Nojie Alias

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

 
Hadis
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا. وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا.

Maksudnya:

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kebenaran, dia mendapat ganjaran pahala sama seperti ganjaran pahala orang-orang yang mengikuti ajakannya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka.

Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, dia mendapat dosa sama seperti dosa orang-orang yang mengikutnya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.

Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Munajat Seorang Hamba

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM....

ALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIN

WASSALATU WASSALAMU A'LA ASHRAFI AMBIYAAI ALMURSALIN WA A'LA ALIHI WASAHBIHI AJMA'IN

Ya allah, Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat islam masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon apa yang telah dipohonkan oleh nabi Muhammad SAW dan kami meminta perlindungan daripada apa yang pernah diminta baginda SAW. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohon syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa kami ke arahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah ya Tuhan kami, engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin. berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami. Tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman, dan amal. Hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami kami pohon kepada Engkau Iman yang sempurna, Ilmu yang memberi manfaat, Rezeki yang halal, Anak yang soleh, Rumahtangga yang bahagia, Usia yang berkat, Doa yang mustajab, hajat yang tertunai, Kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, Keselamatan di dunia dan di akhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau di hati kami, hidupkanlah hati ini dan segala yang terbuku di hati kami, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini ke[pada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami, selamatkanlah hati kami daripada sifat-sifat yang keji dan jauhilah kami daripada perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan Kerajaan-kerajaanMu dan masda depan kami di akhirat nanti. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini hambaMu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya. Berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami, supaya dapat kami melakukan segala yang diperintah oleh Engkau, meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Engkau.

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam Iman dan matikanlah kami dalam Iman, selamatkanlah Iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembus nafas yang terakhir. Ya Allah Ya Tuhan, selamatkanlah kami semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman dari taman syurga, selamatkanlah kami daripada seghala angkara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar. Selamatkanlah kami Ya Allah semasa berada di padang Mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan 'Arasy Engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkan kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami Ya Allah dengan hisab yang ringan, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat nabi kami, Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hambaMu ini, hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan. Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam Nabi kami al-Kauthar. Selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.

Ya Allah Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam syurga Engkau bersama orang-orang yang memasukinya.

LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHI A'LIYYIL A'ZHIM

Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat nabi kami Nabi Muhammad SAW dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.

RABBANAA ATINAA FIDDUNYAA HASANAH WAFIL AKHIRATI HASANAH WAQINAA A'ZAABANNAR SUBHAANA RABBIKA RABBIL I'ZZATI A'MMA YASIFUUN WASALAAMUN A'LAL MURSALIIN WALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIIN

Waktu Sembahyang


RTM 1

Klik Untuk Skrin Besar
RTM 2

Klik Untuk Skrin Besar
TV3

Klik Untuk Skrin Besar
TV9

Klik Untuk Skrin Besar





TANDA TAUBAT KITA DITERIMA ATAU SEBALIKNYA
Sunday, March 29, 2009
Syarat-syarat Taubat Diterima di Sisi Allah

1. Menyesal bersungguh-sungguh terhadap dosa yang pernah dilakukan dan berazam untuk tidak kembali lagi melakukan dosa tersebut.

2. Memohon ampun walau sebesar mana dosa yang pernah dilakukan dengan penuh harapan agar Allah memaafkan.

Allah berjanji mengampunkan dosa-dosa melalui ayat 110 Surah al-Nisa’,

وَ مَنْ يَّعْمَلْ سُوْٓءًا اَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهٗ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللّٰهَ يَجِدِ اللّٰهَ غَفُوْرًا رَّحِيْمًا‏

Maksudnya:
Sesiapa yang melakukan perkara buruk atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan dapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Allah berjanji mengabulkan doa melalui ayat 60, Surah Ghafir,

وقال ربكم ادعوني أستجب لكم إن الذين يستكبرون عن عبادتي سيدخلون جهنم داخرين

Maksudnya:
Allah telah berkata; Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doamu. Syarat doa diperkenankan ialah dengan berdoa sepenuh hati.

ادعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة، واعلموا أن الله لا يستجيب دعاء من قلب غافل لاه

Maksudnya:
Berdoalah kepada Allah dalam keadaankamu yakin Allah akan memperkenankannya. Sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan tidak bersungguh. Hadis direkodkan oleh Imam al-Tirmizi.

3. Tauhid yang benar.
Maksudnya akidah kita betul dengan mengesakan Allah sebagai Tuhan yang layak disembah.

Bagaimana rasanya setiap kali selepas mandi ? Apatah lagi jika kita mandi menggunakan sabun dan syampu yang aromanya semerbak wanginya ? Badan terasa segar dan cergas kembali, bukankah begitu ?

Begitulah hidup kita, dosa-dosa ialah kotoran yang menggelapkan hati menyebabkan hidup terasa tidak ceria dan bersemangat.

Basuhlah dosa-dosa dengan solat dan taubat.
Hargailah nikmat ‘menyesal’ dan ‘rasa bersalah’ yang Allah campakkan dalam diri kita. Sambutlah lambaian Allah tersebut dengan kembali kepadaNya dengan sebenar-benar kembali.
Taubat yang bersungguh dan doa yang penuh mengharap itu akan menyegarkan jiwam kita semula.
Pedulikan apa kata orang. Apa yang penting Allah sangat luas rahmat dan keampunanNya. Ingatilah, saat sakaratulmaut menjemput kita, Allah satu-satunya zat yang dapat menyelamatkan kita.

Walau sejuta pujian atau sejuta kejian manusia terhadap kita sedikit pun tidak dapat membantu kita saat penuh debaran itu. Pandanglah hari ini dan hari yang akan datang kerana Allah sudi mengampunkan dosa-dosamu. Selaklah lembaran ‘Surat Cinta Ilahi’ yakni al-Quran setiap hari.Di sana, akan kau temui siraman demi siraman kasih Allah padamu yang tidak bertepi.

Akhir kata, Allah yang Maha Mengetahui tahu bahawa akan ada saat-saat manusia dihambat rasa putus asa dan lemah semangat. Justeru awal-awal lagi Allah rakamkan dalam al-Quran ayat 53 hingga ayat 54 Surah al-Zumar,

قُلْ يٰعِبَادِىَ الَّذِيْنَ اَسْرَفُوْا عَلٰٓى اَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوْا مِنْ رَّحْمَةِ اللّٰهِ‌ؕ اِنَّ اللّٰهَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ جَمِيْعًا‌ؕ اِنَّهٗ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ‏

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Ayat 53

وَاَنِيْبُوْۤا اِلٰى رَبِّكُمْ وَاَسْلِمُوْا لَهٗ مِنْ قَبْلِ اَنْ يَّاْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُوْنَ‏

Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah sepenuh hati kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan lagi. Ayat 54

وَاتَّبِعُوْۤا اَحْسَنَ مَاۤ اُنْزِلَ اِلَيْكُمْ مِّنْ رَّبِّكُمْ مِّنْ قَبْلِ اَنْ يَّاْتِيَكُمُ الْعَذَابُ بَغْتَةً وَّاَنْتُمْ لَا تَشْعُرُوْنَۙ‏

Serta turutilah sebaik-baik apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhanmu (yakni al-Quran sebagai panduan hidup), sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedangkan kamu tidak menyedarinya.Ayat 55

Bacalah penerangan Hadis 42 dalam buku Syarah Hadis 40 Imam Nawawi. Pengarangnya ialah Dr Mustafa al-Bugho dan Muhyiddin Misto.Terdapat syarahan panjang lebar berkenaan taubat dan keluasan rahmat Allah.

Insya Allah, dengan ilmu mengenal Allah, kita akan lebih dekat denganNya dan semakin berwaspada dengan bisikan-bisikan iblis. Iblis hanya mahu menambah kawan di neraka sedangkan Allah mahu kita menikmati ketenangan hidup di dunia dan bahagia di akhirat.
Apa yang baik milik Allah jua.

