Nojie Alias

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

 
Hadis
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا. وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا.

Maksudnya:

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kebenaran, dia mendapat ganjaran pahala sama seperti ganjaran pahala orang-orang yang mengikuti ajakannya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka.

Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, dia mendapat dosa sama seperti dosa orang-orang yang mengikutnya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.

Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Munajat Seorang Hamba

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM....

ALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIN

WASSALATU WASSALAMU A'LA ASHRAFI AMBIYAAI ALMURSALIN WA A'LA ALIHI WASAHBIHI AJMA'IN

Ya allah, Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat islam masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon apa yang telah dipohonkan oleh nabi Muhammad SAW dan kami meminta perlindungan daripada apa yang pernah diminta baginda SAW. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa kami ke arahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah ya Tuhan kami, engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin. berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami. Tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman, dan amal. Hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami kami pohon kepada Engkau Iman yang sempurna, Ilmu yang memberi manfaat, Rezeki yang halal, Anak yang soleh, Rumahtangga yang bahagia, Usia yang berkat, Doa yang mustajab, hajat yang tertunai, Kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, Keselamatan di dunia dan di akhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau di hati kami, hidupkanlah hati ini dan segala yang terbuku di hati kami, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini ke[pada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami, selamatkanlah hati kami daripada sifat-sifat yang keji dan jauhilah kami daripada perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan Kerajaan-kerajaanMu dan masda depan kami di akhirat nanti. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini hambaMu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya. Berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami, supaya dapat kami melakukan segala yang diperintah oleh Engkau, meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Engkau.

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam Iman dan matikanlah kami dalam Iman, selamatkanlah Iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembus nafas yang terakhir. Ya Allah Ya Tuhan, selamatkanlah kami semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman dari taman syurga, selamatkanlah kami daripada seghala angkara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar. Selamatkanlah kami Ya Allah semasa berada di padang Mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan 'Arasy Engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkan kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami Ya Allah dengan hisab yang ringan, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami, Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hambaMu ini, hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan. Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam Nabi kami al-Kauthar. Selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.

Ya Allah Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam syurga Engkau bersama orang-orang yang memasukinya.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat nabi kami Nabi Muhammad SAW dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.

RABBANAA ATINAA FIDDUNYAA HASANAH WAFIL AKHIRATI HASANAH WAQINAA A'ZAABANNAR SUBHAANA RABBIKA RABBIL I'ZZATI A'MMA YASIFUUN WASALAAMUN A'LAL MURSALIIN WALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIIN

Waktu Sembahyang


RTM 1

Klik Untuk Skrin Besar
RTM 2

Klik Untuk Skrin Besar
TV3

Klik Untuk Skrin Besar
TV9

Klik Untuk Skrin Besar





Al-Quran sebagai penawar, petunjuk hukum dan nasihat.
Saturday, February 21, 2009
Sebagai umat Islam, kita wajib menghormati kandungan al-Quran. Kita seharusnya merasa senang hati, tenang apabila membaca atau mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran.
Dalam al-Quran terdapat perkara yang boleh menenangkan hati pembaca yang resah serta gusar, terkilan dan yang berserabut fikiran. Tiada penawar yang paling mujarab Melainkan membaca al-Quran. Tidak perlu kita bersusah payah ke pantai untuk mendengar alunan ombak, cukup dengan membaca al-quran sahaja. Ini tidak bermakna kita tidak boleh pergi ke pantai dan tempat peranginan, kerana ia perkara harus. Tetapi jangan sampai timbul perkara lain yang menyebabkan jiwa resah gelisah, malam sukar tidur, tidak khusyuk solat kerana terlihat perkara yang ditegah syarak.
Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang boleh menghiburkan hati. Justeru itu, orang Islam tidak perlu mencari altenatif lain untuk ketenangan jiwa.
TADABBUR iaitu memikir untuk mentadbir segala urusan hidup, berkenaan persoalan hati dan jiwa. Umpamanya memikirkan keadaan ekonomi yang sempit, sedang masalah kehidupan begitu banyak dan pelbagai. Apa yang dimaksudkan dengan mentadbir ialah apa saja persoalan kehidupan duniawi, juga yang penting ialah permasalahan kehidupan yang abadi di akhirat. Demikianlah yang dimaksudkan tadbir urus atau TADABBUR, datang buah fikiran sedemikian apabila membaca al-Quran. Dalam al-Quran terdapat ayat mengenai suruhan serta larangnan, juga kisah keingkaran umat terdahulu serta pelbagai nasihat. Semuanya terkandung dalam al-Quran. TADABBUR berbeza dengan persoalan hati (HUDHURUL QALBI) yang mengajak supaya tumpu kepada al-Quran. Kekadang terlalu tumpu kepada bacaan al-Quran sahaja, hingga kita lupa untuk memikirkan tentang pahit manis kehidupan duniawi. Sedangkan maksud dan fungsi al-Quran diturunkan oleh ALLAH swt ialah untu tadabbur, oleh itu sunat membacanya dengnan tartil. Ini kerana denga tartil dari segi zahir membolehkan manusia memikir batinnya, justeru membaca deangan tenang dan tartil memberi peluang yang luas untuk berfikir dan memahami maksudnya. Syaidina Ali ra berkata "tiada kebajikan pada ibadah yangkita tidak mengerti dan tiada kebajukan pada bacaan al-Quran yang kita tidak mmemahami maksudnya". Oleh itu jika kita tidak dapat memahami maksudnya, kecuali dengan mengulangi bacaannya,maka ulangilah kerap kali hingga tercapai maksud sebenar. Seperti yang diriwayatkan mengenai Nabi SAW dalam solat malamnya, baginda sentiasa mengulangi ayat yang asama daripada tengah malam hingga fajar, iaitu ayat yang bermaksud :
"Jika Engkau menyeksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Engkau, dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesunggunya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Maidah ayat 118)
Demikianlah rayuan dan ratapan Nabi Isa as, melalui ayat yang diulang sebut oleh Rasulullah SAW dalam solat malam baginda. Jika ditimpakan azab maka azab itu akan mengenai hamba Engkau sandiri (bukannya orang lain), jika Engkau maafkan mereka, maka sememangnya Engkau Maha Pemaaf, Tuhan Yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana. Nabi SAW mengulangi bacaan tersebut dalam solat malamnya, kerana terasa amat terharu dan mengulanginya tanpa rasa bosan. Rasuullah SAW pernah ditanya oleh para sahabat' "Ya Rasulullah kenapakah aku kalau membaca al-Quran terlalu gemar membaca Qulhu wallahu ahad (surah al-ikhlas) ?"
Lalu baginda SAW menjawab "kasihnya engkau kepada surah tersebut boleh membawamu ke syurga" Kerana surah al-ikhlas mengandungi sifat-sifat Allah SWT. Sabda Nabi SAW jika membawa Qulhu wallah 3 kali, sama dengan tiga kali khatam Quran.
Antara sifat Allah yang terkandung dalam surah al-ikhlas ;
"Dialah Allah Yang maha Esa, Allah adalah Tuhan tempat seluruh makhluk bergantung hasrat kepadaNYA. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara denganNYA".
Memahami Al-Quran secara beransur-ansur, iaitu bahawa dia berusaha menjelaskan tiap ayat perkara yang layak dengan ayat itu. Ini kerana Al-Quran itu mengandungi sifat-sifat ALLAH SWT serta menyebut ciptaanNYA yang sangat hebat. Ia mengisahkan ehwal para nabi juga ehwal orang yang melawan dan mendustainya. Mengisahkan juga akibat kesudahan penentangan para nabi dan mursalin, yang dibinakan oleh Allah SWT.
Disamping diceritakan semua itu, yang penting al-Quran menjelaskan segala suruhan dan larangan Allah SWT, untuk kesejahteraan insan hidup di dunia yang sementara. Ia menyatakan nikmat syurga yang dikurniakan kepada golongan yang taat dan muttaqin, azab neraka yang dikhaskan untuk para penderhaka....

Labels:

posted by Nojie Alias @ 7:42 AM  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
Siapa Saya

Name: Nojie Alias
Home: Al Khor, Qatar
About Me: Ibu kepada 4 orang anak ( 2 putera dan 2 puteri). Sedang belajar mengenali diri sendiri dan yang Maha Pencipta...semoga Allah perkenankan segala impian dan cita-cita. Amin....
See my complete profile
Tempahan Mee Kuning
Radio Online



Borak Siber
M A Q
Qatar Living
Pautan Laman
Komen Terkini
Arkib
Rakan Siber

Jumlah Pelawat
Rujukan Pelawat
Dijana Oleh

BLOGGER

Pelawat Online

© 2009 Nojie Alias