Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kebenaran, dia mendapat ganjaran pahala sama seperti ganjaran pahala orang-orang yang mengikuti ajakannya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka.
Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, dia mendapat dosa sama seperti dosa orang-orang yang mengikutnya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.
Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.
Munajat Seorang Hamba
BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM....
ALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIN
WASSALATU WASSALAMU A'LA ASHRAFI AMBIYAAI ALMURSALIN WA A'LA ALIHI WASAHBIHI AJMA'IN
Ya allah, Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat islam masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon apa yang telah dipohonkan oleh nabi Muhammad SAW dan kami meminta perlindungan daripada apa yang pernah diminta baginda SAW. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa kami ke arahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.
LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM
Ya Allah ya Tuhan kami, engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin. berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami. Tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman, dan amal. Hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami kami pohon kepada Engkau Iman yang sempurna, Ilmu yang memberi manfaat, Rezeki yang halal, Anak yang soleh, Rumahtangga yang bahagia, Usia yang berkat, Doa yang mustajab, hajat yang tertunai, Kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, Keselamatan di dunia dan di akhirat nanti.
Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau di hati kami, hidupkanlah hati ini dan segala yang terbuku di hati kami, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini ke[pada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami, selamatkanlah hati kami daripada sifat-sifat yang keji dan jauhilah kami daripada perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.
LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM
Ya Allah Ya tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan Kerajaan-kerajaanMu dan masda depan kami di akhirat nanti. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini hambaMu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya. Berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami, supaya dapat kami melakukan segala yang diperintah oleh Engkau, meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Engkau.
Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati.
Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam Iman dan matikanlah kami dalam Iman, selamatkanlah Iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembus nafas yang terakhir. Ya Allah Ya Tuhan, selamatkanlah kami semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman dari taman syurga, selamatkanlah kami daripada seghala angkara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.
Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar. Selamatkanlah kami Ya Allah semasa berada di padang Mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan 'Arasy Engkau.
Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkan kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami Ya Allah dengan hisab yang ringan, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami, Nabi Muhammad SAW.
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hambaMu ini, hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan. Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam Nabi kami al-Kauthar. Selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.
Ya Allah Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam syurga Engkau bersama orang-orang yang memasukinya.
LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM
Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat nabi kami Nabi Muhammad SAW dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.
Yazid Arraqqasyi daripada Anas bin Malik r.a berkata ;
Suatu hari malaikat Jibrail datang menemui Nabi SAW dalam keadaan wajahnya begitu berbeza sekali.
Nabi SAW pun bertanya : "Wahai Jibrail, mengapa aku melihat mukamu berlainan benar ?"
Jawab Jibrail "Wahai Muhammad, aku datang kepadamu disaat Allah menyuruh supaya dikobarkan nyalaan api neraka, maka ketika ini tidak layaklah bagi orang yang sudah mengetahui bahawa neraka jahannam itu benar, dan seksaan Allah itu amat pedih, untuk bersuka-suka sebelum mereka merasa selamat daripadanya"
Lalu Baginda SAW bersabda "Jelaskan padaku sifat jahannam itu "
Ucap Jibrail "Ketika Allah menjadikan jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah kemudian dilanjutkan seribu tahun lagi sehingga putih, dan disambung seribu tahun lagi sehingga hitam. Maka hitam gelaplah neraka jahannam dan tidak pernah padam nyalaan dan baranya"
"Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andainya neraka jahannam itu terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan terbakarlah seluruh penduduk dunia ini kerana panasnya."
"Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andainya sehelai baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi, nescaya akan matilah penduduk bumi kerana panas dan bahangnya."
"Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andai satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh"
"Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andai seorang dihujung barat terseksa, nescaya akan terseksalah orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam, perhiasanmnya besi dan minumannya air panas bercampur nanah. Manakala pakaiannya daripada potong-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu daripada orang lelaki dan perempuan"
Nabi SAW bertanya "Wahai Jibrail, apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami ?"
Jawab malaikat "Tidak, tetapi selalu terbuka. Setengahnya di bawah daripada yang lainnya. Jarak dari pintu ke pintu perjalanannya 70 000 tahun, tiap pintu lebih panas daripada yang lain 70 kali ganda (yang lebih bawah, lebih panas)"
Tanya Rasulullah SAW "Siapakah penduduk pintu-pintu tersebut ?"
