 MIMPI SEORANG GADIS > Untuk Renungan Bersama..... .Bismillahirrahm anirrahim > Wbrth!!! > > Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6..30 > pagi)oleh Ustazah Noorbayah Mahmood > > Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kan > ann ya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut > wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang > amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya. > "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang > kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" > > Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku > padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah > anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku > itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." > Balas gadis tadi. > > "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu > wahai anakku." > > Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis > tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. > Keada ann ya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air > kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu > hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip > mata." > Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. > "Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju > dan di tangan kan ann ya ada sehelai tuala kecil.. Beliau > mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang > api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, > kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika > hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran > islam dan isteri yang taat kepada suaminya? > > Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat > bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan > sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang > lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan > hartanya sahaja.. > > Lalu aku terus mencari ayahku.. Rupanya beliau berada di > syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan > yang lazat dan minuman dari telaga nabi. > > Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan > dan kuat beramal.. Lalu aku bertanya kepada ayahku. > "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di > neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia > ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah > agama" > > Lalu dijawab oleh ayahnya. "Sesungguhnya beliau dan > semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi > walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah > pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di > dunia" > > Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, > aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan > kananku lalu dibawa ke neraka. > > Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka > telah menyambar tanganku sehingga melecur. > > Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku > melecur teruk. > > Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya > Rasulullah." > Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak > henti-henti mengalir di pipi. > > Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan > gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk > dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar > maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan > semua umat Islam.. > > Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. > > Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah... > .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan > kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. > INSYALLAH"
|
Post a Comment