Nojie Alias

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

 
Hadis
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا. وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا.

Maksudnya:

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kebenaran, dia mendapat ganjaran pahala sama seperti ganjaran pahala orang-orang yang mengikuti ajakannya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka.

Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, dia mendapat dosa sama seperti dosa orang-orang yang mengikutnya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.

Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Munajat Seorang Hamba

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM....

ALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIN

WASSALATU WASSALAMU A'LA ASHRAFI AMBIYAAI ALMURSALIN WA A'LA ALIHI WASAHBIHI AJMA'IN

Ya allah, Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat islam masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon apa yang telah dipohonkan oleh nabi Muhammad SAW dan kami meminta perlindungan daripada apa yang pernah diminta baginda SAW. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa kami ke arahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah ya Tuhan kami, engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin. berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami. Tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman, dan amal. Hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami kami pohon kepada Engkau Iman yang sempurna, Ilmu yang memberi manfaat, Rezeki yang halal, Anak yang soleh, Rumahtangga yang bahagia, Usia yang berkat, Doa yang mustajab, hajat yang tertunai, Kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, Keselamatan di dunia dan di akhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau di hati kami, hidupkanlah hati ini dan segala yang terbuku di hati kami, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini ke[pada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami, selamatkanlah hati kami daripada sifat-sifat yang keji dan jauhilah kami daripada perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan Kerajaan-kerajaanMu dan masda depan kami di akhirat nanti. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini hambaMu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya. Berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami, supaya dapat kami melakukan segala yang diperintah oleh Engkau, meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Engkau.

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam Iman dan matikanlah kami dalam Iman, selamatkanlah Iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembus nafas yang terakhir. Ya Allah Ya Tuhan, selamatkanlah kami semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman dari taman syurga, selamatkanlah kami daripada seghala angkara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar. Selamatkanlah kami Ya Allah semasa berada di padang Mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan 'Arasy Engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkan kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami Ya Allah dengan hisab yang ringan, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami, Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hambaMu ini, hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan. Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam Nabi kami al-Kauthar. Selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.

Ya Allah Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam syurga Engkau bersama orang-orang yang memasukinya.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat nabi kami Nabi Muhammad SAW dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.

RABBANAA ATINAA FIDDUNYAA HASANAH WAFIL AKHIRATI HASANAH WAQINAA A'ZAABANNAR SUBHAANA RABBIKA RABBIL I'ZZATI A'MMA YASIFUUN WASALAAMUN A'LAL MURSALIIN WALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIIN

Waktu Sembahyang


RTM 1

Klik Untuk Skrin Besar
RTM 2

Klik Untuk Skrin Besar
TV3

Klik Untuk Skrin Besar
TV9

Klik Untuk Skrin Besar





Masuk Wad
Saturday, January 30, 2010






Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sempit
hidup sebelum mati

Ini antara bait-bait lagu dari kumpulan nasyid RAIHAN yang memang K.Azie minati. Begitu mendalam apa yang tersirat disebalik senikatanya. K.Azie tak nak menulis panjang tentang lirik lagu tersebut, tetapi apa yang nak K.Azie coretkan di sini ialah berkenaan dengan Abang Amir.

Pada 17 Jan lepas, Abang Amir telah mengalami sakit perut yang amat sangat. Sebelum ini dia pernah mengalami sakit begitu, tetapi rasanya ini yang paling kuat. pada awalnya kami ingat sakit kerana angin 'uluran' kata org Terengganu. Kalau kat Kerteh dulu bila mengalami keadaan begini, kami terus ke rumah Arwah P.Ghani. Alhamdulillah urutan yang diberikan memang serasi dengan Abang Amir, dan sakitnya hilang dengan izin ALLAH S.W.T. Tetapi kat Doha ni mana kami nak cari tukang urut ? Kerana tak tertanggung lagi rasa sakit yang dialami, dia menelefon Abang Nizam Hamzah (hubby K.Ina) bagi mendapatkan pertolongan. Maklumlah orang lama, tentu tahu siapa yang dapat membantu apabila mengalami situasi sebegini. Abang Nizam terus bawa kami ke emergency Al-Ahli, tetapi ditolak kerasa hospital masih beroperasi. Kami terus ke al-Ahli Rasgas...


Kami telah 'dipilih' untuk berjumpa dengan Dr Waled. Sebenarnya ini kali kedua kami ke hospital ini setelah datang untuk membuat 'blood group test'. Jadi suasana dan informasi tentang Dr memang kami tak tahu..bagi kami sama sahaja Dr manapun...tetapi rupa-rupanya bagi yang sudah biasa kat sini, mereka sudah ada Dr pilihan masing-masing.