Jibrail "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang kafir setelah diturunkan mukjizat Nabi Isa A.S serta keluarga Fir'aun yang bernama Al-Hawiyah. "
"Pintu kedua, tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim. "
"Pintu yang ketiga, tempat orang-orang shobi'in bernama Saqar."
"Pintu keempat, tempat iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha."
"Pintu kelima, orang yahudi bernama Huthomah."
"Pintu keenam, tempat orang Nasara bernama Sa'eir"
Kemudian Jibrail diam seperti segan kepada Nabi Muhammad SAW sehingga ditanya "Mengapa tidak kau terangkan kepadaku siapa penghuni pintu ketujuh ?"
Jawab Jibrail, "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari kalangan umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat"
Maka Nabi SAW jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu. Malaikat Jibrail pun meletakkan kepala Baginda dipangkuannya sehingga sedar kembali.
Sesudah sedar, Nabi SAW berkata "Wahai Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedih perasaanku. Apakah ada seorang daripada umatku yang akan masuk neraka ?"
Jawab Jibrail "Ya, iaitu orang yang berdosa besar daripada umatmu"
Mendengar jawapan itu, Nabi SAW pun mengais teresak-esak, begitu juga dengan Jibrail. Kemudian, Baginda SAW masuk ke dalam rumah dan tidak keluar kecuali untuk bersembahyang. Semasa sembahyang, Nabi SAW selalu menangis dan berdoa kepada Allah untuk keselamatan umatnya....
Sesungguhnya menziarahi kubur mengingatkan kita kepada kematian dan hari akhirat. Waktu menziarahi tidak dihadkan pada masa-masa tertentu sahaja. Kita boleh mengunjungi kubur pada bila-bila masa sahaja, tiada pengkhususan.
Apabila kita melalui atau memasuki kawasan kubur, berilah salam kepada penghuni-penghuninya. Ucapan yang disarankan " selamat sejahtera wahai penghuni diyar (kubur) daripada kalangan mukminin dan muslimin, semoga Allah mengasihi yang masuk terdahulu daripada kalangan kami ataupun yang masuk kemudian dan kami dengan izin Allah, akan menyusuli kamu kemudian" (Hadith riwayat Muslim)
Apa yang boleh dilakukan adalah berdoa kehadrat Alllah SWT agar sentiasa merahmati ahli kubur, mengampunkan mereka dan memasukkan mereka ke dalam golongan hamba-hamba Allah yang soleh bersama para anbiya dan syuhada'.
Doa yang paling makbul ialah doa anak-anak terhadap ibu bapa mereka, seperti Allah ajarkan kepada kita semua, sebagaimana firman-Nya "dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka) "wahai tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendididku sewaktu kecilku". (surah al-Israk :24)
Sabda Nabi SAW " apabila matinya anak adam, maka terputuslah amalannya, melainkan tiga perkara iaitu :
1 - sedekah jariah 2 - ilmu yang bermanfaat 3 - anak-anak soleh yang mendoakan mereka.
Rasulullah SAW bersabda ; "bersedekahlah kamu walau sebuti tamar, kerana sedekah itu boleh menolong orang yang kelaparan dan memadam dosa sebagaimana air memadamkan api".
Nabi SAW menasihati supaya bersedekah kerana ia boleh menghapuskan dosa, juga memungkinkan masyarakat Islam bebas daripada kemiskinan. Jika orang yang berdosa sedar bahawa dosa terlalu bahaya untuk dirinya di akhirat, dia mesti berikhtiar selain bertaubat hapus dosa juga bersedekah.
Sabda Nabi SAW "hindari dirimu daripada api neraka walaupun dengan sebelah tamar, jika tidak menemui sesuatu untuk bersedekah maka berusahalah menggunakan kalimah yang baik ketika berinteraksi denngan orang lain"
Hadits tersebut membayangkan betapa mustahaknya sedekah untuk mengelak diri daripadsa bahaya neraka, dengan sebiji tamar dapat bersedekah dan yang sebelah lagi masih dapat menikmatinya.
Andai tidak ada sesuatu untuk disedekahkan, ia boleh digantikan dengan ucapan yang tidak melukai hati orang. Bercakap denngan sorpan dan baik boleh memberi kebaikan kepada diri sendiri dan kebaikan bernilai sedekah kepada orang lain.
