Nojie Alias

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

 
Hadis
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا. وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا.

Maksudnya:

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kebenaran, dia mendapat ganjaran pahala sama seperti ganjaran pahala orang-orang yang mengikuti ajakannya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka.

Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, dia mendapat dosa sama seperti dosa orang-orang yang mengikutnya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.

Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Munajat Seorang Hamba

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM....

ALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIN

WASSALATU WASSALAMU A'LA ASHRAFI AMBIYAAI ALMURSALIN WA A'LA ALIHI WASAHBIHI AJMA'IN

Ya allah, Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat islam masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon apa yang telah dipohonkan oleh nabi Muhammad SAW dan kami meminta perlindungan daripada apa yang pernah diminta baginda SAW. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa kami ke arahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah ya Tuhan kami, engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin. berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami. Tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman, dan amal. Hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami kami pohon kepada Engkau Iman yang sempurna, Ilmu yang memberi manfaat, Rezeki yang halal, Anak yang soleh, Rumahtangga yang bahagia, Usia yang berkat, Doa yang mustajab, hajat yang tertunai, Kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, Keselamatan di dunia dan di akhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau di hati kami, hidupkanlah hati ini dan segala yang terbuku di hati kami, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini ke[pada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami, selamatkanlah hati kami daripada sifat-sifat yang keji dan jauhilah kami daripada perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan Kerajaan-kerajaanMu dan masda depan kami di akhirat nanti. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini hambaMu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya. Berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami, supaya dapat kami melakukan segala yang diperintah oleh Engkau, meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Engkau.

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam Iman dan matikanlah kami dalam Iman, selamatkanlah Iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembus nafas yang terakhir. Ya Allah Ya Tuhan, selamatkanlah kami semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman dari taman syurga, selamatkanlah kami daripada seghala angkara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar. Selamatkanlah kami Ya Allah semasa berada di padang Mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan 'Arasy Engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkan kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami Ya Allah dengan hisab yang ringan, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami, Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hambaMu ini, hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan. Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam Nabi kami al-Kauthar. Selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.

Ya Allah Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam syurga Engkau bersama orang-orang yang memasukinya.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat nabi kami Nabi Muhammad SAW dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.

RABBANAA ATINAA FIDDUNYAA HASANAH WAFIL AKHIRATI HASANAH WAQINAA A'ZAABANNAR SUBHAANA RABBIKA RABBIL I'ZZATI A'MMA YASIFUUN WASALAAMUN A'LAL MURSALIIN WALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIIN

Waktu Sembahyang


RTM 1

Klik Untuk Skrin Besar
RTM 2

Klik Untuk Skrin Besar
TV3

Klik Untuk Skrin Besar
TV9

Klik Untuk Skrin Besar





Perbaiki tahap IQ
Saturday, October 10, 2009

Mengenai masalah lemah tumpuan itu mungkin berkait dengan IQ (kecerdasan) seseorang. Jika ia berpunca dari kecerdasan diri yang agak lemah, beberapa saranan berikut mungkin sesuai diaplikasikan:-

Memilih jenis makanan atau pil yang dapat membantu meningkatkan daya fikir dan tumpuan. Contoh kismis, ikan, bayam, brocolli, pil Examo dan lain-lain. Buat sedikit penyelidikan mengenainya dan mulai mengamalkan pemakanan yang baik untuk otak dan minda.

Dalam masa yang sama elakkan atau kurangkan mengambil makanan yang dapat melemahkan otak terutama jenis makanan segera atau makanan yang diproses seperti burger, ais krim dan lain-lain.

Islam sangat menitik beratkan memilih dan mengambil makanan yang bukan saja halal bahkan bermutu untuk menjaga kesihatan badan. Kesan pemakanan yang baik bukan sahaja untuk tubuh badan, bahkan untuk membentuk hati yang baik serta mencerdaskan minda.


PUASA

Cuba koreksi amalan pemakanan selama ini, jika terdapat tabiat pemakanan yang kurang baik, maka cubalah ubah tabiat tersebut. Berpuasa adalah mekanisme terbaik untuk membersihkan perut dan badan dari sisa-sisa pemakanan yang tidak baik sebelum ini. Kita baru sahaja selesai menjalani puasa sebulan Ramadan. Diharapkan kita dapat meneruskan disiplin tersebut buat selama-lamanya. Kita masih boleh mengamalkan puasa sunat.

