Nojie Alias

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

 
Hadis
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا. وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا.

Maksudnya:

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kebenaran, dia mendapat ganjaran pahala sama seperti ganjaran pahala orang-orang yang mengikuti ajakannya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka.

Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, dia mendapat dosa sama seperti dosa orang-orang yang mengikutnya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.

Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Munajat Seorang Hamba

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM....

ALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIN

WASSALATU WASSALAMU A'LA ASHRAFI AMBIYAAI ALMURSALIN WA A'LA ALIHI WASAHBIHI AJMA'IN

Ya allah, Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat islam masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon apa yang telah dipohonkan oleh nabi Muhammad SAW dan kami meminta perlindungan daripada apa yang pernah diminta baginda SAW. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa kami ke arahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah ya Tuhan kami, engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin. berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami. Tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman, dan amal. Hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami kami pohon kepada Engkau Iman yang sempurna, Ilmu yang memberi manfaat, Rezeki yang halal, Anak yang soleh, Rumahtangga yang bahagia, Usia yang berkat, Doa yang mustajab, hajat yang tertunai, Kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, Keselamatan di dunia dan di akhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau di hati kami, hidupkanlah hati ini dan segala yang terbuku di hati kami, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini ke[pada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami, selamatkanlah hati kami daripada sifat-sifat yang keji dan jauhilah kami daripada perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan Kerajaan-kerajaanMu dan masda depan kami di akhirat nanti. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini hambaMu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya. Berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami, supaya dapat kami melakukan segala yang diperintah oleh Engkau, meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Engkau.

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam Iman dan matikanlah kami dalam Iman, selamatkanlah Iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembus nafas yang terakhir. Ya Allah Ya Tuhan, selamatkanlah kami semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman dari taman syurga, selamatkanlah kami daripada seghala angkara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar. Selamatkanlah kami Ya Allah semasa berada di padang Mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan 'Arasy Engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkan kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami Ya Allah dengan hisab yang ringan, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami, Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hambaMu ini, hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan. Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam Nabi kami al-Kauthar. Selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.

Ya Allah Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam syurga Engkau bersama orang-orang yang memasukinya.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat nabi kami Nabi Muhammad SAW dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.

RABBANAA ATINAA FIDDUNYAA HASANAH WAFIL AKHIRATI HASANAH WAQINAA A'ZAABANNAR SUBHAANA RABBIKA RABBIL I'ZZATI A'MMA YASIFUUN WASALAAMUN A'LAL MURSALIIN WALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIIN

Waktu Sembahyang


RTM 1

Klik Untuk Skrin Besar
RTM 2

Klik Untuk Skrin Besar
TV3

Klik Untuk Skrin Besar
TV9

Klik Untuk Skrin Besar





DENGKI
Monday, April 27, 2009
Dengki melambatkan kejayaan anda. Seperti kita ketahui bahawa dengki adalah salah satu akhlaq yang buruk. Sementara itu dengki boleh melambatkan kejayaan anda. Jadi bersikap dengki sungguh tidak ada manfaatnya. Terlebih yang kita dengki termasuk orang yang cukup dekat dengan kita, bahkan tidak jarang saudara kandung sendiri dan ahli sejamaah.

Kenapa boleh melambatkan kejayaan seseorang ? Huraian di bawah adalah 3 sebab kenapa sikap dengki terhadap orang lain akan menghambat kejayaan. Sebelum membahas 3 sebab tersebut, mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan dengkit. Dengki adalah rasa tidak senang terhadap kejayaan/nikmat orang lain dan menginginkan kejayaan/nikmat tersebut hilang dari orang yang didengki. Usaha yang membuang masa dan tenaga.


Dengan memiliki sifat dengki tenaga kita akan habis memikirkan dan mencari cara bagaimana kejayaan/nikmat orang yang di dengkinya hilang. Sungguh sayang dia punya cukup tenaga tetapi tidak digunakan untuk meraih kejayaan dia sendiri. Kenapa tidak digunakan untuk mengembangkan diri dan kenapa tidak digunakan untuk berusaha meraih cita-cita sendiri. Padahal jika difikir-fikir, jika ada orang dekat dan dikenali dengan kita adalah orang yang berjaya dalam hidupnya (contohnya banyak wang) setidaknya dia akan meminjamkan wang kepada kita. Hilangnya kesempatan berkerjasama.


Sering terjadi suatu kejayaan akan membuka peluang-peluang kejayaan tambahan bagi orang-orang yang disekililingnya. Sebagai contoh jika jiran kita berjaya dalam perniagaan restoran, tentu saja dia akan memerlukan banyak bekalan makanan mentah seperti ayam , beras, ikan, dan sebagainya yang boleh memberi peluang bagi kita untuk mejadi pembekalnya. Jika kejayaannya kita sudah awali dengan sifat dengki kita akan malu sendiri untuk bekerja sama dengan orang yang berjaya walaupun ia adalah jiran kita sendiri.


Hilangnya kesempatan belajar. Randy Gage seorang pembicara motivasi mengatakan "studying people who are successful in your area gives you the opportunity to model what they have done. You learn from their experience and can achieve your own sooner."(mempelajari orang yang berjaya pada bidangnya akan memberikan kesempatan kita untuk mencontoh apa yang mereka telah lakukan. Anda belajar dari pengalaman mereka dan dapat mencapai kejayaan Anda dengan lebih cepat.) Tentu saja kita akan malu untuk belajar kepada orang yang kita dengki.


Kesimpulannya ialah dengan membuang sifat dengki pada diri kita akan membantu kita menuju kejayaan baik di dunia mahupun di akhirat. Cara menghilangkan sifat dengki ialah dengan menyemaikan kesedaran bahwa rezeki setiap orang berbeza-beza. Sesiapa yang melakukan ikhtiar dengan lebih tekun dan kena jalannya dia akan mendapat habuan lebih besar dengan izin dari Allah jua. Yang kedua ialah dengan cara berdoa semoga Allah menjauhkan diri kita dari sifat dengki yang membawa kerugian kepada diri sendiri. Berdoalah juga semoga kejayaan yang diraih oleh orang yang kita kenali datang juga dalam hidup ini, syaratnya mesti didahului dengan usaha yang gigih. Itulah Tawakkal namanya.
posted by Nojie Alias @ 11:42 AM  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
Siapa Saya

Name: Nojie Alias
Home: Al Khor, Qatar
About Me: Ibu kepada 4 orang anak ( 2 putera dan 2 puteri). Sedang belajar mengenali diri sendiri dan yang Maha Pencipta...semoga Allah perkenankan segala impian dan cita-cita. Amin....
See my complete profile
Tempahan Mee Kuning
Radio Online



Borak Siber
M A Q
Qatar Living
Pautan Laman
Komen Terkini
Arkib
Rakan Siber

Jumlah Pelawat
Rujukan Pelawat
Dijana Oleh

BLOGGER

Pelawat Online

© 2009 Nojie Alias