Pastikan sedekah daripada sumber yang baik dan halal. Nabi SAW memberitahu apabila Allah SWT terima sedekah yang baik itu dan dijagaNya, seperti manusia memelihara anak haiwan ternakan mereka. Dengan penjagaan yang rapi hingga harta yang disedekahkan itu membesar (pahala) sebesar bukit Uhud.
Nabi SAW berpesan kepada sahabat baginda, Abu Darda "jika kamu masak lauk, perbanyakkan kuahnya, supaya kamu dapat menghantarnya kepada jiran".
Ini satu kaedah yang diajar oleh Nabi SAW supaya umatnya tidak menikmati sesuatui rezeki hanya untuk diri sendiri, tetapi hendaklah memikirkan buat kebaikan dengan bersedekah kepada jiran. Dengan bermaksud jiran sewajarnya dapat menikmati serba sedikit rezeki dari dapur kita sebagai tanda prihatin kepada jiran.
"Apabila seseorang mengelokkan sedekahnya, nescaya Allah SWT akan mengelokkan pewaris yang jaga harta pusakanya"
Allah tidak membaikkan generasi yang mewarisi sesuatu pusaka, dapat dilihat apabila selepas kematiannya. Waris itu akan menghabis harta dengan sekelip mata dengan melakukan perkara-perkara maksiat.
Nabi SAW bersabda " Tiap-tiap seorang manusia akan diletakkan di bawah naungan bayangan sedekahnya, di Mahsyar hingga selesai semua kes antara sesama manusia".
Bersedekahlah secara rahsia, kerana ia boleh memadamkan kemurkaan Allah. Sesungguhnya dengan bersedekah ia dapat menghapuskan doasa dengan Allah, tetapi dosa sesama makhluk haruslah dimaafkan sesama makhluk terlebih dahulu.
Sahabat bertanyakan kepada baginda SAW " sedekah yang bagaimana paling mulia disis Allah ?" Jawab baginda SAW " ketika kamu terlalu menyayangi sesuatu harta lalu dengan harta tersebut kamu sedekahkan kepada orang, sedangkan ketika itu kamu sedang dirundung kerunsingan memikirkan keluarga amat memeerlukannya. itulah sedekah yang paling afdal".
Baginda menambah " janganlah kamu bertangguh-tangguh dalam bersedekah sehingga nyawa di halkum" kerana pada ketika itu, hartanya tetap akan difaraid dan jadi milik para waris. Nabi SAW berkata "bukanlah yang dikatakan miskin itu orang yang dinafikan sebutir dua tamar atau sesuap dua makanan, orang yang sebenar miskin ialah yang tidak mengadu hal kemiskinannay" dia tidak mengadu hal bukan kerana dia tidak memerlukan, tetapi tidak tunjuk kemiskinan kerana mengutamakan menjaga maruah dan harga diri di hadapan Allah.
AWAS ! Buta akibat RETINOPATI DIABETIK Diabetis atau kencing manis seringkali menyebabkan komplikasi. Ia boleh menyebabkan masalah kepada mata, buah pinggang, sistem saraf, salur darah, jantumng dan juga otak. Masalah mata yang sering terjadi ialah RETINOPATI DIABETIK. WHO menganggarkan 3-4 juta orang buta di dunia akibat diabetis. Retinopati diabetik adalah komplikasi pada retina mata. Retina adalah diibaratkan filem pada sebuah kamera, dimana ia menerima imej yang terbentuk dan memproses cahaya. Masalah retinopati selalu terjadi kepada pesakit yang lama menghidap kencing manis dan paras gula yang tidak dikawal dengan baik. Kadangkala tiada sebarang gejala langsung. Ia hanya dapat dikesan apabila doktor memeriksa retina mata melalui pemeriksaan 'fundoskopi' atau gambar retina diambil dengan kamera khas. Pesakit diabetis jenis 2 atau non-insulin dependent diabetes mellitus mesti berjumpa dengan doktor mata apabila disahkan diabetes. Bagi jenis 1 atau insulin dependent diabetes mellitus harus diperiksa selepas 5 tahun disahkan menghidap penyakit ini. Bagi yang hamil, pemeriksaan mata harus dilakukan dengan kerap.