Labels:

posted by Nojie Alias @ 3:14 PM   0 comments
Amalan sebelum tidur
Saturday, March 28, 2009
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :


1. Sebelum khatam Al Qur'an,


2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,


3. Sebelum para muslim meridloi kamu,


4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....


"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"


Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Bismillaahirrohmaan irrohiim, Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' (3 x)


Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )


Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )


Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )


Labels:

posted by Nojie Alias @ 6:00 PM   0 comments
4 PERINGATAN

Telah bersabda Nabi Muhamad SAW yang maksudnya:" Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh.Maka....

1. Akal boleh hilang disebabkan marah.

2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.

3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.

4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.



Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-

1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.

2. Para ahli waris akan menarik hartanya.

3. Ulat akan menarik tubuhnya

4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya dihari kiamat iaitu AMALNYA.



Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:

1. Memberi maaf pada waktu marah.

2. Suka memberi pada waktu susah.

3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.

4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.


Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).

2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana@musibah.

3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.

4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.


Wallahualam

Labels:

posted by Nojie Alias @ 5:24 PM   0 comments
RENUNGAN BUAT SEMUA
RENUNGAN KITA BERSAMA ...SEMBAHYANG AKHIR WAKTU

RUPA-RUPANYA ADA CERITA KALAU KITA LEWATKAN SEMBAHYANG KITA. JIKA BERPUASA AMALAN KITA DIRECT TERUS PADANYA. TAPI JIKA BERSEMBAHYANG ADA POSMEN PULA UNTUK MENGHANTAR AMALAN KITA PADANYA. KISAHNYA.... -.SETIAP KITA ADA MALAIKAT. MALAIKAT YANG TUGASNYA MENGHANTAR AMALAN SEMBAHYANG KITA PADA ILAHI..


UNTUK MENYAMPAIKAN AMALAN KITA DIA PERLU MELALUI TOL-TOL DISETIAP LAPISAN LANGIT, DIMANA SETIAP PENJAGA TOL, KRONI MALAIKAT JUGA. JIKA SEMBAHYANG DI AWAL WAKTU, TOLNYA "FREE". SEKATAN TOL TIADA. TIADA "JEM". MALAIKAT TERUS SAMPAIKAN AMALAN PADA ALLAH UNTUK DINILAIKAN. TAPI JIKA SEMBAHYANG DIAKHIR WAKTU, TOL FREE JUGA, TAPI SEKATANNYA ... MASYAALLAH.. -.


DI LANGIT PERTAMA,
PENJAGA TOL MARAHKAN POSMEN KITA, KENAPA LEWAT POSKAN AMALAN KITA. MERAYU-RAYU MALAIKAT POSMEN KITA MINTA DIBERI LALUAN TETAPI PENJAGA LANGIT PERTAMA TIDAK PEDULI. DICAMPAKKAN AMALAN LEWAT SEMBAHYANG TADI KE BUMI. MAKA JATUH BERDERAI, DIKUTIP SEMULA OLEH MALAIKAT POSMEN KITA. SATU PERSATU DIKUTIP SAMBIL TERUS MERAYU UNTUK KELAPISAN LANGIT KE-DUA.


DI LANGIT KEDUA
SAMALAH JUGA, MEMBEBEL LA MALAIKAT KERANA LEWAT HANTAR AMALAN..MERAYU LAGI KAWAN KITA TETAPI TAK DIPEDULIKANNYA LALU DILEMPARKAN AMALAN LEWAT SEMBAHYANG KITA TADI. JATUH BERDERAI LAGI, DIKUTIP SATU PERSATU AMALAN KITA. DIRAYU LAGI UNTUK DISERAHKAN AMALAN KITA PADA TUHAN.