Abang Nizam minta diberi keutamaan untuk masuk dahulu, kerana Abang Amir sudah kelihatan begitu pucat menahan sakit. Kami dipanggil kebilik rawatan..nurse membuat pemeriksaan awal...kemudian kami diminta ke bilik Dr..Dr Waled membuat pemeriksaan kat perut Abang Amir..just pegang-pegang dan cakap, suspek apendiks...beri satu suntikan dan ubat..beritahu dalam 20 minit lagi akan hilang rasa sakit...

Abang Nizam bawa Abang Amir ke kereta, sementara K.Azie uruskan pasal ubat. Apabila sampai rumah, dan masa 20 minit yang Dr katakan tu dah berlalu..tetapi rasa sakit masih tak berkurang malah makin menjadi-jadi. Abang Amir memang tak tahan sangat dah tu...dia minta K.Azie telefon Abang Nizam untuk hantar ke emergency Al-Ahli. Tadi Dr Waled pesan "if you pain againt, you can go to emergency..anytime"...so, berpegang pada pesanan Dr Waled kami terus ke sana. Pada awalnya, staff kat situ tanya bawah Dr mana, bila jumpanya...nak description Dr lah..macam-macam jugalah..akhirnya 'lulus juga semua ujian tu, kerana meihatkan Abang Amir yang sudah tidak tertanggung lagi sakitnya. Dalam masa 15 minit juga baru Dr datang..lupa pula nama Dr tu..dia buat pemeriksaan dan kami beritahu tentang 'sejarah hari ini'...di mengarahkan nurse memberi satu suntikan penahan sakit..dan Abang Amir di bawa ke bilik X-ray untu dibuat CT-SCAN.

Semasa membuat scan tersebut, K.Azie berada kat sebelah 'peng x-ray' tu dan nampaklah skrin komputer x-ray Abang Amir...si peng x-ray tu menggelengkan kepala masa dia tengok ada sesuatu yang bergerak dalam perut Abang Amir...K.Azie nampak macam ada cebisan makanan yang tak hancur jer...dan salah satu tu memang nampak macam bergerak..tapi tak tahu apa...dan tak tahu kat kawasan mana..K.Aziepun tak tanya apa ke benda tu..dah rasa takut juga..

Selesai bab tu, kami dibawa ke bilik kami tadi, kemudian Dr datang dengan film x-ray. Dia beritahu 'you have 2 stone in your kidney' dan menahan Abang Amir ke wad untuk tindakan lanjut. Abang Amir meminta K.Azie beritahu Abang Nizam yang menunggu kat luar, supaya dia tinggalkan sahaja kami. Sebenarnya Abang Nizam kerja malam...dahlah tidurnya terganggu dengan kami..kesian. Apa-apapun terima kasih Abang Nizam..entahkan sempat ke tidak makan tengah hari tadi...Semoga Allah membalas segala jasa Abang Nizam sekeluarga...

Setelah semua urusan di emergency room selesai, Abang Amir dibawa ke wad...bilik 233. Pada awalnya semua ok, kerana pain killer masih berkesan...dan after a few hours...a pain come back...bila dah sakit tu semua tak kena. Nurse datang beri suntikan lagi, dan setiap 6 jam apabila kesan ubat hilang, sakit akan menyerang...suntikan lagi dan lagi...air dan antibiotik berbotol-botol, tak terbilang...Tetapi service memang ok, apabila dipanggil je, terus datang..walaupun nurse baru saja keluar dari bilik kami...hehehe sebenarnya kadang-kadang lupa nak beritahu, tu yang tekan bell lagi...

Kebanyakan nurse kat sini adalah dari negara jiran kita, Philipine. Dari hari pertama Abang Amir masuk ke sini hingga hari last, Dr yang datang ramai..maksud K.Azie setiap kali Dr melawat, pada mulanya masuk 2 orang..keluar kejap kemudian masuk lagi 2 orang Dr lain bersama dengan 2 orang Dr yang awal tu...kadang-kadang tu terfikir juga..'teruk sangat ke sakit my hubby sampai 4 orang Dr ?' Lepas tu mereka beritahu 'we prepare an operation..dont worry. After that your pain will be gone' Abang Amir di bawah seliaan Dr Zakaria, pakar urologi...dan Dr Musbahi...yang ni tak perasan pakar apa, tetapi nampak macam dia yang mengetuai kumpulan Dr ni. Dan dia juga yang mengetuai "PEMBEDAHAN" Abang Amir...

