Nojie Alias

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

 
Hadis
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا. وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا.

Maksudnya:

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kebenaran, dia mendapat ganjaran pahala sama seperti ganjaran pahala orang-orang yang mengikuti ajakannya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka.

Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, dia mendapat dosa sama seperti dosa orang-orang yang mengikutnya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.

Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Munajat Seorang Hamba

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM....

ALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIN

WASSALATU WASSALAMU A'LA ASHRAFI AMBIYAAI ALMURSALIN WA A'LA ALIHI WASAHBIHI AJMA'IN

Ya allah, Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat islam masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon apa yang telah dipohonkan oleh nabi Muhammad SAW dan kami meminta perlindungan daripada apa yang pernah diminta baginda SAW. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa kami ke arahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah ya Tuhan kami, engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin. berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami. Tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman, dan amal. Hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami kami pohon kepada Engkau Iman yang sempurna, Ilmu yang memberi manfaat, Rezeki yang halal, Anak yang soleh, Rumahtangga yang bahagia, Usia yang berkat, Doa yang mustajab, hajat yang tertunai, Kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, Keselamatan di dunia dan di akhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau di hati kami, hidupkanlah hati ini dan segala yang terbuku di hati kami, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini ke[pada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami, selamatkanlah hati kami daripada sifat-sifat yang keji dan jauhilah kami daripada perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan Kerajaan-kerajaanMu dan masda depan kami di akhirat nanti. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini hambaMu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya. Berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami, supaya dapat kami melakukan segala yang diperintah oleh Engkau, meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Engkau.

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam Iman dan matikanlah kami dalam Iman, selamatkanlah Iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembus nafas yang terakhir. Ya Allah Ya Tuhan, selamatkanlah kami semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman dari taman syurga, selamatkanlah kami daripada seghala angkara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar. Selamatkanlah kami Ya Allah semasa berada di padang Mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan 'Arasy Engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkan kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami Ya Allah dengan hisab yang ringan, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami, Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hambaMu ini, hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan. Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam Nabi kami al-Kauthar. Selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.

Ya Allah Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam syurga Engkau bersama orang-orang yang memasukinya.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat nabi kami Nabi Muhammad SAW dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.

RABBANAA ATINAA FIDDUNYAA HASANAH WAFIL AKHIRATI HASANAH WAQINAA A'ZAABANNAR SUBHAANA RABBIKA RABBIL I'ZZATI A'MMA YASIFUUN WASALAAMUN A'LAL MURSALIIN WALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIIN

Waktu Sembahyang


RTM 1

Klik Untuk Skrin Besar
RTM 2

Klik Untuk Skrin Besar
TV3

Klik Untuk Skrin Besar
TV9

Klik Untuk Skrin Besar





BERSUA LAGI
Wednesday, July 22, 2009
Setiap permulaan ada pengakhirannya, setiap pertemuan ada perpisahannya. Setelah l/krg sebulan berada di tanah tumpah darah, kini kami kembali meneruskan kehidupan di perantauan. Al-Hamdulillah, K.Azie sekeluarga selamat menjejakkan kaki ke bumi tandus Qatar l/kurang pukul 1 t/hari 21 Julai.

Mengimbau kembali nostalgia yang membawa kami pulang ke tanah air, awal daripada tarikh yang dirancang. Kehilangan seorang yang begitu bermakna dalam hidup ini, walaupun begitu sukar diterima. Tetapi kami redha dengan ketentuan Ilahi, sebagai hambaNYA kita hendaklah sentiasa bersikap 'HUSNUL KHATIMAH', sesungguhnya segala apa yang terjadi ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Walaupun kami tidak sempat berbakti di akhir hayat ibu tercinta, namun doa sentiasa kami panjat agar roh Ma bersama orang-orang yang beriman.

