Nojie Alias

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

 
Hadis
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا. وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا.

Maksudnya:

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kebenaran, dia mendapat ganjaran pahala sama seperti ganjaran pahala orang-orang yang mengikuti ajakannya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka.

Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, dia mendapat dosa sama seperti dosa orang-orang yang mengikutnya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.

Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Munajat Seorang Hamba

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM....

ALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIN

WASSALATU WASSALAMU A'LA ASHRAFI AMBIYAAI ALMURSALIN WA A'LA ALIHI WASAHBIHI AJMA'IN

Ya allah, Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat islam masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon apa yang telah dipohonkan oleh nabi Muhammad SAW dan kami meminta perlindungan daripada apa yang pernah diminta baginda SAW. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa kami ke arahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah ya Tuhan kami, engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin. berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami. Tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman, dan amal. Hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami kami pohon kepada Engkau Iman yang sempurna, Ilmu yang memberi manfaat, Rezeki yang halal, Anak yang soleh, Rumahtangga yang bahagia, Usia yang berkat, Doa yang mustajab, hajat yang tertunai, Kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, Keselamatan di dunia dan di akhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau di hati kami, hidupkanlah hati ini dan segala yang terbuku di hati kami, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini ke[pada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami, selamatkanlah hati kami daripada sifat-sifat yang keji dan jauhilah kami daripada perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan Kerajaan-kerajaanMu dan masda depan kami di akhirat nanti. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini hambaMu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya. Berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami, supaya dapat kami melakukan segala yang diperintah oleh Engkau, meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Engkau.

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam Iman dan matikanlah kami dalam Iman, selamatkanlah Iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembus nafas yang terakhir. Ya Allah Ya Tuhan, selamatkanlah kami semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman dari taman syurga, selamatkanlah kami daripada seghala angkara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar. Selamatkanlah kami Ya Allah semasa berada di padang Mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan 'Arasy Engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkan kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami Ya Allah dengan hisab yang ringan, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami, Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hambaMu ini, hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan. Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam Nabi kami al-Kauthar. Selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.

Ya Allah Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam syurga Engkau bersama orang-orang yang memasukinya.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat nabi kami Nabi Muhammad SAW dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.

RABBANAA ATINAA FIDDUNYAA HASANAH WAFIL AKHIRATI HASANAH WAQINAA A'ZAABANNAR SUBHAANA RABBIKA RABBIL I'ZZATI A'MMA YASIFUUN WASALAAMUN A'LAL MURSALIIN WALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIIN

Waktu Sembahyang


RTM 1

Klik Untuk Skrin Besar
RTM 2

Klik Untuk Skrin Besar
TV3

Klik Untuk Skrin Besar
TV9

Klik Untuk Skrin Besar





Menonton TV1, TV2 dan TV3 di Internet
Monday, September 28, 2009
Anda ingin menonton saluran TV Malaysia TV1, TV2, TV3 dan TV9 secara langsung di Qatar (Internet)? Anda boleh cuba klik butang TV di bawah ini atau klik alamat ini http://tvkebangsaan.blogspot.com

TV1 Malaysia Live(Klik butang "Play")



TV2 Malaysia Live



TV3 Malaysia Live


Terdapat beberapa kemungkinan sekiranya anda gagal mendapat siaran TV tersebut;

1. Anda tiada software plugin untuk menonton TV di pelayan web. Untuk mengatasi masalah ini anda perlu;

atau

(b) Anda boleh menonton terus melalui Media Player. Anda boleh masukkan alamat ini di Media Player;

TV1 Malaysia

atau

(ii) http://bkj-station2.jaring.my/tv1

atau


TV2 Malaysia

atau

(ii) http://bkj-station3.jaring.my/tv2

atau




TV3 Malaysia

atau


atau

(iii) mms://ucitv2.uthm.edu.my/tv3



TV9 Malaysia

atau

(ii) mms://ucitv2.uthm.edu.my/tv9


Contoh memasukkan alamat URL TV tersebut ke Media Player;

Buka Media Player anda


Klik menu File - Open URL...