Jenis-jenis retinopati 1 - Retinipati jenis tidak proliferatif adalah jenis paling ringan. Biasanya ia tidak mengganggu penglihatan. Terjadi kebocoran lemak dan protein. Sekiranya ia terjadi pada kawasan makula (makulopati) pesakit mesti menjalani rawatan laser fokal. 2 - Retinopati jenis proliferatif adalah jenis yang bahaya dimana ia punca utama kebutaan. Ini kerana terbentuknya salur darah baru yang tidak normal dan rapuh. Salur darah ini mudah pecah dan mengakibatkan pendarahan pada vitreous dalam bola mata. Pendarahan di dalam bola mata juga akan mengakibatkan pembentukkan parut pada retina. Apabila parut ini tertarik ia akan menyebabkan retina terkoyak dan lekang dari kedudukan asal dan mengakibatkan pesakit menjadio buta. Kadang-kadang salur darah menjadi bocor pada kawasan makula, dan menyebabkan makula bengkak seterusnya mengganggu penglihatan. 3 - Makulopati ialah terjadi kebocoran salur darah pada kawasan makula retina. Ia boleh didapati pada peringkat tidak proliferatif dan juga proliferatif.
Rawatan untuk retinopati diabetek Tidak semua pesakit yang menghidap retinopati akan menjadi buta. tetapi risiko menjadi buta dikalangan mereka adalah 20 kali lebih tinggi daripada mereka yang tidak menghidapi diabetes. Oleh itu, untuk memelihara penglihatan pesakit diabetes, pesakit haruslah mengawal penyakit diabetes dan juga faktor-faktor metabolik yang lain seperti tekanan darah dan paras kolestol. Ini dapat dilakukan dengan patuh pada arahan dan nasihat doktor anda, mengambil ubatan yang telah ditetapkan, mengamalkan pemakanan yang sihat, bersenam dan berhenti merokok. FOTOKOAGULASI LASER ialah proses dimana tenaga cahaya dalam bentuk laser digunakan untuk menghasilkan pancaran pada retina. tenaga yang diserap oleh pigmen retina untuk mengurangkan penghasilan bahan kimia yang merangsang salur darah baru. terdapat harapan untuk merawat mata yang telah menjadi buta akibat retinopati diabetik iaitu Pembedahan vitrektomi bagi mencuci darah dan melekapkan semula retina yang telah lekang. Walau bagaimanapun peluangnya agak tipis. Pesakit yang telah menjalani rawatan laser mempunyai peluang yang lebih cerah berbanding mereka yang tidak pernah menjalani rawatan laser. Rawatan laser dapat mengurangkan pengumpulan cecair dalam lapisan retina akibat kebocoran pada salur darah.
sedarkah anda sikap negatif dalam diri anda boleh memberi kesan yang besar terhadap kesihatan anda ? Seseorang yang bersikap optimistik lebih gembira, sihat dan lebih berjaya jika dibandingkan dengan mereka yang bersikap negatif.
Otak manusia menghasilkan sejenis bahan yang dikenali sebagai neoropeptides. Bahan ini akan menghantar mesej berbentuk kimia terus kepada sistem imun di dalam tubuh kita.
Jika kita bersikap positif, mesej yang dihantar oleh neoropeptides ini akan meningkatkan lagi sitem imun di dalam tubuh dan membolehkan kita sentiasa dalam keadaan sihat. Sikap negatif menghadapi tekanan dan sebagainya tidak merangsang penghasilan neoropeptides dan membuat anda lebih tertekan seheingga mengganggu kesihatan anda sendiri. Jadi, kenali dan jauhi beberapa sikap negatif dibawah untuk anda sentiasa sihat dan gembira.
Kesempurnaan
Sikap yang inginkan kesempurnaan membantu kita menjalani hidup dan kerjaya dengan baik. Namun, kita harus awasi sikap kesempurnaan yang keterlaluan, keran ia banyak mengundang kekecewaan dan kemarahan dalam diri jika tidak tercapai hajat yang diingini.
Kesilapan sentiasa boleh berlaku, dan jadikan ia sebagai satu pengajaran. Jangan terlalu tertekan, marah dan mengalah jika tidak tercapai maksud yang dihajati.
Kata-kata negatif dalam diri
Kata-kata negatif perlu dibuang terus daripada diri kita. Sikap seperti tidak mempercayai kebolehan diri dan menganggap anda seorang yang gagal atau tidak berkebolehan boleh memberi kesan. Sikap ini mengurangkan keyakinan kita pada diri sendiri.
akibatnya, kita lebih cenderung untuk mendiamkan diri, pasif dan tidak bermaya melakukan sesuatu. Tingkatkan keyakinan diri kerana sikap positif memancarkan sinar keceriaan, kegembiraan dan tahap kesihatan pada diri kita disamping memperbaiki hubungan dengan orang lain.