Kita mungkin masih ingat pada Nik Nur Madihah, Pelajar Cemerlang SPM 2008. Beliau mengamalkan puasa sunat sejak darjah 6 kerana ia sunnah. Kajian saintifik pernah dibuat terhadap amalan puasa di kalangan orang Islam. Hasilnya salah satu kebaikan puasa ialah untuk mencerdaskan otak. Ini bererti Nur Madihah mendapat faedah yang besar dari amalan puasa sunatnya itu.

Setiap amalan dalam Islam sebenarnya untuk kebaikan fizikal, spiritual dan minda ummatnya. Oleh sebab itu, jika penganut Islam lemah, mereka harus memuhasabah diri sendiri sejauh mana mereka mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya.


HAFAZ AL-QURAN

Selain puasa,menghafaz al-Quran juga dapat meningkatkan tahap tumpuan seseorang kepada ilmu pengetahuan. Namun Kak Nur tidaklah berharap Bezita menghafaz seluruh al-Quran. Memadai jika dapat melazimi membaca al-Quran secara tartil dan menghafaz beberapa surah serta memahaminya. Jika berhasrat menghafaz seluruhnya, itu lebih baik.


SOLAT

Disiplin dalam solat yang menuntut individu fokus pada solat dapat membantu mereka menumpukan perhatian pada perkara lain di luar solat. Oleh sebab itu, semak semula tahap solat kita bermula membersihkan diri, berwuduk dan solat itu sendiri. Insya Allah, jika perbaiki solat kita, Allah akan perbaiki urusan dunia kita.

Seorang hamba Allah menyedari dirinya lemah dalam belajar. Suatu hari, ibunya memanggil anaknya dan menyuruhnya segera ke sekolah. Dia tidak keluar dari biliknya. Ibu segera menyelidiki. Di dapati anaknya sedang solat. Ibu bertanya solat apa?. Dia menjawab dia tidak pandai, jadi dia selalu solat hajat minta bantuan Allah agar memudahkan urusan dia belajar atau menuntut ilmu. Sekarang dia sudah memiliki ijazah PhD dan bergelar Doktor falsafah.

Kawan itu bukan sahaja pandai belajar dan meraih ijazah yang tinggi, bahkan berakhlak mulia berkat dijaganya hubungan dengan Allah swt.


DISIPLIN DIRI & MEMILIH KAWAN

Jika diteliti amalan Nik Nur Madihah, disamping kecerdasan otak, dia mempunyai faktor ransangan untuk mengubah nasib keluarga. Justeru itu, dia mendisiplinkan diri belajar apabila waktu belajar.

Pujuk diri agar beri tumpuan semasa belajar dan ingatlah di samping kesusahan ada kesenangan yang menanti.

Berkawan dengan mereka yang rajin belajar. Ia akan mendorong kita turut rajin belajar.


BELAJAR DARI PENGALAMAN ORANG LAIN

Iblis juga memainkan peranan apabila kita ingin belajar. Dia akan menghasut kita agar malas belajar dan sangat suka kita menjadi jahil. Orang yang jahil mudah ditipu syaitan. Jadi mohonlah perlindungan dari Allah setiap kali ingin belajar.

Mohonlah pertolongan dari Allah, nescaya Dia perkenankan. Selalu mohon ampun dan jauhi maksiat kerana maksiat itu menggelapkan hati. Bila hati gelap, ia susah menerima ilmu. Ilmu itu cahaya dan cahaya hanya menerangi hati yang bersih.

Apa yang baik datangnya dari Allah, apa yang kurang dari kelemahan diri sebagai hamba.

Labels:

posted by Nojie Alias @ 10:13 PM  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
Siapa Saya

Name: Nojie Alias
Home: Al Khor, Qatar
About Me: Ibu kepada 4 orang anak ( 2 putera dan 2 puteri). Sedang belajar mengenali diri sendiri dan yang Maha Pencipta...semoga Allah perkenankan segala impian dan cita-cita. Amin....
See my complete profile
Tempahan Mee Kuning
Radio Online



Borak Siber
M A Q
Qatar Living
Pautan Laman
Komen Terkini
Arkib
Rakan Siber

Jumlah Pelawat
Rujukan Pelawat
Dijana Oleh

BLOGGER

Pelawat Online

© 2009 Nojie Alias