Masukkan alamat URL TV tersebut dan klik OK


2. Kemungkinan ke-2, Internet anda telah dihalang/sekat untuk akses sesetengah alamat laman. Untuk mengatasi masalah ini anda boleh cuba menonton melalui proxy atau pasang software ini http://www.anchorfree.com/downloads/hotspot-shield/

Anda boleh juga muat turun dari sini http://www.malaysiaqatar.net/Download/HSS.exe


3. Kemungkinan lain, siaran TV tersebut memang offline. Untuk info, setakat hari dan masa ini, siaran TV1, TV2 dan TV3 masih boleh ditonton oleh saya di Qatar. Saya boleh menonton TV1 dan TV2 setelah memasang Hotspot Shield. Kemungkinan Q-Tel telah menyekat saluran TV1 dan TV2 ini.



Cara lain untuk menonton TV3 adalah melalui software P2P seperti SopCast. Caranya;

2. Pastikan anda menonton melalui pelayan web Internet Explorer/Firefox ;

TV3 Malaysia Live (Melalui SopCast)








atau

3. Anda boleh menonton terus saluran TV3 melalui software Sopcast. Anda perlu mendaftar percuma di sini http://mysop.sopcast.cn/m/user/userreg.jsp

Kemudian, masukkan alamat ini sop://broker.sopcast.com:3912/17869


Selamat menonton.

Labels:

posted by Amir bin Ali @ 1:19 PM  
7 Comments:
  • At October 28, 2009 at 10:54 AM, Blogger Nojie Alias said…

    Macamana nak buat webtv di blog?

    Okay, google beri percuma laman sites.google.com kepada anda. Anda hanya perlu upload fail webTV/webRadio anda ke laman tersebut.

    Cara menulis fail WebTV/WebRadio adalah;

    1. Anda boleh guna sebarang text editor untuk menulis skrip webTV tersebut. Saya hanya guna notepad.exe.

    2. Anda boleh download fail tv3.asx di atas sebagai panduan. Klik butang kanan mouse dan klik Save as.. ke komputer anda.

    3. Edit fail tersebut mengikut nama blog anda. Save fail tersebut sebagai tv3.asx atau sebarangnama.asx

    4. Upload semula fail tersebut ke laman sites.google.com anda.

    Selamat mencuba.

     
  • At March 10, 2010 at 7:58 PM, Blogger matakucing said…

    Salam Puan,
    Terima kasih untuk info puan diatas. Bagus page nie, byk online tv
    yg senang digunakan.

    Btw...berkenaan seprt..
    Cara menulis fail WebTV/WebRadio adalah;

    1)bagaimana untuk upload file asx ker sites.google
    2)bagaimana untuk save as file tv3.asx dan edit. Klik kanan yg mana satu?
    3)bagaimana kemudian boleh dipamerkan dlm blogspot. Sya tak faham dgn tips
    ini...anyway ingin benar sya memahaminya puan.

    Thanks...keep it up
    Wa'Salam...
    radz

     
  • At April 2, 2010 at 3:35 PM, Blogger Nojie Alias said…

    Maaf, tak sempat menjawab soalan ini sekarang

     
  • At April 11, 2010 at 8:49 PM, Anonymous Anonymous said…

    great - basyirstar@yahoo.com

     
  • At June 20, 2010 at 7:59 AM, Anonymous Hashim Shah said…

    salam..

    nk tnye, leh x pasang TV3 sbb slot tv3 tu skg ade astro prima..lgi pn, byk cite best dlm tv3...

     
  • At June 20, 2010 at 8:15 AM, Blogger Nojie Alias said…

    Terima kasih kerana memberi komen. Untuk info, channel TV3 http://content.uum.edu.my/uum256/uum256.asx adalah hak milik(pelajar) Universiti Utara Malaysia..

     
  • At July 28, 2011 at 1:30 PM, Blogger contilover said…

    Thanks a lot atas tutorial ini.. Dapat laa Den melihat Bolasepak Harimau Malaya vs Singa mlm nie.. Good LUCK Malaysia!!

     

Post a Comment

<< Home
 
Siapa Saya

Name: Nojie Alias
Home: Al Khor, Qatar
About Me: Ibu kepada 4 orang anak ( 2 putera dan 2 puteri). Sedang belajar mengenali diri sendiri dan yang Maha Pencipta...semoga Allah perkenankan segala impian dan cita-cita. Amin....
See my complete profile
Tempahan Mee Kuning
Radio Online



Borak Siber
M A Q
Qatar Living
Pautan Laman
Komen Terkini
Arkib
Rakan Siber

Jumlah Pelawat
Rujukan Pelawat
Dijana Oleh

BLOGGER

Pelawat Online

© 2009 Nojie Alias