Nojie Alias

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

 
Hadis
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا. وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا.

Maksudnya:

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kebenaran, dia mendapat ganjaran pahala sama seperti ganjaran pahala orang-orang yang mengikuti ajakannya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka.

Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, dia mendapat dosa sama seperti dosa orang-orang yang mengikutnya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.

Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Munajat Seorang Hamba

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM....

ALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIN

WASSALATU WASSALAMU A'LA ASHRAFI AMBIYAAI ALMURSALIN WA A'LA ALIHI WASAHBIHI AJMA'IN

Ya allah, Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat islam masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon apa yang telah dipohonkan oleh nabi Muhammad SAW dan kami meminta perlindungan daripada apa yang pernah diminta baginda SAW. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa kami ke arahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah ya Tuhan kami, engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin. berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami. Tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman, dan amal. Hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami kami pohon kepada Engkau Iman yang sempurna, Ilmu yang memberi manfaat, Rezeki yang halal, Anak yang soleh, Rumahtangga yang bahagia, Usia yang berkat, Doa yang mustajab, hajat yang tertunai, Kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, Keselamatan di dunia dan di akhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau di hati kami, hidupkanlah hati ini dan segala yang terbuku di hati kami, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini ke[pada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami, selamatkanlah hati kami daripada sifat-sifat yang keji dan jauhilah kami daripada perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan Kerajaan-kerajaanMu dan masda depan kami di akhirat nanti. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini hambaMu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya. Berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami, supaya dapat kami melakukan segala yang diperintah oleh Engkau, meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Engkau.

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam Iman dan matikanlah kami dalam Iman, selamatkanlah Iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembus nafas yang terakhir. Ya Allah Ya Tuhan, selamatkanlah kami semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman dari taman syurga, selamatkanlah kami daripada seghala angkara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar. Selamatkanlah kami Ya Allah semasa berada di padang Mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan 'Arasy Engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkan kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami Ya Allah dengan hisab yang ringan, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami, Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hambaMu ini, hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan. Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam Nabi kami al-Kauthar. Selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.

Ya Allah Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam syurga Engkau bersama orang-orang yang memasukinya.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat nabi kami Nabi Muhammad SAW dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.

RABBANAA ATINAA FIDDUNYAA HASANAH WAFIL AKHIRATI HASANAH WAQINAA A'ZAABANNAR SUBHAANA RABBIKA RABBIL I'ZZATI A'MMA YASIFUUN WASALAAMUN A'LAL MURSALIIN WALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIIN

Waktu Sembahyang


RTM 1

Klik Untuk Skrin Besar
RTM 2

Klik Untuk Skrin Besar
TV3

Klik Untuk Skrin Besar
TV9

Klik Untuk Skrin Besar





TIP UNTUK BERDIET
Saturday, April 25, 2009
MERANCANG HIDANGAN
Rancang menu hidangan untuk keluarga :
Pilih hidangan yang digemari ahli-ahli keluarga dan sesuaikan resepi mengikut cara yang dicadangkan di dalam buku ini.


Hidangkan masakan yang mudah disediakan tetapi menarik dan menyelerakan. Sediakan hidangan yang menggunakan campuran pelbagai jenis bahan makanan. Gunakan cara memasak yang mengekalkan warna dan rasa asal makanan. Hidangkan makanan yang baru dimasak. Hidangkan makanan bersama-sama campuran ulam-ulam dan hidangan sayur-sayuran yang segar bersama-sama buah-buahan segar yang beranika warna dan bentuk.


Rancangkan supaya hidangan disediakan pelbagai cara. Ini termasuk memangang, mengukus, merebus dan memanggang, mengukus, merebus dan menggoreng tanpa minyak. Kurangkan hidangan bergoreng terutamanya yang disaluti tepung.


Gunakan air limau nipis atau kasturi untuk menambah kelazatan makanan yang dipanggang atau dikukus. Utamakan buah-buahan sebagai pembasuh mulut. Hidangan jus buah-buahan segar atau air kosong untuk mengantikan minuman manis.


