Nojie Alias

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

 
Hadis
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا. وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا.

Maksudnya:

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kebenaran, dia mendapat ganjaran pahala sama seperti ganjaran pahala orang-orang yang mengikuti ajakannya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka.

Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, dia mendapat dosa sama seperti dosa orang-orang yang mengikutnya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.

Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Munajat Seorang Hamba

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM....

ALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIN

WASSALATU WASSALAMU A'LA ASHRAFI AMBIYAAI ALMURSALIN WA A'LA ALIHI WASAHBIHI AJMA'IN

Ya allah, Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat islam masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon apa yang telah dipohonkan oleh nabi Muhammad SAW dan kami meminta perlindungan daripada apa yang pernah diminta baginda SAW. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa kami ke arahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah ya Tuhan kami, engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin. berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami. Tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman, dan amal. Hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami kami pohon kepada Engkau Iman yang sempurna, Ilmu yang memberi manfaat, Rezeki yang halal, Anak yang soleh, Rumahtangga yang bahagia, Usia yang berkat, Doa yang mustajab, hajat yang tertunai, Kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, Keselamatan di dunia dan di akhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau di hati kami, hidupkanlah hati ini dan segala yang terbuku di hati kami, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini ke[pada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami, selamatkanlah hati kami daripada sifat-sifat yang keji dan jauhilah kami daripada perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan Kerajaan-kerajaanMu dan masda depan kami di akhirat nanti. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini hambaMu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya. Berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami, supaya dapat kami melakukan segala yang diperintah oleh Engkau, meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Engkau.

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam Iman dan matikanlah kami dalam Iman, selamatkanlah Iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembus nafas yang terakhir. Ya Allah Ya Tuhan, selamatkanlah kami semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman dari taman syurga, selamatkanlah kami daripada seghala angkara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar. Selamatkanlah kami Ya Allah semasa berada di padang Mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan 'Arasy Engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkan kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami Ya Allah dengan hisab yang ringan, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami, Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hambaMu ini, hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan. Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam Nabi kami al-Kauthar. Selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.

Ya Allah Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam syurga Engkau bersama orang-orang yang memasukinya.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat nabi kami Nabi Muhammad SAW dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.

RABBANAA ATINAA FIDDUNYAA HASANAH WAFIL AKHIRATI HASANAH WAQINAA A'ZAABANNAR SUBHAANA RABBIKA RABBIL I'ZZATI A'MMA YASIFUUN WASALAAMUN A'LAL MURSALIIN WALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIIN

Waktu Sembahyang


RTM 1

Klik Untuk Skrin Besar
RTM 2

Klik Untuk Skrin Besar
TV3

Klik Untuk Skrin Besar
TV9

Klik Untuk Skrin Besar





HARI KELUARGA SYIF D
Friday, May 8, 2009
25 April baru ni, K.Azie sekeluarga berkesempatan ke acara Family Day Shift D yang diadakan di Intercotinental Hotel Doha. Banyak acara yang disediakan, tapi dimenangi oleh kaum majaoriti, Indialah tu..... Al-Hamdulillah along dapat juga satu hadiah daripada banyak acara yang disertainya. Ahmad tak dapat apa2, tak apalah Ahmad...janji enjoy. Angah dan Athia tak mahu mangambil bahagian....tukang tengok jelah.

Makanan memang mewah, tapi bukan ikut selera tekak orang Malaysialah.. Tapi, belasah jelah apa yang boleh masuk tu....janji kenyang, free pulak tu...hehehe. 

Acara bermula pukul 8pg hingga hampir pukul 3ptg....tak perasan sebenarnya pukul berapa habisnya. Tapi sempatlah sembahyang asar kat rumah. Rumah kami dengan hotel tak jauh sebenarnya, tetapi oleh kerana masih baru kat Doha ni...maka, perjalanan pergi kami mengambil masa yang agak panjang,....'makan langsat' lah tu....kwang,kwang,kwang......