Pada malam sebelum pembedahan dijalankan, Abang Amir tak tahan lagi dengan kesakitan yang dialaminya. Walaupun nurse dah berikan pain killer masih juga tak kurang. Nurse dah beritahu, yang dia dah berikan sedatif yang paling kuat...memang malam tu tak boleh tidur, walaupun Abang Amir tak mengganggu K.Azie, tetapi apabila seorang isteri melihat suaminya tidak tertanggung menahan kesakitan, dengan sendirinya rasa sakit itu menyelinap ke dalam diri si isteri...entah orang lain K.Azie tak tahu, tapi itulah yang yang k.Azie rasakan. Kalau boleh dikongsikan kesakitan itu, rasanya biarlah dipindahkan kepada K.Azie sahaja...Abang Amir masih sempat bergurau, katanya 'tak perlulah mengikut pengalaman dia...kerana masa K.Azie sakit nak bersalin keempat-empat orang buah hati kami, Abang Amir juga merasai kesakitan itu...sebab itu K.Azie kurang rasa sakitnya...'Entah mungkin juga kot sebab setiap kali sakit nak bersalin, K.Azie tak merasai sakit seperti yang dialami ibu-ibu lain..semuanya kekuasaan ALLAH...alhamdulillah

Apabila tiba hari pembedahan tu..K.Azie yang sentiasa bersama turut menemani Abang Amir sampai ke pintu bilik pembedahan...Bashir petugas yang menghantar Abang Amir sempat berjenaka lagi dan meminta Abang Amir memberikan lambaian akhir sebelum masuk bilik operation...K.Azie menunggu di bilik menunggu..ada dua bilik satu untuk female dan satu untuk male. Hanya K.Azie bersendirian di bilik tersebut. Setelah hampir satu jam, baru ada yang datang...Perasaan gementar tu memang tak dapat dinafikan, maklumlah yang tersayang yang dioperate..K.Azie cuba mengintai tak sangka pula masa tu nampak Dr Musbahi..dan dia terus panggil K.Azie..staff kat situ terus memakaikan pakaian khas dan membenarkan K.Azie masuk ke ruang 'selepas operation' Abang Amir dah siap rupanya..alhamdulillah...sebelum tu Dr Musbahi terangkan kepada K.Azie tentang kejayaan dia mengeluarkan batu yang bergerak tu..dan dia juga memberikan batu tersebut pada K.Azie adalah dalam 7mm kot besarnya..kalau dilihatkan daripada saiznya, macam tak percaya batu yang skecil ini yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat. Tetapi, itulah kekuasaan ALLAH. Apabila DIA mengarahkan rasa kesakitan itu menyerang maka sakitlah yang empunya badan, apabila DIA mengatakan tidak...maka tidak sakitlah yang empunya diri..walaupun menyebabnya ada yang sama.

Petang selepas proses pembuangan batu tu, barulah Dr datang dan menerangkan lebih lanjut lagi..kali ini hanya 3 orang Dr...Dr Musbahi memberi penjelasan dengan lebih ditir lagi. Katanya, masih ada lagi satu stone dalam kidney dan masih kecil..dan ada satu saluran tiub yang ditinggal...dan hanya akan dikeluarkan setelah satu minggu..26hb ni akan dijalankan satu lagi 'operation' untuk mengeluarkan tiub tersebut...

Malas nak bercerita panjang...kita teruskan kepada pembuangan tiub...pada 25hb Abang Amir telah ditahan kat wad lagi...macam sebelumnya, Abang Amir diminta berpuasa..dan kami sampai ke hospital belum pukul 7pg lagi...dah buat pendaftaran, dan kami dibawa ke bilik 238....masuk aje..staff cafeteria terus menghantar breakfast untuk K.Azie...Abang Amir tengok ajelah..sebab dia nak masuk bilik bedah kejap lagi...pantas betul service yang disediakan....macam dah tahu tak sempat makan kat rumah tadi...

Lebih kurang pukul 8.30 Abang Amir dibawa ke bilik bedah dan K.Azie menunggu kat bilik sebelah..kali ini ada 4 orang wanita yang turut menunggu keluarga mereka. Rasa debaran kali ini leb ih kuat daripada yang pertama, kerana melihatkan gelagat wanita-wanita yang menunggu tersebut. Dah satu jam lebih Abang Amir tak keluar-keluar..hati makin gelisah..ditambah lagi denga suara raungan pesakit dalam ruang menunggu selepasa operation...K.Azie nak menjenguk ke dalam, rupanya Abang Amir dah ditolak untuk dihantar ke bilik...alhamdulillah....