Ma pergi dalam keadaan koma, tiada siapa yang mengetahui bagaimana sakitnya Ma menghadapi saat-saat sakaratul maut. Tetapi melalui cerita yang disampaikan keluarga, ma pergi dalam keadaan yang tenang. Pada pandangan mata kasar, pemergiannya tidak nampak kesakitannya. Cuma keadaan fizikal ma yang sedikit berubah, kerana sembab. Melalui cerita yang disampaikan oleh K.tie (kakak abang Amir), ketika dia menziarahi ma pada saat akhir hayatnya.....K.Tie tidak mengenali ma, kerana keadaan ma yang begitu ketara berbeza dgn waktu sihatnya. Mukanya sembab dan banyak wayar ubat yang dipasang...katanya, selesai dia membaca yassin disamping ma...nafas ma laju dan K.Tie sempat membisikkan ke telinga ma yang K.Azie, Abang Amir dan anak-anak akan balik pada malam rabu dan kami memohon maaf pada ma. Bila nama kami disebut, Ma kembali tenang...Mungkin waktu itu ma menunggu kedatangan kami. Tetapi, apakan daya kami.....semasa membaca email yang K.Tie kirimkan K.Azie memang rasa tak dapat memaafkan diri K.Azie kerana membiarkan ma terlantar sakit. K.Azie tersedu-sedu menangis, Abang Amir juga terdiam tidak dapat menahan rasa kesayuan. Hanya DIA yang maha mengetahui bagaimana perasaan kami ketika itu.

Sebenarnya, keadaan kami di sini begitu terseksa rasanya setelah mendapat khabar buruk tentang ma koma. K.Azie hanya berbaring, tidak mampu berbuat apa-apa. Masa itu, K.Azie tak tahu nak fikir apa. Selama tempoh itu, K.Azie tidak mampu memasak untuk anak-anak, kami hanya makan roti. Cuma apabila anak-anak beritahu tak selera makan roti, kami suruh mereka beli makanan kat kedai makan al-haya. Kesian anak-anak turut sama terheret dengan situasi tersebut. Kelas mengaji juga K.Azie batalkan, fikiran berkecamuk tak dapat nak beri perhatian, K.Azie sendiri tak pasti apa yang K.Azie fikirkan pada waktu itu. Cuma yang nyata, nak balik tengok ma secepat mungkin. Namun segala-galanya tidak kesampaian, ma pergi dulu tanpa sempat kami menatap wajahnya terlebih dahulu. Tatapan dan pelukan di airport Kuantan sebelum penghijrahan kami ke bumi Qatar merupakan sentuhan terakhir antara ibu dan anak, begitu juga dengan cucu-cucunya. Pada hari tersebut, ma begitu sedih...mungkin ma telah merasakan saatnya tidak lama lagi, cuma ianya tidak mampu dirungkai dengan kata-kata. Semasa berada dalam kapal terbang, K.azie sendiri tak dapat menafsirkan perasaan K.Azie. Memang seakan terasa kehilangan dan perpisahan buat selamanya. Sepanjang 40 minit penerbangan memang air mata bercucuran di pipi.

Begitu juga setiap kali kami berhubung sama ada melalui telefon atau skype. Ma memang tidak mampu menahan airmata, tetapi kenapa K.Azie tidak boleh membaca apa Ma ingin sampaikan....? Sebelum Abang Amir berangkat pada februari lagi, dia ada mengatakan yang Ma akan mengikuti jejak langkah arwah mak (ibu Abang Amir) memandangkan keadaan kesihatannya yang tidak menentu. K.Azie selalu menafikan apa yang Abang Amir katakan, bagi K.Azie keadaan itu normal bagi penghidap diabetes. Sebenarnya K.Azie takut untuk membayangkan kebenaran kata-kata Abang Amir. Lebih kurang 2 minggu sebelum pemergian Ma....K.Azie ada bermimpi Ma meninggal dan K.Azie tidak menceritakannya pada sesiapa termasuk Abang Amir. Untuk mengubat hati, k.Azie mengatakan ianya hanya mainan tidur. Mungkin DIA sudah ingin memberitahu dan meminta K.Azie bersedia, cuma K.Azie tak mampu menafsirkannya. Tetapi segalanya telah berlalu, segala apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Semoga anak-anak Ma tidak lupa menghadiah al-Fatihah setiap kali selesai solat. Sesungguhnya setelah matinya anak adam, maka terputuslah segala amalannya, kecuali 3 perkara :
  1. Anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya
  2. Sedekah jariah
  3. Ilmu yang bermanfaat
Sekarang kami terpaksa berpisah lagi dengan keluarga tercinta, hidup berjauhan. InsyaALLAH bila berkesempatan kita akan bersua lagi. Kali ini tidak ramai yang mengiringi pemergian kami, memandangkan kami bertolak seawal 6.50 pagi dan ianya jatuh pada hari bekerja. Tetapi, perpisahan kali ini lebih terasa sebaknya. Ini merupakan kali pertama K.Azie melihat Bak (ayah K.Azie) begitu sedih. Bak sedih dan tidak dapat menahan air mata sedari awal lagi. Manakan tidak, Bak baru sahaja kehilangan Ma yang telah berpuluh tahun menjadi pendamping setia dikala susah dan senang. Kini, K.Azie selaku anak perempuan sulung pula yang akan meninggalkannya, hidup di perantauan. Selama sebulan rumah Bak riuh dengan keletah anak-anak K.Azie. Kini, tiada lagi hilai tawa, suara cucu-cucunya bergurau dan bergaduh. Cuma yang tinggal hanya Usu (adik bongsu) dan che'k (adik perempuan bongsu). Uda pulak bekerja di Kedah buat sementara. Kalau dulu, semasa hayat Ma masih ada, mereka mengasuh 2 orang anak sepupu K.Azie dan seorang anak jiran. Sekarang Bak melepaskan tanggung jawab tersebut kerana sukar untuk 'keluar' jika ada apa-apa urusan. Dulu Ma boleh jaga di rumah.

