berhenti sembahyang subuh sebelum meneruskan perjalanan umrah
(Ros-Husna, Zana, K.Azie dan Ina)
Explorer yang berjasa membawa kami merentasi destinasi impian
anak angkat...semasa finger print di border
Setelah selesai urusan di border, kami meneruskan perjalanan. Abg Amir tak bawa laju sangat, around 120km/h. Paling lajupun dalam 160km/h. Jadi memang selalulah kami tertinggal kat belakang. Abg Amir kata tak perlu tergesa-gesa yang penting kawal minda supaya niat asal tidak lari. Alhamdulillah sepanjang perjalanan, kami merasa tenang tanpa apa-apa ketegangan. Kami menikmati panorama ciptaan Yang Maha Kuasa, memang begitu unik dan mengkagumkan ciptaan-MU Ya Allah. Pelbagai bentuk muka bumi yang kami saksikan sepanjang perjalanan kami..Subhanallah, begitu agung kebesaran-Mu Ya Rabbil al-Amin.
Kami telah terpisah dengan rombongan, dari asalnya memang terbahagi kepada 2. Yang pertama : mereka yang bawa 180-200km/h dan kami yang sederhana around 120-160km/h (Abg Amir, Klot, Mus)...dengan yang laju tu, memang selalu kami ketinggalan. Kali ni dengan group ke-2pun kami terpisah masa kat Riyadh. Masa inilah juga hp Abg Amir buat hal, tak boleh charge..itulah sumber gps kami...jadi kami terpaksa guna gps hp K.Azie yang selalu je tersasul he3 dan juga berpandukan sign board yang ada.
Kawan-kawan mula risaukan kami, dan atas hubungan persahabatan mereka mengambil keputusan berkumpul di satu kawasan dekat dengan petrol station. Mereka memberikan no cordinate mereka. Tetapi, disebabkan masalah gps, kami tak dapat nak mengagak kedudukan sebenar mereka dan meminta agar mereka meneruskan sahaja perjalanan tanpa menunggu kami. Kerjasama, kesabaran dan ketenangan memainkan peranan penting dalam perjalanan berkumpulan ini. Tanpa kami sedari rupanya kami berada di hadapan mereka, akhirnya kami bersama kembali. Terima kasih diatas segala kerjasama dan kesabaran kalian semua.
Kami sampai ke sempadan miqat lebih kurang pukul 10mlm dan kami telah menyewa bilik di sana sr75/room semalam. Walaupun kurang selesa, tapi dapatlah para driver merebahkan badan dan merehatkan mata sebelum meneruskan perjalanan ke Tanah Suci Mekkah. Pagi sebelum ke masjid untuk berihram, kami telah bersarapan pagi, entah apa ke namanya roti tu...telan ajelah, asalkan perut tak meragam sudah..
selepas niat ikhram pertama...terpancar keceriaan dan rasa tidak sabar untuk menatap Kaabah di wajah mereka
Allah nak menduga kami lagi, kali ini kami tak jumpa hotel penginapan. Kordinat yang diberikan tak tepat, sign board nama hotelpun tak ada, hanya banner kecil sahaja. Dan kami terpisah lagi dengan kawan-kawan. Sebenarnya mereka juga tak jumpa, dan menelefon ustaz yang menguruskan penginapan kami. Hampir satu jam kami berpusing-pusing, dan akhirnya Abg Amir telah menelefon Ustaz yang menguruskan kami. Rupanya hotel tu berada di sebelah tempat kami menunggu sahaja, cuma jalan ke sana yang agak tersorok..alhamdulillah kami selamat sampai ke persinggahan sementara untuk memudahkan segala urusan menuju redha-Mu Ya Allah.
Sebenarnya niat asal daripada sebelum bertolak lagi akan dipenuhi-NYA. Seperti asal, K.Azie memang ada mendengar sungutan berkaitan dengan penginapan. Jadi, daripada awal lagi K.Azie telah berkata pada diri sendiri 'tak kisah dengan keadaan bilik, asalkan senang kami nak beribadah' memang menjadi kenyataan bilik yang kami dapat tidak seperti yang dibayangkan. Tapi kami tetap bersyukur kepada-Mu Ya Allah kerana memudahkan semua urusan kami. Begitu juga dengan perjalanan kami, dari awal kami memang berhajat pergi sendiri, tanpa menyertai mana-mana pakej umrah. Tetapi ALLAh lebih mengetahui dan akhirnya kami mengambil juga pakej ini. Jadi, walaupun terpisah dengan kawan-kawan di sepanjang perjalanan, ia tidak menjejaskan perjalanan dan ketenangan kami. Begitu besar rahmat-Mu Ya Rabbil al-Amin...
Setelah makan dan berehat seketika kami memulakan aktiviti umrah kami. Alhamdulillah, kami diketuai oleh Ustaz Khairi. Pertama kali dapat melihat Kaabah-Mu, terasa diri ini begitu kerdil dan rendahnya martabat sebagai hamba-NYA..tanpa disedari, airmata gembira (kerana menjadi tetamu-Mu), terharu, sedih, semua ada bercampur tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan itu. Akhirnya terlaksana semua rukun umrah kami. Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga.
