Alkohol etil adalah kandungan utama dalam semua jenis arak dan minuman yang memabukkan. ِِAdalah jelas diharamkan air yang mengandungi alkohol ini untuk diminum sama ada sedikit atau banyak. Nabi s.a.w bersabda:
"Benda yg memabukkan jika diambil dalam jumlah yg banyak maka yg sedikit walaupun tidak memabukkan adalah diharamkan."(Hr an-Nasaie dan Ibnu Majah)pengharaman ini adalah menurut persepakatan ulama.
Penggunaan alkohol dalam minyak wangi
Alkohol adalah bersih zatnya menurut pendapat sebahgian ulama (Ahmad Syakir, Muhammad Rashid Redo, Muhammad Tohir bin Asyur dan lain2).
Oleh kerana yang demikian, dibolehkan mengeluarkan produk minyak wangi yg beralkohol dan memakainya. Ini kerana ia termasuk dalam perhiasan dan kesenangan dunia yg dibenarkan oleh Islam. Firman Allah s.w.t:
"Katakanlah wahai Muhammad; siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah dan rezki2 yg baik2 yang mana Allah keluarkan utk hamba2nya.
Katakan wahai Muhammad; Semua itu adalah untuk orang2 beriman di dalam kehidupan dunia (dan juga untuk orang2 kafir). Kesenangan dan nikmat tersebut khusus untuk orang2 beriman pada hari kiamat." (32: al-3Araf)
Pendapat ini disokong oleh resolusi seiminar feqh perubatan yg ke8 yang diadakan oleh 'Pertubuhan Islam bagi ilmu perubatan' pada 22-24 mei 1995 di Kuwait.
Penggunaan alkohol dalam ubat-ubatan
Seperti yang diketahui umum bahawa kebanyakan ubat2 yg diminum mengandungi alkohol etil dgn kadar yg amat sedikit.
Ia bertujuan untuk memelihara ketahanan ubat atau meleburkan sebahagian pati tumbuh2an atau bahan2 kimia yang tidak tidak lebur dgn air. Ubat2an ini hanya diambil dalam jumlah yg sedikit oleh pesakit dan mengikut preskripsi doktor yang tidak membawa kepada mabuk.
Jika ada sesiapa yang hendak meminumnya dgn jumlah yang banyak untk mabuk maka dia akan mati keracunan sebelum sampai tahap mabuk.
Adapun penggunaan ubat2 seprti ini adalah dibenarkan kerana ia telah sebati (istihlak) dengan ubat2 sehingga tidak ada bau, warna dan rasa yg asal. Ia dipanggil Teori 'Istihlak' yang mana kebanyalan ulama mengatakan halal bagi perkara yang haram dan bernajis jika sudah sebati dengan lebih banyak bahan yang lain.
Jika kandungan alkohol ini tidak tidak termasuk dlm teori 'Istihlak' dgn erti kata lain masih ada bau, rasa atau warna yang asal maka pendapat Imam Abu Hanifah dan Abi Yusuf mengatakan halal minuman yang mengandungi bahan yg memabukkan diperbuat selain dari anggur dan kurma dgn tujuan utk menguatkan tubuh badan dan pengubatan serta tidak memabukkan. Alkohol etil diperbuat daripada bahan kimian, gula atau gas semulajadi.
Disebut dalam resolusi seminar feqh perubatan ke 8 yg dianjurkan Pertubuhan Islam bg Ilmu Perubatan yg diadakan di Kuwait adalah seperti berikut (sebahagiannya):
"Sesungguhnya tidak ditegah oleh syara3 untuk mengambil ubat2an sekarang yang mengandungi alkohol dgn kadar yg amat sedikit dengan bertujuan untk memelihara atau meleburkan sebahagian bahan2 yang tidak lebur dalam dgn 2 syarat:
1. Tidak digunakan alkohol sebagai ubat penenang.
2. Tidak ada alternatif ubat yang lain."
Penggunaan alkohol dalam makanan.
Bahan2 makanan yang mengandungi alkohol terbahagi kepada beberapa bahagian:
Bahagian pertama:
Jus buah2an, susu dadih, doh yg ditapaikan dan seumpa dengannya yang mengandungi alkohol dengan kadar yang amat sedikit iaitu tidak lebih dari 0.5 peratus melainkan jus anggur yang mana kadar alkoholnya boleh sampai kepada 1 peratus. Bahan-bahan makanan ini tidak termasuk dalam senarai bahan-bahan yang memabukkan.
Makanan jenis ini adalah halal kerana alkohol yg terdapat padanya sudah sebati dimana sudah tidak ada bau, warna dan rasa alkohol. Ia dikiaskan dengan tuak sebelum ia matang dan memabukkan.
Sekalipun terdapat nisbah yg sedikit daripada bahan yg memabukkan tetapi ia adalah bersih menurut persepakatan ulama.
Bahagian kedua:
Bahan-bahan makanan yg mengandungi alkohol dgn kadar yg amat sedikit. Ia bertujuan untuk meleburkan sebahagian bahan yg tidak lebur dgn air seperti pewarna, pengawet, perasa dan lain-lain.
Contohnya ialah minuman coca cola dan pepsi cola yg mengandungi bahan pewangi yg tidak lebur melainkan setelah dicampur dengan alkohol. Kandungan alkohol dalam minuman ini tidak sampai 0.3 peratus.
Minuman dan makanan jenis ini adalah halal untuk dimakan dan diminum kerana sebab yang sama dgn jenis yang pertama iaitu sudah sebati (istihlak) dengan minuman sehingga tidak ada lagi bau, warna dan rasa.
Disebut dalam resolusi seminar feqh perubatan yg ke8 di bawah pertubuhan Islam bagi ilmu2 perubatan di Kuwait pada Mei 1995 seperti berikut:
"Sesungguhnya makanan dan minuman yang terdapat alkohol dgn jumlah yang amat sedikit dalam pembuatannya dengan tujuan untuk meleburkan bahan2 yang tidak lebur melainkan dengan alkohol seperti pewarna, pengawet dan yang lain2 adalah harus dimakan dan diminum kerana dua sebab
1. Sudah berleluasa penggunaaan alkohol dalam bahan tersebut.
2. Penyejatan alkohol yg dicampur dgn bahan lain ketika proses pembuatan makanan dibuat."
Bahagian ketiga:
Makanan dan minuman yang dicampur dengan minuman alkohol yang memabukkan sperti brandy supaya mendapatkan rasa yang unik, berbeza dan digemari oleh sebahagian manusia. Diantara contohnya ialah aiskrim, manisan dan coklat yang mengandungi bahan yang memabukkan.
Makanan dan minuman jenis ini adalah diharamkan kesemuanya kerana mengandungi arak. Ini kerana ulama bersepakat mengatakan haramnya makanan dan minuman yang dicampur dengan arak apabila tidak sebati (istihlak).
Ia terdapat kesan-kesannya seperti rasa, warna atau bau. Ini telah disebut dalam resolusi feqh perubatan yang ke8 oleh pertubuhan Islam bagi ilmu-ilmu perubatan di Kuwait pada Mei 1995.
Post a Comment