Nojie Alias

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

 
Hadis
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا. وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا.

Maksudnya:

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kebenaran, dia mendapat ganjaran pahala sama seperti ganjaran pahala orang-orang yang mengikuti ajakannya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka.

Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, dia mendapat dosa sama seperti dosa orang-orang yang mengikutnya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.

Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Munajat Seorang Hamba

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM....

ALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIN

WASSALATU WASSALAMU A'LA ASHRAFI AMBIYAAI ALMURSALIN WA A'LA ALIHI WASAHBIHI AJMA'IN

Ya allah, Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat islam masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon apa yang telah dipohonkan oleh nabi Muhammad SAW dan kami meminta perlindungan daripada apa yang pernah diminta baginda SAW. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa kami ke arahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah ya Tuhan kami, engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin. berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami. Tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman, dan amal. Hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami kami pohon kepada Engkau Iman yang sempurna, Ilmu yang memberi manfaat, Rezeki yang halal, Anak yang soleh, Rumahtangga yang bahagia, Usia yang berkat, Doa yang mustajab, hajat yang tertunai, Kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, Keselamatan di dunia dan di akhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau di hati kami, hidupkanlah hati ini dan segala yang terbuku di hati kami, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini ke[pada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami, selamatkanlah hati kami daripada sifat-sifat yang keji dan jauhilah kami daripada perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan Kerajaan-kerajaanMu dan masda depan kami di akhirat nanti. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini hambaMu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya. Berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami, supaya dapat kami melakukan segala yang diperintah oleh Engkau, meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Engkau.

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam Iman dan matikanlah kami dalam Iman, selamatkanlah Iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembus nafas yang terakhir. Ya Allah Ya Tuhan, selamatkanlah kami semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman dari taman syurga, selamatkanlah kami daripada seghala angkara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar. Selamatkanlah kami Ya Allah semasa berada di padang Mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan 'Arasy Engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkan kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami Ya Allah dengan hisab yang ringan, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami, Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hambaMu ini, hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan. Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam Nabi kami al-Kauthar. Selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.

Ya Allah Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam syurga Engkau bersama orang-orang yang memasukinya.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat nabi kami Nabi Muhammad SAW dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.

RABBANAA ATINAA FIDDUNYAA HASANAH WAFIL AKHIRATI HASANAH WAQINAA A'ZAABANNAR SUBHAANA RABBIKA RABBIL I'ZZATI A'MMA YASIFUUN WASALAAMUN A'LAL MURSALIIN WALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIIN

Waktu Sembahyang


RTM 1

Klik Untuk Skrin Besar
RTM 2

Klik Untuk Skrin Besar
TV3

Klik Untuk Skrin Besar
TV9

Klik Untuk Skrin Besar





Renungan pagi jumaat
Thursday, May 14, 2009

Renungan untuk diri saya sendiri dan muslimin muslimat sekalian. 

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG 
======================================================== 

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja menggabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya). Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut. 

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail". 

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas "Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya". 

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim) 

Wallahua'lam. 


SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG 
   --------------------------------------------------- 
Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:- 

1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada. 

2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti. 

3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata: 
"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh." 

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat. 


CUAI SOLAT LIMA WAKTU 
 ----------------------------------------- 
Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang di dalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang- orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya. 


PEMINUM ARAK 
------------------------- 
Mereka yang minum arak, akan digantung botol arak itu di tengkuk dan di tangan mereka. Kemudian mereka disula dengan api neraka. Terdengarlah suara yang menyeru,"Inilah si polan anak si polan!" Tatkala semua manusia dibangkitkan dari kubur, mereka keluar dari kubur dengan bau mulut yang teramat busuk (bau arak), hingga terganggu manusia yang berhimpun di Padang Mahsyar. Peluh yang keluar dari tubuh turut berbau busuk. Kemudian mereka dibelenggu dan dirantai serta dicampakkan terus ke Neraka Jahanam. Di dalam neraka, dituangkan air yang sangat panas ke dalam mulut mereka sehingga putus tali perut, kemudian perut itu jatuh pula ke atas kaki. Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam peti besar dari api selama seribu tahun lamanya. Kemudian dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam penjara di neraka di mana ular-ular dan kala yang 
bisa sentiasa menggigit badan mereka. Di kepala mereka diletakkan mahkota dari api neraka manakala rantai-rantai di tengkuk mereka. 


