Nojie Alias

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

 
Hadis
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا. وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا.

Maksudnya:

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kebenaran, dia mendapat ganjaran pahala sama seperti ganjaran pahala orang-orang yang mengikuti ajakannya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka.

Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, dia mendapat dosa sama seperti dosa orang-orang yang mengikutnya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.

Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Munajat Seorang Hamba

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM....

ALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIN

WASSALATU WASSALAMU A'LA ASHRAFI AMBIYAAI ALMURSALIN WA A'LA ALIHI WASAHBIHI AJMA'IN

Ya allah, Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat islam masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon apa yang telah dipohonkan oleh nabi Muhammad SAW dan kami meminta perlindungan daripada apa yang pernah diminta baginda SAW. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa kami ke arahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah ya Tuhan kami, engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin. berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami. Tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman, dan amal. Hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami kami pohon kepada Engkau Iman yang sempurna, Ilmu yang memberi manfaat, Rezeki yang halal, Anak yang soleh, Rumahtangga yang bahagia, Usia yang berkat, Doa yang mustajab, hajat yang tertunai, Kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, Keselamatan di dunia dan di akhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau di hati kami, hidupkanlah hati ini dan segala yang terbuku di hati kami, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini ke[pada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami, selamatkanlah hati kami daripada sifat-sifat yang keji dan jauhilah kami daripada perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan Kerajaan-kerajaanMu dan masda depan kami di akhirat nanti. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini hambaMu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya. Berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami, supaya dapat kami melakukan segala yang diperintah oleh Engkau, meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Engkau.

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam Iman dan matikanlah kami dalam Iman, selamatkanlah Iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembus nafas yang terakhir. Ya Allah Ya Tuhan, selamatkanlah kami semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman dari taman syurga, selamatkanlah kami daripada seghala angkara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar. Selamatkanlah kami Ya Allah semasa berada di padang Mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan 'Arasy Engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkan kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami Ya Allah dengan hisab yang ringan, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami, Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hambaMu ini, hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan. Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam Nabi kami al-Kauthar. Selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.

Ya Allah Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam syurga Engkau bersama orang-orang yang memasukinya.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat nabi kami Nabi Muhammad SAW dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.

RABBANAA ATINAA FIDDUNYAA HASANAH WAFIL AKHIRATI HASANAH WAQINAA A'ZAABANNAR SUBHAANA RABBIKA RABBIL I'ZZATI A'MMA YASIFUUN WASALAAMUN A'LAL MURSALIIN WALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIIN

Waktu Sembahyang


RTM 1

Klik Untuk Skrin Besar
RTM 2

Klik Untuk Skrin Besar
TV3

Klik Untuk Skrin Besar
TV9

Klik Untuk Skrin Besar





Selain bertaubat, beriktiarlah dengan bersedekah
Sunday, February 22, 2009
Rasulullah SAW bersabda ; "bersedekahlah kamu walau sebuti tamar, kerana sedekah itu boleh menolong orang yang kelaparan dan memadam dosa sebagaimana air memadamkan api".

Nabi SAW menasihati supaya bersedekah kerana ia boleh menghapuskan dosa, juga memungkinkan masyarakat Islam bebas daripada kemiskinan. Jika orang yang berdosa sedar bahawa dosa terlalu bahaya untuk dirinya di akhirat, dia mesti berikhtiar selain bertaubat hapus dosa juga bersedekah.

Sabda Nabi SAW "hindari dirimu daripada api neraka walaupun dengan sebelah tamar, jika tidak menemui sesuatu untuk bersedekah maka berusahalah menggunakan kalimah yang baik ketika berinteraksi denngan orang lain"


Hadits tersebut membayangkan betapa mustahaknya sedekah untuk mengelak diri daripadsa bahaya neraka, dengan sebiji tamar dapat bersedekah dan yang sebelah lagi masih dapat menikmatinya.

Andai tidak ada sesuatu untuk disedekahkan, ia boleh digantikan dengan ucapan yang tidak melukai hati orang. Bercakap denngan sorpan dan baik boleh memberi kebaikan kepada diri sendiri dan kebaikan bernilai sedekah kepada orang lain.


Pastikan sedekah daripada sumber yang baik dan halal. Nabi SAW memberitahu apabila Allah SWT terima sedekah yang baik itu dan dijagaNya, seperti manusia memelihara anak haiwan ternakan mereka. Dengan penjagaan yang rapi hingga harta yang disedekahkan itu membesar (pahala) sebesar bukit Uhud.

Nabi SAW berpesan kepada sahabat baginda, Abu Darda "jika kamu masak lauk, perbanyakkan kuahnya, supaya kamu dapat menghantarnya kepada jiran".


Ini satu kaedah yang diajar oleh Nabi SAW supaya umatnya tidak menikmati sesuatui rezeki hanya untuk diri sendiri, tetapi hendaklah memikirkan buat kebaikan dengan bersedekah kepada jiran. Dengan bermaksud jiran sewajarnya dapat menikmati serba sedikit rezeki dari dapur kita sebagai tanda prihatin kepada jiran.


"Apabila seseorang mengelokkan sedekahnya, nescaya Allah SWT akan mengelokkan pewaris yang jaga harta pusakanya"

Allah tidak membaikkan generasi yang mewarisi sesuatu pusaka, dapat dilihat apabila selepas kematiannya. Waris itu akan menghabis harta dengan sekelip mata dengan melakukan perkara-perkara maksiat.

Nabi SAW bersabda " Tiap-tiap seorang manusia akan diletakkan di bawah naungan bayangan sedekahnya, di Mahsyar hingga selesai semua kes antara sesama manusia".


Bersedekahlah secara rahsia, kerana ia boleh memadamkan kemurkaan Allah. Sesungguhnya dengan bersedekah ia dapat menghapuskan doasa dengan Allah, tetapi dosa sesama makhluk haruslah dimaafkan sesama makhluk terlebih dahulu.


Sahabat bertanyakan kepada baginda SAW " sedekah yang bagaimana paling mulia disis Allah ?" Jawab baginda SAW " ketika kamu terlalu menyayangi sesuatu harta lalu dengan harta tersebut kamu sedekahkan kepada orang, sedangkan ketika itu kamu sedang dirundung kerunsingan memikirkan keluarga amat memeerlukannya. itulah sedekah yang paling afdal".


Baginda menambah " janganlah kamu bertangguh-tangguh dalam bersedekah sehingga nyawa di halkum" kerana pada ketika itu, hartanya tetap akan difaraid dan jadi milik para waris. Nabi SAW berkata "bukanlah yang dikatakan miskin itu orang yang dinafikan sebutir dua tamar atau sesuap dua makanan, orang yang sebenar miskin ialah yang tidak mengadu hal kemiskinannay" dia tidak mengadu hal bukan kerana dia tidak memerlukan, tetapi tidak tunjuk kemiskinan kerana mengutamakan menjaga maruah dan harga diri di hadapan Allah.

Labels:

posted by Nojie Alias @ 3:30 PM  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
Siapa Saya

Name: Nojie Alias
Home: Al Khor, Qatar
About Me: Ibu kepada 4 orang anak ( 2 putera dan 2 puteri). Sedang belajar mengenali diri sendiri dan yang Maha Pencipta...semoga Allah perkenankan segala impian dan cita-cita. Amin....
See my complete profile
Tempahan Mee Kuning
Radio Online



Borak Siber
M A Q
Qatar Living
Pautan Laman
Komen Terkini
Arkib
Rakan Siber

Jumlah Pelawat
Rujukan Pelawat
Dijana Oleh

BLOGGER

Pelawat Online

© 2009 Nojie Alias