Takut
Ketakutan juga menjadi kebiasaan bagi seseorang yang baru mengalaminya. jauhi sikap ini kerana ia sebenarnya lebih memburukkan keadaan.
Cuba fokuskan diri kepada apa yang perlu kita lakukan. Fikirkan cara lain yang positif dan boleh membuatkan kita lupa akan ketakutan dan ketidak selesaan. Cara ini lebih efektif dan membuatkan kita sentiasa cergas dan mempunyai inisiatif untuk menyelesaikan masalah kita sendiri.
Malu
Jauhi sikap malu, kerana ia membuatkan kita kelihatan inferior daripada orang lain terutama ketika bersosial. Kesan daripada sikap malu ini, kita sering tidak dapat menunjukkan kebolehan diri. Kekadang orang melihat diri kita sebagai yang sombong dan tidak suka bergaul dengan orang lain.
Semua jenis makanan mempunyai potensi untuk menyebabkan alahan tetapi kebanyakan kes alahan hanya membabitkan beberapa bahan sahaja. Biasanya, seseorang yang mengalami alahan hanya akan bertindak balas terhadap makanan tertentu sahaja.
Secara amnya, makanan juga boleh menjadi faktor sumbangan terbesar serangan penyakit asma walaupun ia bukanlah penyebaba utama serangan asma ini.
Faktor-faktor lain seperti keturunan, komplikasi, persekitaran, dan bahan toksid dan udara juga memungkinkan seseorang itu menghidapi penyakit asma.
Keturunan
Ia merupakan penyakit genetik di mana saluran pernafasan penghidap menjadi sensitif dengan alahan tertentu termasuklah habuk, debunga, bulu haiwan, asap rokok, bahan-bahan kimia seperti cat, gam dan sebagainya. Dianggarkan sebanyak 80% penghidap asma mengalami masalah sinusitis (resdung) dan alahan pada makanan. Mereka juga mudah terkena penyakit kulit.
Komplikasi Asma ayang tidak dirawat boleh mengakibatkan paru-paru menjadi keras dan tidak dapat berkembang dengan baik. jika ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan paru-paru anda kehilangan fungsinya.
Persekitaran
Alahan pada habuk, serangga mati, bulu serta bakteria turut menjadi pemnyebab masalah asma. Alahan pada binatang peliharaan seperti kucing, anjing dan arnab juga menjadi puncanya. Alahan terjadi daripadasejenis protein yang dikeluarkan bersama air liur dan protein berkenaan melekat pada bulu. Bulu dan daki daripada kuping kulit kering ini seterusnya menjadi ringnan dan berterbangnan di udara ketika haiwan ini menggaru atau meggoyang-goyangkan badan terutama pada anjing dan kucing.
Bahan toksid dan udara
Bahan toksid lain seperti asap rokok, pewangi, cat bahan kimia rumah seperti pencuci lantai dan ubat nyamuk lingkar juga mendorong serangan asma. Tidak kurang juga keadaan sejuk seperti pendingin hawa, kipasangin, udara sejuk dipergungungan, debunga dan perubahan cuaca yang mendadak.
Pengambilan makan yang mempunyai kesemua nutrien yang diperlukan setiap kali anda menikmati hidangan adalah penting. Makanan seperti roti, beras, buah-buahan dan sayuran banyak mengandungi zat-zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan. Namun, sedarkah anda tentang makanan mana yang lebih baik untuk anda nikmati ?
Roti putih vs roti gandum penuh
Roti putih sememangnya kaya dengan khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan. Namun, roti mil penuh sebenarnya mengandungi lebih kalsium, zat besi dan selenium (antioksida) yang boleh membantu anda mencegah daripada kanser.
Beras putih panjang VS beras perang sederhana
Beras merupakan makanan rugi rakyat Malaysia dan biasanya beras putih menjadi pilihan dalam setiap sajian. Beras putih panjang merupakan pilihan terbaik setiap masa. Tetapi, siapa tahu sebenarnya secawan beras perang sederhana mengandungi enam kali lebih serat dan nutrien berbanding beras putih dalam jumlah yang sama.
