Nojie Alias

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

 
Hadis
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا. وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا.

Maksudnya:

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kebenaran, dia mendapat ganjaran pahala sama seperti ganjaran pahala orang-orang yang mengikuti ajakannya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka.

Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, dia mendapat dosa sama seperti dosa orang-orang yang mengikutnya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.

Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Munajat Seorang Hamba

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM....

ALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIN

WASSALATU WASSALAMU A'LA ASHRAFI AMBIYAAI ALMURSALIN WA A'LA ALIHI WASAHBIHI AJMA'IN

Ya allah, Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat islam masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon apa yang telah dipohonkan oleh nabi Muhammad SAW dan kami meminta perlindungan daripada apa yang pernah diminta baginda SAW. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa kami ke arahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah ya Tuhan kami, engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin. berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami. Tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman, dan amal. Hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami kami pohon kepada Engkau Iman yang sempurna, Ilmu yang memberi manfaat, Rezeki yang halal, Anak yang soleh, Rumahtangga yang bahagia, Usia yang berkat, Doa yang mustajab, hajat yang tertunai, Kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, Keselamatan di dunia dan di akhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau di hati kami, hidupkanlah hati ini dan segala yang terbuku di hati kami, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini ke[pada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami, selamatkanlah hati kami daripada sifat-sifat yang keji dan jauhilah kami daripada perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan Kerajaan-kerajaanMu dan masda depan kami di akhirat nanti. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini hambaMu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya. Berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami, supaya dapat kami melakukan segala yang diperintah oleh Engkau, meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Engkau.

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam Iman dan matikanlah kami dalam Iman, selamatkanlah Iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembus nafas yang terakhir. Ya Allah Ya Tuhan, selamatkanlah kami semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman dari taman syurga, selamatkanlah kami daripada seghala angkara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar. Selamatkanlah kami Ya Allah semasa berada di padang Mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan 'Arasy Engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkan kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami Ya Allah dengan hisab yang ringan, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami, Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hambaMu ini, hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan. Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam Nabi kami al-Kauthar. Selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.

Ya Allah Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam syurga Engkau bersama orang-orang yang memasukinya.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat nabi kami Nabi Muhammad SAW dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.

RABBANAA ATINAA FIDDUNYAA HASANAH WAFIL AKHIRATI HASANAH WAQINAA A'ZAABANNAR SUBHAANA RABBIKA RABBIL I'ZZATI A'MMA YASIFUUN WASALAAMUN A'LAL MURSALIIN WALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIIN

Waktu Sembahyang


RTM 1

Klik Untuk Skrin Besar
RTM 2

Klik Untuk Skrin Besar
TV3

Klik Untuk Skrin Besar
TV9

Klik Untuk Skrin Besar





Saja nak mengomel sikit....
Tuesday, May 5, 2009
Assalamualaikum.
Sebenarnya, K.Azie sedang menunggu bas untuk pergi 'finger print'. Jadi, sementara menunggu bas sampai K.Azie ambillah kesempatan untuk mengomel sikit. Bukan apa, saja nak bercerita tentang pengalaman yang diperolehi sepanjang berada di Doha ni.

Semalam, K.Azie dan anak-anak ikut suami K.Azie (Abang Amir) pergi sambung sewa kereta. Sebenarnya dah lewat pergi, sebab Abang Amir baru balik kerja syif siang. On the way pergi tu, kami lalui jalan sebelah Centerpoint -Asmakh Mall. Terpandanglah tulisan yang tertulis SALE...sebenarnya sekarang ni memang musim sale. Kami teruskan saja ke tempat tujuan asal kami.


