meminta maaf daripadanya, kerana orang yang terlebih dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

(8)
KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka ikutlah sedih bersamanya. Pinjamkanlah telinga kita untuk mendengar setiap luahannya, dan tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tempat tadahan air matanya. Bersedihlah bersamanya, namun dalam masa yang sama berilah kekuatan kepadanya. Kerana insan yang dicarinya bukanlah orang lain, melainkan kita sahabatnya.

(9)
KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

(10)
KESERASIAN. Apa yang dimaksudkan dengan “keserasian” di sini bukanlah dari segi paras rupa mahupun harta benda. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun keserasian antara dua pihak dalam bersahabat dapat diwujudkan apabila adanya persefahaman antara mereka. Dengan adanya persefahaman, ianya akan membantu mengeratkan lagi hubungan kita dengan sahabat kita, sekaligus dapat mengelakkan berlakunya pergaduhan disebabkan salah faham.

Demikianlah 10 ‘K’ yang dapat dikongsikan bersama di sini mengenai persahabatan. Sekarang cuba kita renungkan kembali, adakah kita dan sahabat kita mengamalkan 10 ‘K’ ini? Diharap dengan perkongsian ini, selepas ini dapatlah sama-sama kita cuba amalkan kesemua nilai-nilai murni ini dalam mengeratkan lagi jalinan ukhuwwah kita bersama sahabat-sahabat kita. Semoga ikatan persahabatan yang terjalin antara kita dan sahabat-sahabat kita sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT... Aamiiin...

Labels:

posted by Nojie Alias @ 8:41 AM  
2 Comments:
  • At January 15, 2010 at 10:53 AM, Blogger Honeyz said…

    salam kak..

    awwalan, thanx sudi singgah bace di blog saye n drop komen :)
    wa thaaniyan, about copy paste ni, x jadi masalah pn. akak x perlula rasa bersalah ek. ilmu tu milik Allah, utk sekalian manusia. sgla yg terdapat dlm blog sy, mmg utk perkongsian bersama. mane2 yg akak rase nk copy paste, silakan.. tafaddhol ^_^ cume kalau leh, letakla link ke blog saye sbg sumbernye ye.. apepun2, sama2 kita berkongsi segala yg leh dimanfaatkan bersama, inshaAllah =)

     
  • At January 15, 2010 at 11:29 AM, Blogger Nojie Alias said…

    Banyak yg blh dikongsikan di blog honeyz..akak dah linkkan agar ia mmberi manfaat utk kita semua. syukran ya ukhtiii...

     

Post a Comment

<< Home
 
Siapa Saya

Name: Nojie Alias
Home: Al Khor, Qatar
About Me: Ibu kepada 4 orang anak ( 2 putera dan 2 puteri). Sedang belajar mengenali diri sendiri dan yang Maha Pencipta...semoga Allah perkenankan segala impian dan cita-cita. Amin....
See my complete profile
Tempahan Mee Kuning
Radio Online



Borak Siber
M A Q
Qatar Living
Pautan Laman
Komen Terkini
Arkib
Rakan Siber

Jumlah Pelawat
Rujukan Pelawat
Dijana Oleh

BLOGGER

Pelawat Online

© 2009 Nojie Alias