Bahagikan hidangan makanan mengikut waktu makan sepanjang hari :
Utamakan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Rancang waktu mengikut waktu biasa. Jika mengambil makanan ringan, pastikan ia dimakan dua jam sebelum waktu makan utama. Sajikan makanan mengikut saiz hidangan yang sesuai dengan keperluan untuk mengelak pengambilan makanan yang berlebihan.


MENYEDIAKAN HIDANGAN YANG SIHAT
Cara menyedia dan memasak makanan yang bijak boleh membuat sesuatu hidangan itu lebih berkhasiat:
  • Buangkan lemak daging dan kulit ayam.
  • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran segar sebelum dimakan.
  • Elakkan daripada merendam buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir.
  • Elakkan daripada memotong atau menghiris kecil buah-buahan dan daun sayur-sayuran.
  • Rebus ubi kentang dan keledek bersama kulit setelah dibersihkan.
  • Gunakan air cuma sebanyak yang mencukupi apabila menyediakan masakan sup atau makanan berkuah.
  • Tentukan air telah mendidih atau minyak adalah panas apabila memasukkan makanan untuk dimasak.
  • Elakkan memasak terlalu lama untuk mengekalkan warna dan bentuk sayur-sayuran.
  • Masukkan bahagian-bahagian sayur yang lebih keras dahulu.
  • Tutup kuali atau periuk apabila memasak sayur-sayuran untuk mengelak kehilangan vitamin. Menutup kuali atau periuk apabila mengoreng tanpa minyak memendekkan masa memasak dan mengekalkan khasiat sayur-sayuran.
  • Kurangkan penggunaan garam, kicap, sos, bahan perisa dan soda. Sebaliknya gunakan air rebusan ayam, daging, ikan bilis dan sayur-sayuran.
  • Kurangkan kandungan lemak sup dengan membuang lapisan minyak yang beku setelah disimpan dalam peti sejuk.
  • Elakan daripada menggunakan minyak masak yang telah bertukar warna setelah dipanaskan kepada suhu tinggi bagi jangkamasa yang sama.
  • Bahan makanan yang mudah rosak serperti daging, ayam, ikan, susu, telur dan makanan yang telah dimasak perlu disimpan pada suhu yang rendah di dalam peti ais sebelum digunakan.
  • Potong daging dan ayam mengikut amaun yang diperlukan untuk satu masakan sebelum dibekukan.
  • Membeku semula makanan yang telah dicairkan boleh menyebabkan makanan menjadi rosak dan mengakibatkan keracunan makanan.


PANDUAN UNTUK MENGURANGKAN KOLESTEROL DAN LEMAK
Pilihan Makanan
Kurangkan makanan bergoreng , coklat, kek dan biskut. Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan. Pilih makanan hasil tenusu (dairy products) rendah lemak. Pilih makanan kekacang dan daging berikut Ayam, ikan, kacang soya. Kurangkan pengambilan jenis-jenis kekerang, udang dan organ-organ dalaman. Kurangkan memakan kuning telur dan telur ikan .Gunakan minyak sayur-sayuran (kecuali minyak kelapa)


Penyediaan Makanan Buang kulit dan lemak yang ternampak pada ayam dan daging sebelum dimasak. Kurangkan minyak semasa memasak. Bakar, kukus atau rebus makanan. Gantikan santan dengan susu kurang lemak semasa penyediaan makanan.


MENU & TIP2……..
Makan quacker oat meal setiap pagi memang sudah terbukti dapat menurunkan kadar kolesterol yg tak bagus.
Kawal lah berat badan dgn menjaga porsi makanan kita. Contohnya kalau dulu kita makan dua pinggan nasi, sekarang makan satu pinggan saja. Kalau satu pinggan, sekarang setengah pinggan.
Banyakkan merebus. Jangan menggoreng.
Banyakkan makan low fat. Seperti minum kopi hitam/teh kosong. Jgn tambah susu pekat. Jgn makan kek atau dessert seperti pastries yg banyak menggunakan telur dan mentega. Ada kek yg menggunakan putih telur dan minyak makan seperti kek sponge - ini OK.


