Nojie Alias

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

 
Hadis
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا. وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا.

Maksudnya:

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kebenaran, dia mendapat ganjaran pahala sama seperti ganjaran pahala orang-orang yang mengikuti ajakannya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka.

Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, dia mendapat dosa sama seperti dosa orang-orang yang mengikutnya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.

Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Munajat Seorang Hamba

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM....

ALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIN

WASSALATU WASSALAMU A'LA ASHRAFI AMBIYAAI ALMURSALIN WA A'LA ALIHI WASAHBIHI AJMA'IN

Ya allah, Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat islam masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon apa yang telah dipohonkan oleh nabi Muhammad SAW dan kami meminta perlindungan daripada apa yang pernah diminta baginda SAW. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa kami ke arahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah ya Tuhan kami, engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin. berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami. Tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman, dan amal. Hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami kami pohon kepada Engkau Iman yang sempurna, Ilmu yang memberi manfaat, Rezeki yang halal, Anak yang soleh, Rumahtangga yang bahagia, Usia yang berkat, Doa yang mustajab, hajat yang tertunai, Kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, Keselamatan di dunia dan di akhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau di hati kami, hidupkanlah hati ini dan segala yang terbuku di hati kami, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini ke[pada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami, selamatkanlah hati kami daripada sifat-sifat yang keji dan jauhilah kami daripada perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan Kerajaan-kerajaanMu dan masda depan kami di akhirat nanti. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini hambaMu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya. Berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami, supaya dapat kami melakukan segala yang diperintah oleh Engkau, meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Engkau.

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam Iman dan matikanlah kami dalam Iman, selamatkanlah Iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembus nafas yang terakhir. Ya Allah Ya Tuhan, selamatkanlah kami semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman dari taman syurga, selamatkanlah kami daripada seghala angkara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar. Selamatkanlah kami Ya Allah semasa berada di padang Mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan 'Arasy Engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkan kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami Ya Allah dengan hisab yang ringan, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami, Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hambaMu ini, hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan. Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam Nabi kami al-Kauthar. Selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.

Ya Allah Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam syurga Engkau bersama orang-orang yang memasukinya.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat nabi kami Nabi Muhammad SAW dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.

RABBANAA ATINAA FIDDUNYAA HASANAH WAFIL AKHIRATI HASANAH WAQINAA A'ZAABANNAR SUBHAANA RABBIKA RABBIL I'ZZATI A'MMA YASIFUUN WASALAAMUN A'LAL MURSALIIN WALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIIN

Waktu Sembahyang


RTM 1

Klik Untuk Skrin Besar
RTM 2

Klik Untuk Skrin Besar
TV3

Klik Untuk Skrin Besar
TV9

Klik Untuk Skrin Besar





Pupuk Cinta Suami-Isteri
Wednesday, December 9, 2009

Cinta sejati tidak memusnahkan diri kekasih yang dicintai, malah ia menjaga supaya si dia tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Untuk itu, apabila cinta memilih untuk singgah di hati seseorang, lalu akan berasa betapa bahagianya diri untuk merasai nikmat cinta anugerah Ilahi.

Siapakah yang tidak pernah dicintai? Mungkin belum ditemukan dengan orang yang selayaknya untuk dicintai, namun perasaan itu memang wujud dalam kalangan semua insan. Hanya mereka yang pernah merasai dan melalui pengalaman cinta akan merasakan keindahannya.

Namun, bagi yang belum merasakannya, masa itu akan datang juga. Malah, hanya masa dan ketentuan yang bakal meletakkan rupa, perasaan dan khayalan sebelum menemui hakikat sebenar percintaan, seterusnya disatukan di alam yang penuh keindahan.

Bagi yang merasai keindahan cinta sehingga bertemu jodoh, bersatu diri dalam mahligai yang penuh keindahan. Pun begitu, tidak kurang juga yang diuji dengan pelbagai cubaan bagi meneguhkan kembali kekuatan cinta.

Perkara berikut mungkin dapat membantu mengukuhkan lagi perasaan anda dan pasangan apabila dua jiwa menjadi satu. Bagi yang bergelar isteri atau ibu, hayatinya untuk menjadi isteri yang didambakan dalam keluarga Islam.

* Letakkan dalam jiwa peranan besar dalam kehidupan keluarga. Tindak-tanduk, kebijaksanaan dan sifat selalu mengingati Allah boleh menjadikan rumah sebagai syurga yang diidamkan suami dan anak. Mereka berasa tenang setelah penat di luar rumah.


* Laksanakan tanggungjawab dan peranannya yang asasi dalam mendidik anak dan memelihara mereka kerana ibu perlu lebih banyak bergaul dengan anak.


Bahkan, mereka juga sangat berhajat kepada ibu terutama pada peringkat membina keperibadian dan perkembangan diri.

Antara ibu dan bapa, hendaklah ada persefahaman dalam mendidik anak supaya kedua-duanya saling menyempurnakan antara satu sama lain dengan tidak ada percanggahan.

Kasih sayang ibu terhadap anak jika tidak kena caranya, mungkin boleh memporak-perandakan keharmonian keluarga.

* Isteri contoh juga hendaklah mengetahui dengan teliti kewajipannya terhadap suami dan hak suami terhadap isteri yang mesti dilaksanakan sebagai beribadah kepada Allah dan mengharapkan pahala-Nya.


Hendaklah dia menjaga perasaan, bersimpati atas kesusahannya dan menjaga rakannya. Selain itu, bekerjasama dengan suami terutama dalam mendidik anak dan menjaga silaturahim.

* Beri semangat kepada suami supaya dia menjalankan kewajipan terhadap agamanya seperti beramal, berjihad dan berkorban.


* Isteri hendaklah pandai memilih kenalannya dalam kalangan wanita yang solehah. Dia juga harus berperanan mengajar dan mengingatkan adab Islam. Dirinya sendiri dijadikan contoh kepada yang lain.


* Alangkah baik jika isteri contoh bukan saja menjaga perkara halal dalam urusan rumah tangga seperti makanan, minuman, pakaian, kelengkapan rumah serta adat, malah, dia juga dapat menjaga daripada yang haram serta syubhat.


Rumahnya pula dijadikan contoh dari segi kebersihan dan kekemasan untuk membiasakan anak dengan keadaan demikian.

* Adab dan doa seharusnya dijadikan amalan seharian dalam perkara seperti makan, minum, tidur, memberi salam, meminta izin, melihat perempuan dan seumpamanya.


* Isteri (dan juga suami) hendaklah mengambil berat untuk menghidupkan hari kebesaran Islam serta ditanamkan rasa kasih terhadap hari berkenaan seperti Ramadan.
posted by Nojie Alias @ 9:06 AM  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
Siapa Saya

Name: Nojie Alias
Home: Al Khor, Qatar
About Me: Ibu kepada 4 orang anak ( 2 putera dan 2 puteri). Sedang belajar mengenali diri sendiri dan yang Maha Pencipta...semoga Allah perkenankan segala impian dan cita-cita. Amin....
See my complete profile
Tempahan Mee Kuning
Radio Online



Borak Siber
M A Q
Qatar Living
Pautan Laman
Komen Terkini
Arkib
Rakan Siber

Jumlah Pelawat
Rujukan Pelawat
Dijana Oleh

BLOGGER

Pelawat Online

© 2009 Nojie Alias