Sos epal VS epal
Sebiji epal segar memberi dua kali ganda serat, kalsium dan vitamin C jika dibandingkan dengan satu sajian sos epal. Ia juga memberikan lebih potassium dan kurang sodium. Jadi, bagi yang sering mengambil sos epal, beralihlah kepada epal segar dalam hidangan anda.
Cip kentang VS biskut beras
Percaya atau tidak, cip kentang mengandungi lebih banyak kalsiumdan vitamin C. Namun, ada juga yang tidak baiknya. Setiap satu auns cip kentang mengandungi 158 kalori dan lebih 10g lemak. Sementara biskut beras tanpa lemak pula hanya memberikan 35 kalori. Oleh itu, makan biskut beras adalah pilihan yang baik.
Air merupakan satu agen yang amat berkesan bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Menurut Prof.S.Periasamy Dim dan D.Acc.Bohiraj Vedante Maharish Charity dari Kantha Health research Center, Karur, India. Berbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, asma, darah tinggi, kencing manis, penyakit mata, reumatisme, sakit buah pinggang, haid tidak teratur, kegemukan, leukimia, batuk, radaqng tenggorok, sembelit, dan lain-lain boleh disembuhkan dengan terapi menggunakan air.
Pengambilan yang mencukupi, membantu organ dalaman kita berfungsi dengan baik. Usus besar akan bekerja dengan lebih efektif dengan cara membentuk darah baru atau dikenali sebagai aematopaises.
Dalam proses mucousal fold (proses penghancuran bahan yang masuk ke dalam sistem pencernaan), usus besar dan usus kecildiaktifkan. Demikian juga darah segar yang baru juga diproses oleh muousal fold. Mekanisme ini boleh membersihkan usus. Dengan usus bersih, zat makanan mudah diserap. Zat makan itu diubah menjadi darah baru. Darah merupakan hal paling penting dalam penyembuhan penyakit dan memelihara kesihatan. Oleh kerana itu, air hendaklah diambil secara teratur.
Berikut langkah mudah membuang sisa racun dalam tubuh secara semulajadi :
Minum air Minum air sebanya 1.5L sehari atau sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
Perubahan diet
Toksid dalam badan tidak dapat dikeluarkan hanya dengan meminum air sahaja, ianya perlu disertakan dengan pengambilan makanan yang lebih bersifat semulajadi/organik. Kurangkan pengambilan makanan segera dan kalau boleh elakkan sama sekali.
Bagi mereka yang mengalami berat badan berlebihan, pengambilan air putih harus ditambah satu gelas bagi setiap 11kg berat yang berlebihan. Contohnya jika berat badan ideal ialah 50kg tetapi oleh kerana berat badan anda berlebihan sehingga mencecah 75kg, anda seharusnya minum paling sedikit 10 gelas air putih dalam sehari.
Tidur cukup
Sebahagian besar individu memerlukan tidur sekitar 6 heingga 8 jam sehari, untuk memberi kesempatan kepada tubuh untuk berehat dan segar kembali. Jadi, cubalah tidur lebih awal beberapa kali dalam seminggu. Amalkan minum segelas air sebelum dan sesudah bangun tidur.