Masuk saja ke bilik, Abang Amir beritahu tak tahan sakit..panggil nurse dan berikan suntikan...walaupun dah disuntik tapi masih juga tak hilang...entah tak tahu kenapa...Alhamdulillah keesokkannya rasa sakit itu dah tidak dirasai lagi...

K.Azie sekeluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua teman-teman yang banyak membantu semasa kami di hospital...;

Abang Nizam yang terganggu tidurnya, kerana 2 kali menghantar kami ke hospital...juga buat wifenya siap datang tolong kemas rumah lagi...juga makanan untuk anak-anak...terima kasih yang tidak terhingga K.Ina...........

Norreen-Rambo yang sudi menjaga anak-anak K.azie selama 4 hari 3 malam...+ 2 hari 1 malam...(macam pakej holiday lah pula..hehehe). Macam-macam kerenah anak-anak kena Norreen layan...terima kasih banyak-banyak..dahlah sedang berbadan dua..tambah lagi dengan 4 orang anak K.azie dan 4 orang anak sendiri...wow ! 8 org anak...mak ayahnya kecik aje...terbeliak mata mak-mak dan pak-pak arab apabila Norreen datang melawat kami dengan 8 org anak. Dan terima kasih juga kepada Norreen kerana sudi menjadi driver K.Azie..inilah susahnya kerana tak ada lesen...kena prepare ambik lesen cepat sikit ni...

Awie Manan - Zu, terima kasih atas usaha membantu berjumpa dengan Dr Heba bagi membolehkan kami terus mendapat rawatan di al-Ahli Hospital...kalau tak mungkin akan berlaku banyak rintangan lagi dengan pertukaran ke Hamad Hospital...

K.Nor Hasmin...tolong jaga makan tengah hari Ahmad....K.Nor Zack dengan bermacam-macam petuanya. Kalau sapa-sapa nak petua boleh rujuk K.Nor ye..insyaALLAH mujarab...Faizah-Farizal, Jihan-Nizam, Zu-Chot, Mas-Nizar, Ina-Abdan, K.Aya-Abg Malek, K.Sham-Abg Moped, Ros-Mus, Aisyah-Mahadi, Sham-Zul, Ida-W.Rosli, K.Aya-Abg Mamat, Lenny-Ate, Ira-Zaini, Lin-Nizam, Ida-Amir, Shahrizat, Intai, Zana-Remboe, Zah-Asrul, K.Ina-Abg Haris, K.Yati, Ina-Klot, Abg Hisyam, Sabar, hj Faizal, dan ramai lagi.......Minta maaf kepada sesiapa yang tak tersenarai...ramai sangat, terlupa nama. Terima kasih kerana sudi datang melawat dan terima kasih atas sokongan dan doa..Sesungguhnya dengan doa semua dan dengan izin ALLAh maka segalanya berjalan lancar...Semoga ALLAH mencucuri rahmat dan memberkati segala apa yang kita lakukan...

Tak lupa juga kepada semua keluarga di Malaysia kerana sentiasa mendoakan kami di sini..juga buat Nudin-Nor di Yanbu, Arab Saudi....

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kami....semoga hubungan mesra ini terus berkekalan....





posted by Nojie Alias @ 6:34 AM  
1 Comments:
  • At February 5, 2010 at 2:12 AM, Blogger Amir bin Ali said…

    Betul tak petua ini?

    1. http://petuamelayu.com/melayu/2009/09/petua-buang-penyakit-batu-karang/

    2. http://petuamelayu.com/melayu/2009/07/petua-mencegah-penyakit-batu-karang/

     

Post a Comment

<< Home
 
Siapa Saya

Name: Nojie Alias
Home: Al Khor, Qatar
About Me: Ibu kepada 4 orang anak ( 2 putera dan 2 puteri). Sedang belajar mengenali diri sendiri dan yang Maha Pencipta...semoga Allah perkenankan segala impian dan cita-cita. Amin....
See my complete profile
Tempahan Mee Kuning
Radio Online



Borak Siber
M A Q
Qatar Living
Pautan Laman
Komen Terkini
Arkib
Rakan Siber

Jumlah Pelawat
Rujukan Pelawat
Dijana Oleh

BLOGGER

Pelawat Online

© 2009 Nojie Alias