Pada hari akhir K.Long (jiran seorang guru) bertanya pada bak tentang urusan mengasuh anaknya. Ada getar pada suara bak menyatakan yang dia tidak mampu lagi menjaga Irfan dan irfan sendiri mengatakan dia nak duduk dengan Toksu (gelaran untuk Bak). Apakan tidak, dari seawal usia 2 bulan Bak dan Ma menjaganya sehingga kini usianya 3 tahun lebih. Sudah dianggap sebagai cucu sendiri. Bak meminta K.Long bertanyakan P.Ngah (abang Bak), yang tinggal di hadapan rumah bak berkenaan menjaga Irfan. Al-Hamdulillah, P.Ngah dan M.Ngah sanggup menjaga Irfan. Bak juga boleh bermain dengan Irfan selalu, bagi menghilangkan kesunyian.

Hari ini merupakan hari kedua K.Azie sekeluarga kembali ke al-Haya. Yong dan Anjang, adik perempuan K.Azie (kembar) yang belajar di UIAM cawangan Kuantan menghantar sms mengatakan bak sentiasa menangis semenjak keberangkatan kami dan asyik mengatakan kesunyian. Sedih rasanya, tapi tak tahu nak buat. Cuma mampu meminta Abang Long agar sentiasa balik menjengok bak. Semoga bila Abang Long selalu berada di rumah hilang sikit kesunyian Bak dengan gelagat anak Abang Long. Nak bawa bak mari sini, m/mana dengan usu dan che'k pula.......mereka masih bersekolah dan memerlukan bak. Entah, semoga adik-beradik lain dapat berbuat sesuatu untuk menghiburkan hati bak.

Semenjak K.Azie sampai ke kampung pada 23 Jun lepas, setiap pagi Bak akan ke kubur Ma. Setiap kali selepas sembahyang fardhu, bak akan menghadiahkan tahlil untuk Ma. Begitu sayangnya Bak pada Ma. K.azie ada bertanya pada Abang Amir, adakah dia akan berbuat begitu juga seandainya K.Azie pergi dulu....? Bak juga sibuk mencari dan menanam pokok di pusara Ma, kerana benda hidup akan berzikir untuk si mati.

Semoga kesunyian bak akan cepat terhapus. K.Azie tak tahu nak tulis apa lagi, hanya wajah bak yang bermain di mata sekarang ni. "Maafkan Kak chik. kerana tak mampu menjaga bak buat masa ini. InsyaALLAH sekiranya ada ruang akan kak chik usahakan untuk menjaga bak dan ayah". Bak dan ayah, ketahuilah anak-anak kalian tetap menyanyangi kalian walau dimana jua kami berada. Salam sayang dari kami di perantauan................


posted by Nojie Alias @ 9:42 AM  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
Siapa Saya

Name: Nojie Alias
Home: Al Khor, Qatar
About Me: Ibu kepada 4 orang anak ( 2 putera dan 2 puteri). Sedang belajar mengenali diri sendiri dan yang Maha Pencipta...semoga Allah perkenankan segala impian dan cita-cita. Amin....
See my complete profile
Tempahan Mee Kuning
Radio Online



Borak Siber
M A Q
Qatar Living
Pautan Laman
Komen Terkini
Arkib
Rakan Siber

Jumlah Pelawat
Rujukan Pelawat
Dijana Oleh

BLOGGER

Pelawat Online

© 2009 Nojie Alias