Makan daging yg berwarna putih seperti dada ayam. Buang kulitnya. Banyakkan makan dari kacang soy. Banyakkan sayuran dan buah buahan. Pilih yg warna nya terang atau merangsang seperti lobak merah tapi bukan lobak putih. Pilih bayam,cekur manis, sawi hijau tapi bukan kobis putih. Tembikai dan mangga mempunyai warna yg sungguh exciting.


Bersenam memang lah BORING. tapi kalau kita dapat exercise yg fun, yg kita suka, tak lah boring. Kalau tak ada senaman yg fun, apa kata berjalan kaki? jgn jln slow slow, pantas kan sikit. Pakai seluar panjang yg tak gelobos dan tak ketat dan tak menyapu jln. untuk keselamatan. Jalan selama lima minit setiap hari. Bila dah ok jln lima minit, jln selama sepuluh miniet pulak. Tambah waktu berjalan sehingga satu jam setiap hari atau lebih. Exercise lima kali seminggu.


Menu untuk breakfast :- asian style

1) 1 mangkuk sederhana bubur nasi dihidangkan dengan tofu dan kajang panjang boleh letak daging hancur sedikit , boleh jugak letak sayur campur
2) 1 keping thosai, 1/2 mangkuk kari dhall
3) 2 keping roti jala dengan kari ayam (portion kecik aje ya) kurangkan ambil karinya just untuk cicah2 ajee..


Lunch pulak

1) 1/2 mangkuk nasi ayam dan daging ayam (suku ajee samada panggang atau steam tak nak yang goreng tu)
2) 3/4 mangkok meehoon/mee sua/tunghoon bersama dengan 1 mangkok sayur (sawi) boleh campur dengan ayam/fishball/seafood/daging
3) 1 keping chapati + ayam + i mangkok kecil sayur (kobis bunga)
4)1 mangkok mee rebus + isi ayam +sayur (broccoli)


teabreak pukul 3-6pm ambil 1 biji buah (apple/orange/kiwi/plum/pear/starfruit/honey dew/papaya/watermelon/dragon fruit/pineapple/grapes etcjgn ambil (ciku, nangka, cempedak, rambutan, pisang, logan, mangga, durian dan persimmon (buah pisang kaki)…tapi niee buah2 yang paling sedapkan…


dinner pulak pukul 7.30 - 9mlm

1) chicken kebab dengan 1 mangkok salad
2) portion kecik ayam yang dipanggang/ikan diambil dengan carot, kobis, bawang dan kekacang.
3) aneka jenis soup mcm tomato sop, seafood soup (tomyam ok jugak),
4) ikan kukus +sayur


pastikan kena minum 8 gelas air sehari
kalau masih lapar sebelum tidur boleh ambil 1 cawan susu rendah lemak atau 1 cawan low fat yogurt/ 1 cawan soybean yang kurang gula/ 1 cawan milo ‘o’.
makan malam sebelum pukul 7.30mlm kalau boleh.
tapi kalau dah pukul 12 masih lapar tak boleh tidur ambil 1-2 sudu cereals..kalau masih lapar
posted by Nojie Alias @ 6:30 PM  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
Siapa Saya

Name: Nojie Alias
Home: Al Khor, Qatar
About Me: Ibu kepada 4 orang anak ( 2 putera dan 2 puteri). Sedang belajar mengenali diri sendiri dan yang Maha Pencipta...semoga Allah perkenankan segala impian dan cita-cita. Amin....
See my complete profile
Tempahan Mee Kuning
Radio Online



Borak Siber
M A Q
Qatar Living
Pautan Laman
Komen Terkini
Arkib
Rakan Siber

Jumlah Pelawat
Rujukan Pelawat
Dijana Oleh

BLOGGER

Pelawat Online

© 2009 Nojie Alias