(sarapan pagi)

(Along terima hadiah menang tpt ke-2 kumpul bola)


(Acara ibu bapa : mumia)


(Along : entah dengar ke tdk, byk suara2 mengganggu)


(Musical chair : Ahmad tpt ke-4, Along tpt ke-3. Tak dapat hadiahpun....tpt 1 dan 2 je dapat....kesian anak2 mama. Tak apa, nanti papa bagi hadiah ye....huhuhu)



(anak bongsu mama : Athia, dah diconteng mukanya dek orang arab)



(Ahmad dah tertukar baldi....x dapatlah hadiahnya...)


(Acara nilah Along tempat ke-2, dapatlah hadiahnya...)

(M/mana nak dapat hadiah kalau mcm ni.....??!!)

 (Tak larat ke Along....takpelah, janji dah try...)

 (Ahmad nak lari ke nak possing tu ?)



(Satu negara ke ?.......)





posted by Nojie Alias @ 1:22 PM  
7 Comments:
  • At May 9, 2009 at 4:44 PM, Anonymous pemantau said…

    gambo last tu baju dah macam satu negara dah...kekeke

     
  • At May 9, 2009 at 5:12 PM, Blogger Nojie Alias said…

    dan mukapun ada iras2....hehehe

     
  • At May 9, 2009 at 10:40 PM, Anonymous nudin said…

    eloklah tu campur + sikit...untung2 balik mesia cakap arab boleh, english kalahkan omputih ngan hindustan skali tak yah baca sarikata kat tv..

     
  • At May 10, 2009 at 2:08 PM, Anonymous kokmu said…

    yang mama gi bungkus seme ke papa tu apa ke hal? sampai jiran -jiran kat sebelah tu tgk belakae. betul ke dk betul org malaysia ni? Koh!Koh!Koh

     
  • At May 10, 2009 at 2:11 PM, Anonymous kokmu said…

    Ahmad tu memang gaya dia. Jgn duk tegur lah. Kalu main bola sepakpun macam tu, tangan mesti duduk kat belakang tapi bola mari dang lagi kuis dengan kaki.. Kah!kah! Naufal hilang dua orang pemain utama iaitu ahmed and along. tadok pemain dia sambil main sambil posing, Koh!Koh!Koh!

     
  • At May 10, 2009 at 2:13 PM, Anonymous kokmu said…

    yang ngelast tu satu negara tapi lain-lain negeri. Ha!ha!ha!(Banyak x)

     
  • At May 12, 2009 at 6:19 AM, Anonymous nojie said…

    memang dah m umia kena bungkus habis....tapi masa wat tu..tangan ketar...hehehe gabra. tu yang tisu putus2. X mboh masuk amir sibuk suruh ajak masuk takut bos dia tanya main x ? memangpun masuk syif tu terus tanya azie main x....and enjoy ke dok.....nama aziepun disenaraikan dlm acara volly ball...tp xgi main...amir punya kerja. Nak suruh sgt ambik bahagian gok..
    InsyaALLAh cuba menguasai byk bahasa, tp setakat ni tak jumpa lagi org arab yg friendly...jumpapun masa shopping je..area komuniti ni india dan melayulah ramai. Tapi setakat ni duk dlm rmh jer...hehehe

     

Post a Comment

<< Home
 
Siapa Saya

Name: Nojie Alias
Home: Al Khor, Qatar
About Me: Ibu kepada 4 orang anak ( 2 putera dan 2 puteri). Sedang belajar mengenali diri sendiri dan yang Maha Pencipta...semoga Allah perkenankan segala impian dan cita-cita. Amin....
See my complete profile
Tempahan Mee Kuning
Radio Online



Borak Siber
M A Q
Qatar Living
Pautan Laman
Komen Terkini
Arkib
Rakan Siber

Jumlah Pelawat
Rujukan Pelawat
Dijana Oleh

BLOGGER

Pelawat Online

© 2009 Nojie Alias