Dah selesai semua urusan kat tempat sewa kereta tu, Abang Amir tanya  "nak pergi ke mana lagi ?" Apalagi, pucuk dicita, ulam mendatanglah K.Azie, bak kata pepatah orang mengantuk disorongkan bantal. Pantas je jawab 'centerpoint'. "Dah lewat dah, hampir pukul sepuluh dah" tingkah Abang Amir. "Mmm, bukan belipun cuci mata aje...". Athia anak bongsu kami (bongsu buat masa ini (tapi harap2 memang bongsulah, tak larat dah jaga anak yg lasak2 ni..), terus menyampuk.."mama, kata nakgi cuci mata. Jomlah papa, mama nak cuci mata" Abang Amir terus memandu ke tempat letak kereta, begitu gembiranya anak-anak. Athia asyik dengan kata2 'mama nak cuci mata'. Entah apa yang dia faham dgn perkataan cuci mata ni...mungkin dia ingat masuk kedai mata dan ada orang yang tolong cucikan mata agaknya. K.Aziepun tak jelaskan pada dia tentang maksud cuci mata ni....kerana terlalu asyik melihat bangunan di sekeliling. Dah dapat tempat parking, kami masih dalam kereta. Abang Amir kata "lain kalilah, banyak masa lagi nakgi 'cuci mata'". K.Azie nampak dia keletihan sebenarnya, jadi tak komen apa-apa, diam je. Hidup berumah tangga ni kena bertolak-ansur. Lagipun memang banyak masa lagi, pergi sekarangpun tergopoh-gapah mengejar masa.

Kami keluar dari centerpoint dan Abang Amir tanya nak pergi Corniche tak ? Angah dengan pantas menjawab, "nak'. "Nak buat apa ?" "Beli ikan ke...." jawab si Ahmad (anak yg ke-3). Abang Amir terus memandu ke Corniche, kami tak bercadangpun nak beli ikan, sebab dah ada stok kat peti ais. "Kita excerciselah papa, jalan ke, jogging ke..." tingkah Along. Dalam hati K.Azie, bagus juga idea tu. Asyik makan tidur je, badan dah makin berisi. Nakgi gym, pakaian belum sampai lagi...yang ada ni pun terpaksa diulang pakainya, asyik2 yg tu jer. Harap2 cepatlah kargo kami sampai, ikut jadualnya 28 April, tapi sampai la ni tak kunjung tiba lagi.

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat yg tak pernah datang Doha ni,  Corniche tu kawasan pantai, tempat rekreasi. Memang ramai orang berekreasi kat situ, tak kira siang ke malam. Tapi lebih tertumpu pada sebelah malam, kerana faktor cuaca. Kat gigi pantai tu juga ada sekelompok penjual ikan yg menjual ikan2 segar yg baru dinaikkan. Harganya boleh tahanlah juga, ikut pasaran semasa mcm kat Malaysia juga.



                         (tempat beriadah)

Dah sampai corniche, kamipun turun cari tempat duduk. Ramai orang sedang 'excercise' ada yg jogging, ada yg berjalan, ada yg lepak2 bersama keluarga sambil berkelah. Abang Amir duduk saja, K.Azie dan anak2 yang ambil peluang ini untuk berjalan keluarkan peluh. Kat sini tak kisah pasal pakaian untuk excercise ni, ada yg pakai abaya, pakaian sukan, malah ada yg berkemeja lagi berjogging. Sempatlah K.Azie dan anak2 berjalan satu round (dari hujung hingga ke tempat banyak bot tu je, tak sampaipun kat tempat org jual ikan). Cuaca agak sejuk, jadi peluh tak sempatlah nak keluar. Tapi tak apa sekurang2nya metabolisme meningkat juga masa tu....kalau tak asyik duduk je.

Letih juga ya !! Kakipun sakit, maklumlah tak pakai yg sepatutnya...pakai sandel bersantai saje. Tak apalah, nanti dah sampai kargo, kami masukkan  dalam jadual mingguan. Harap2 big boss setuju. Sambil beriadah sambil menghirup udara segar. Along kata, bukan udara segar tapi udara hanyir...bau ikan......Tapi sekurang2nya dapat melihat suasana sekeliling yang agak menarik. 

Oklah dulu nanti K.Azie sambung dengan cerita-cerita yang lain lagi.
Wassalam.....

posted by Nojie Alias @ 8:31 AM  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
Siapa Saya

Name: Nojie Alias
Home: Al Khor, Qatar
About Me: Ibu kepada 4 orang anak ( 2 putera dan 2 puteri). Sedang belajar mengenali diri sendiri dan yang Maha Pencipta...semoga Allah perkenankan segala impian dan cita-cita. Amin....
See my complete profile
Tempahan Mee Kuning
Radio Online



Borak Siber
M A Q
Qatar Living
Pautan Laman
Komen Terkini
Arkib
Rakan Siber

Jumlah Pelawat
Rujukan Pelawat
Dijana Oleh

BLOGGER

Pelawat Online

© 2009 Nojie Alias