Setiap yang hidup pasti akan mati.... Wasiat digalakkan sama ada pada masa musafir ataupun pada masa hadir. Wasiat dilakukan sebaik-baiknya dengan mengadakan saksi supaya tidak berlaku pertelingkahan dan sebagai mengukuhkan wasiat itu. terdapat kekhilafan dikalangan ulama ; adakah saksi dibolehkan daripada kalangan bukan islam dalam keadaan musafir atau tidak ? Mengikut jumhurul ulama antaranya Imam Syafie, Imam Maliki, dan Imam beberapa mazhab yang lain mengatakan tidak boleh orang kafir menjadi saksi walaupun dalam perkara wasiat. ini kerana, ayat ini membolehkan orang kafir menjadi saksi telah dinasakhkan oleh ayat yang lain dalam surah al-Baqarah yang bermaksud : "...daripada orang yang kamu redha di kalangan saksi." ( al-Baqarah 282) Dan juga firman Allah yang bermaksud : "...dan bersaksikanlah dengan 2 orang yang adil di kalangan kamu (orang-orang yang beriman)." Surah at-Tolaq :2. Orang yang adil ialah orang beriman dan tidak mengerjakan dosa besar dan tidak mengenali dalam mengerjakan dosa kecil dan tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah. Adapun orang kafir, mereka lebih daripada fasik. Orang fasikpun tidak boleh menjadi saksi, jadi bagaimana orang kafir yang lebih daripada fasik boleh menjadi saksi ? Adapun Imam Abu Hanifah (Imam mazhab Hanafi) menyatakan bahawa orang kafir boleh menjadi saksi dalam masalah wasiat berdasarkan ayat yang ditafsirkan ini....ayat yang dibaca ini adalah ayat yang 'muhkamah' (yang dipakai hukumnya) bukan ayat yang 'mansukhah' (yang dinasakhkan). Mengikut kaedah yang dipakai, mengikut ulama sekiranya terdapat percanggahan diantara dua ayat al-Quran, ayat yang pertama menyatakan orang kafir boleh menjadi saksi ketika musafir, yang disebut di dalam ayat al-Maidah merupakan surah terakhir diturunkan. Selepas itu Nabi SAW wafat. Apabila timbul pertelingkahan di antara 2 ayat, para ulama mengatakan ayat pertama dihimpunkan dan ia ditafsirkan dalam keadaan yang lain. sementara ayat yang satu lagi ditafsirkan dalam keadaan yang lain pula pula. Ayat yang mengatakan bahawa saksi daripada kalangan orang bukan islam dibolehkan untuk dilaksanakan ketika musafir, sementara ayat mesti orang Islam menjadi saksi dilaksanakan dalam keadaan yang sebaliknya. Ulama mengatakan sekiranya diketahui tarikh mana ayat yang terdahulu dan mana yang terkemudian, maka ayat yang kemudian menasakhkan ayat yang terdahulu. hukum yang kemudiandipakai sementara hukum yang terdahulu dibatalkan kerana yang yang kemudian membatalkan yang terdahulu dan ia dinasakhkan Allah melalui firmanNYA : Sekiranya tidak diketahui tarikg dan latar belakang diturunkan sesuatau ayat, biasanya khulafaur Rasyidin termasuk Abu Bakar, Umar, Othman, dan ali akan bertanyakan orang ramai dalam masjid tentang sesiapa yang mengetahui latar belakang turunnnya ayat tersebut. ada yang memberitahu latar belakang turun ayat berkenaan dan masa diturunkan dengan. Jika tidakdiketahui bila masaditurunkan mereka mentarjihkan ayat berkenaan dengan melihat mana lebih kuat hujahnya maka dipakai yang lebih kuat. Inilah punca timbulnya masalah kekhilafan dikalangnan ulama. kekhilafan juga berlaku diantaranya kerana perpindahan para sahabat. Ada sahabat yang pergi ke Syam, Yaman, Mesir. Perjalanan darat pada masa itu mengambil masa berbulan-bulan. Ditempat baru, mereka menggunakan ayat yang diturunkan sebelum mereka berhijrah. Kadang kala berlaku perselisihan dalam mentafsirkan ayat al-Quran termasuk dalam soal menyentuh perempuan. Perkataan LAAMASA dalam bahasa Arab boleh diterjemahkan dalam 2 makna ; pertama dengan maksud menyentuh kulit dan kedua dengan makna bersetubuh.
Al-Quran sebagai penawar, petunjuk hukum dan nasihat.