MENGKIANATI HARTA 
----------------------------------- 
Mereka yang mengkianati harta orang lain, harta itu akan dijadikan benda yang berat, yang dicampakkan di laut dalam neraka. Mereka dipaksa terjun ke dalamnya untuk mengambil benda tersebut. Apabila mereka timbul, malaikat akan menekan kepala mereka supaya menyelam semula serta dipukul kepala mereka itu dengan besi hingga hancur berkecai. Begitulah diulang-ulang selama mereka di laut itu. 


AZAB BAGI YANG KEDEKUT 
------------------------------------------- 
Mereka yang tamak dan bersifat kedekut hartanya daripada disedekahkan atau dikorbankan untuk kebaikan, harta itu akan dijadikan ular besar yang berbisa, yang bakal menggigit dan mematuknya setiap masa. 


SAKSI BOHONG 
------------------------ 
Orang-orang yang suka membuat saksi bohong, lidah mereka akan digantung pada alang-alang besi yang panas dan badan mereka pula dipukul dengan kuatnya oleh 70 ribu malaikat dengan besi merah menyala hingga hancur luluh daging dan tulang mereka. Kemudian pulih semula dan dipukul lagi. Begitulah seterusnya selama-lamanya seksaan bagi mereka. 


MENGUMPAT 
--------------------- 
Mereka yang suka mengumpat, bibir dan lidah mereka akan digunting hingga putus hingga menyembur darah keluar dengan rasa kesakitan yang amat sangat. Kemudian bibir dan lidah itu akan pulih semula. Bila pulih digunting lagi, kemudian pulih dan digunting lagi. Di dalam setiap tingkat neraka ada banyak sungai, bukit dan pokok kayu. Setiap pokok mempunyai 70 ribu cabang, setiap cabang ada 70 ribu ular dan kala berbisa. Di dalam buah yang terdapat pada pokok itu ada 70 ribu ulat yang panjangnya seperti anak panah yang tajam-tajam. Mangsa-mangsa Neraka dipaksa memakan buah-buah kayu tersebut. Sungai-sungai yang memenuhi neraka pula dalamnya kira-kira 70 tahun perjalanan, setiap sungai mempunyai 70 ribu cabang dan 70 ribu lubang. Setiap lubang dipenuhi 70 ribu ekor ular dan kala, yang mana setiap ekor kala itu mengandungi 70 ribu jenis racun berbisa.  


---------------------------------------------------- 

Begitulah gambaran seksaan di dalam api neraka bagi mereka yang ingkar. Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya. 


Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang kita lakukan, memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt, dan diampunkan dosa kita. 

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah swt. Walau sebanyak mana dosa yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh insyaallah akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat, menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan di samping memohon keampunan Allah swt.. 

Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan mendorong kita bersungguh-sungguh membuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah berusaha mencegahnya. 


Wallahua'lam.
posted by Nojie Alias @ 7:06 AM  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
Siapa Saya

Name: Nojie Alias
Home: Al Khor, Qatar
About Me: Ibu kepada 4 orang anak ( 2 putera dan 2 puteri). Sedang belajar mengenali diri sendiri dan yang Maha Pencipta...semoga Allah perkenankan segala impian dan cita-cita. Amin....
See my complete profile
Tempahan Mee Kuning
Radio Online



Borak Siber
M A Q
Qatar Living
Pautan Laman
Komen Terkini
Arkib
Rakan Siber

Jumlah Pelawat
Rujukan Pelawat
Dijana Oleh

BLOGGER

Pelawat Online

© 2009 Nojie Alias