Masjidil Harram menjadi saksi hubungan silaturrahim yang terpisah sejak 1 1/2 tahun yang lalu. Nudin, adik Abg Amir telah berusaha menjejaki kami untuk berjumpa kami. Pertemuan kali ini lebih bermakna dengan kehadiran anggota baru..Nur Addyani Zayyan binti Zainuddin. Sebenarnya masih dalam pantang, tetapi kerana ingin berjumpa, mereka mengambil risiko datang berjumpa kami.
pagi jumaat, sebelum solat jumaat
bersama keluarga adik dari Yanbu, pertemuan setelah 1 1/2 tahun tidak berjumpa..
Sebenarnya, banyak kekuasaan Allah tunjukkan semasa berada di Tanah Harram ni..Banyak pengalaman manis yang K.Azie tempuhi, dan terasa bertambah kerdil diri ini. Begitu sayang dan kasihnya Allah pada K.azie, segala yang K.Azie minta dikabulkan saat itu juga...semoga hati ini, keluargaku dan semua muslimin muslimat di dunia ini akan tetap berada dilandasan yang telah Engkau gariskan Ya ALLAH....Jadikanlah kami orang yang beriman dan matikanlah kami dalam iman, akhirilah hayat kami dengan kalimat 'LA ILAHA ILLALLAH...MUHAMMAD YA RASUL ALLAH'....amin
Pada pagi Jumaat, selepas solat subuh dan tawaf sunat Alhamdulillah K.Azie dan Abg Amir berpeluang menjadi hamba-NYA yang terpilih untuk mencium hajaratul aswad...tak sangka sebenarnya dapat mencium batu daripada syurga, alhamdulillah. Memang dah tanam niat nak cium, tapi tak sangka begitu sukar sebenarnya dengan asakan jemaah yang berebut-rebut nak mencium batu syurga ini. Syukur kerana masa yang K.Azie ambik untuk sampai dan berpeluang mencium hajaratul aswad hanya lebih kurang 5 minit. Tak tahu bagaimana perasaan ketika itu yang terlintas hanya kebesaran-Nya dan semoga hayat ini berakhir dengan kalimah syahadah ' LA ILAHA ILLALLAH.....' Setelah mendapat rezeki mencium batu syurga ini, K.Azie bergerak dengan kawasan yang menghadap ke Multazam dan sujud syukur dan solat sunat di sana....alhamdulillah
lupa, sama ada selepas solat fardhu atau selepas selesai umrah...
selesai umrah buat ibu tercinta
depan Masjidil Harram
lautan manusia tidak kurang-kurang, sentiasa berpusu-pusu tawaf mengelilingi titik penyatuan ummat Islam
duduk seketika selesai bertahalul
Begitu sayang dan kasih-Nya Allah kepada hamba-Nya ini, sehingga apa yang terlintas dihati K.Azie dan K.Azie luahkan kepada Abg Amir, dimakbulkan-Nya...syukur sangat-sangat Ya Allah.
Anak-anak hanya sempat menunaikan 2 kali umrah..insyaALLAH dikesempatan lain kita akan berkunjung dan menjalani ibadat umrah lagi. Pagi sebelum bertolak ke Madinah, Abg Amir sekali lagi mendapat peluang mengucup hajarratul aswad...alhamdulillah...kami hanya mencuba 2 kali bersembahyang di Hijjir Ismail, alhamdulillah dapat dan yang kali ke2 begitu mudah untuk mendapat ruang..
Bukit Rahmah, dikatakan sebagai tempat pertemuan Nabi Adam as dan Siti Hawa setelah dikeluarkan dari syurga..
Athia membeli air
di Bukit Rahmah...tarik-tolak doa...he3
permandangan dari bawah
anak sulung, Along Arief..semoga menjadi anak soleh dan bertanggungjawab. Jaga dan bimbinglah adik-adik ke arah jalan yang diredhaiNya
Ahmad..anak yang banyak membantu Mama dalam menjalani urusan harian, terima kasih sayang..
di mana sahaja gerombongan manusia sentiasa penuh untuk melihat dan menghayati sejarah terdahulu
kat mana ni...? Bukit Thur ke...lupa da....
sebenar hadith, tapi tak berapa nampak dan tak faham apa yang tertulis...
Begitu cantik senibina di Masjid Nabawi, rasa terpegun melihat kecantikkannya. Ini hanyalah cantik di dunia, macam mana agaknya kecantikkan di akhirat kelak..? Kali ini K.Azie tidak mencuba ke raudhah, oleh kerana masalah kesihatan dan kekangan masa membuatkan K.Azie tidak membulatkan tekad mencuba ke Raudhah. Tak apalah, dah tertulis bukan rezeki K.Azie kali ini. Abg Amir dan anak-anak lelaki, alhamdulillah mendapat peluang dari-Mu Ya Allah...
Adik Abg Amir juga mengambil peluang yang ada untuk berkumpul dengan kami...Tetapi perjumpaan ini tidak lama kerana masa yang agak terbatas...insyaALLAh ada rezeki kita akan bersua lagi.....
Malas nak bercerita, layan sajalah gambar-gambar yang sempat diupload....
bersama Zana dan emak Abg Hisham kat Bukit Magnet
Masjid Qubah
Along Arief di Bukit Magnet
semasa ziarah wida' sebelum bertolak pulang ke Doha
Along Arief, Ahmad serta Ustaz Rafael sebagai mutawir ketika di Madinah alMunawwarah
subhanallahh.....
terasa sayuu..sedih..gembira semua ada bila nengok gambar² & baca pengalaman kak chik. agaknya bila laa peluang utk kami plak..