Sebagai umat Islam, kita wajib menghormati kandungan al-Quran. Kita seharusnya merasa senang hati, tenang apabila membaca atau mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Dalam al-Quran terdapat perkara yang boleh menenangkan hati pembaca yang resah serta gusar, terkilan dan yang berserabut fikiran. Tiada penawar yang paling mujarab Melainkan membaca al-Quran. Tidak perlu kita bersusah payah ke pantai untuk mendengar alunan ombak, cukup dengan membaca al-quran sahaja. Ini tidak bermakna kita tidak boleh pergi ke pantai dan tempat peranginan, kerana ia perkara harus. Tetapi jangan sampai timbul perkara lain yang menyebabkan jiwa resah gelisah, malam sukar tidur, tidak khusyuk solat kerana terlihat perkara yang ditegah syarak. Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang boleh menghiburkan hati. Justeru itu, orang Islam tidak perlu mencari altenatif lain untuk ketenangan jiwa. TADABBUR iaitu memikir untuk mentadbir segala urusan hidup, berkenaan persoalan hati dan jiwa. Umpamanya memikirkan keadaan ekonomi yang sempit, sedang masalah kehidupan begitu banyak dan pelbagai. Apa yang dimaksudkan dengan mentadbir ialah apa saja persoalan kehidupan duniawi, juga yang penting ialah permasalahan kehidupan yang abadi di akhirat. Demikianlah yang dimaksudkan tadbir urus atau TADABBUR, datang buah fikiran sedemikian apabila membaca al-Quran. Dalam al-Quran terdapat ayat mengenai suruhan serta larangnan, juga kisah keingkaran umat terdahulu serta pelbagai nasihat. Semuanya terkandung dalam al-Quran. TADABBUR berbeza dengan persoalan hati (HUDHURUL QALBI) yang mengajak supaya tumpu kepada al-Quran. Kekadang terlalu tumpu kepada bacaan al-Quran sahaja, hingga kita lupa untuk memikirkan tentang pahit manis kehidupan duniawi. Sedangkan maksud dan fungsi al-Quran diturunkan oleh ALLAH swt ialah untu tadabbur, oleh itu sunat membacanya dengnan tartil. Ini kerana denga tartil dari segi zahir membolehkan manusia memikir batinnya, justeru membaca deangan tenang dan tartil memberi peluang yang luas untuk berfikir dan memahami maksudnya. Syaidina Ali ra berkata "tiada kebajikan pada ibadah yangkita tidak mengerti dan tiada kebajukan pada bacaan al-Quran yang kita tidak mmemahami maksudnya". Oleh itu jika kita tidak dapat memahami maksudnya, kecuali dengan mengulangi bacaannya,maka ulangilah kerap kali hingga tercapai maksud sebenar. Seperti yang diriwayatkan mengenai Nabi SAW dalam solat malamnya, baginda sentiasa mengulangi ayat yang asama daripada tengah malam hingga fajar, iaitu ayat yang bermaksud : "Jika Engkau menyeksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Engkau, dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesunggunya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Maidah ayat 118) Demikianlah rayuan dan ratapan Nabi Isa as, melalui ayat yang diulang sebut oleh Rasulullah SAW dalam solat malam baginda. Jika ditimpakan azab maka azab itu akan mengenai hamba Engkau sandiri (bukannya orang lain), jika Engkau maafkan mereka, maka sememangnya Engkau Maha Pemaaf, Tuhan Yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana. Nabi SAW mengulangi bacaan tersebut dalam solat malamnya, kerana terasa amat terharu dan mengulanginya tanpa rasa bosan. Rasuullah SAW pernah ditanya oleh para sahabat' "Ya Rasulullah kenapakah aku kalau membaca al-Quran terlalu gemar membaca Qulhu wallahu ahad (surah al-ikhlas) ?" Lalu baginda SAW menjawab "kasihnya engkau kepada surah tersebut boleh membawamu ke syurga" Kerana surah al-ikhlas mengandungi sifat-sifat Allah SWT. Sabda Nabi SAW jika membawa Qulhu wallah 3 kali, sama dengan tiga kali khatam Quran. Antara sifat Allah yang terkandung dalam surah al-ikhlas ; "Dialah Allah Yang maha Esa, Allah adalah Tuhan tempat seluruh makhluk bergantung hasrat kepadaNYA. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara denganNYA". Memahami Al-Quran secara beransur-ansur, iaitu bahawa dia berusaha menjelaskan tiap ayat perkara yang layak dengan ayat itu. Ini kerana Al-Quran itu mengandungi sifat-sifat ALLAH SWT serta menyebut ciptaanNYA yang sangat hebat. Ia mengisahkan ehwal para nabi juga ehwal orang yang melawan dan mendustainya. Mengisahkan juga akibat kesudahan penentangan para nabi dan mursalin, yang dibinakan oleh Allah SWT. Disamping diceritakan semua itu, yang penting al-Quran menjelaskan segala suruhan dan larangan Allah SWT, untuk kesejahteraan insan hidup di dunia yang sementara. Ia menyatakan nikmat syurga yang dikurniakan kepada golongan yang taat dan muttaqin, azab neraka yang dikhaskan untuk para penderhaka....
Name: Nojie Alias Home: Al Khor, Qatar About Me: Ibu kepada 4 orang anak ( 2 putera dan 2 puteri). Sedang belajar mengenali diri sendiri dan yang Maha Pencipta...semoga Allah perkenankan segala impian dan cita-cita. Amin.... See my complete profile