DI LANGIT KETIGA
KENA BASUH LAGI MALAIKAT POSMEN KITA. KENAPA LEWAT HANTAR AMALAN TERSEBUT. TIADA KOMPROMI, TERUS DIBALING AMALAN KITA. JATUH BERDERAI AMALAN KITA. TAK ADA NILAI DAN TIADA LAGI DIKUTIP DAN DIRAYU LAGI. MAKA TAK SAMPAILAH AMALAN KITA KEPADA ALLAH..SEOLAH- OLAH KITA TAK SEMBAHYANG JUGA. MAKA BERSEDIALAH KITA MENERIMA PEMBALASANNYA. TAK DIDUNIA, DIAKHIRAT, HILANG DUIT, HATI RISAU, TENDER DITOLAK, UJIAN BERTIMPA-TIMPA. TAK BERBALOI RASANYA KITA BUAT AMALAN TAPI TAK SAMPAI. DAHLAHTU TAKDE NILAI, KENA AZAB LAGI NANTI.

YA ALLAH, AMPUNKAN KAMI KERANA LALAI. SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG. JADIKAN HATI KAMI SUKA SEMBAHYANG DI AWAL WAKTU. GAWATKAN HATI KAMI SELAGI KAMI TAK SEGERAKAN; BIARLAH KAMI GAWAT DI DUNIA AGAR KAMI TIDAK GAWAT LAGI DIHARI AKHIRAT KELAK. AMIN.


KEPADA YG SELALU SOLAT ZOHOR HAMPIR DENGAN WAKTU ASAR TU, DAN WAKTU SOLAT ASAR HAMPIR DENGAN AZAN MAGHRIB ...ATAUPUN YANG SENGAJA MENINGGALKAN SOLAT...ATAUPUNDAN BIASA TINGGAL SOLAT...

Labels:

posted by Nojie Alias @ 3:25 PM   0 comments
Nasihat daripada Pakar Herba Malaysia
Pakar dari Malaysia beri panduan jaga kesihatan cara tradisional. HAMPIR semua orang mengamalkan memberus gigi sebelum mandi dan kemudian bersarapan.

Dalam konteks kesihatan, kita digalakkan supaya mengamalkan minum segelas air putih setiap pagi sebelum membersih gigi atau mengamalkan meminum air bercampur limau diikuti dengan meminum tiga hingga empat gelas air putih. Amalan ini adalah bertujuan untuk 'membersihkan' usus dengan membuang toksin di dalam badan.Itu adalah saranan Dr Yasmeen Haji Mohammed dari Malaysia, berkelulusan doktor falsafah (PhD) dalam jurusan tumbuh-tumbuhan (botanis) yang pernah tinggal di dalam hutan untuk membuat penyelidikan.

Beliau adalah seorang pakar herba dan tumbuh-tumbuhan dan antara lain bertugas menghasilkan produk- produk kosmetik dan kesihatan dengan menggunakan bahan-bahan asli.Dr Yasmeen yang juga penasihat Permata HijrahEnterprise, sebuah syarikat pengeluaran toner mata yang salah satu bahan yang digunakan adalah air zamzam, berada di sini bagi menyampaikan ceramah Selembut Dakapan Alam di Masjid AlKhair, baru-baru ini.Majlis anjuran bahagian Muslimah Masjid AlKhair itu turut mengadakan pemeriksaan mata percuma oleh Permata Hijrah.


Dr Yasmeen berkata: 'Dulu kita digalakkan minum air yang berunsurkan alkali seperti air hujan yang turun dari langit. Namun hari ini kita tidak digalakkan menadah air hujan sebab sebelum sampai di bumi, air hujan itu telah dikotori dengan pelbagai bahan pencemaran udara seperti asap.'


Mungkin kita tidak sedar bahawa air liur mengandungi alkali, sebab itu apabila kita makan, kita mengunyah dulu dan air liur akan bertindak mematikan kuman yang terdapat dalam makanan.'Kuman tidak boleh hidup dalam air yang mengandungi alkali. Sebab itulah toner mata keluaran Permata Hijau menggunakan air alkali bagi mengelak kuman hidup dalam mata.'


Dr Yasmeen menarik perhatian bahawa untuk menjaga mata ialah melakukan senaman mata selain memakan buah 'billberry'.Menyentuh tentang makanan seimbang, beliau berkata tubuh badan memerlukan makanan sihat seperti sayuran yang mendapat cahaya matahari terbit sebanyak 90 peratus, sedangkan manusia hanya mendapat 10 peratus saja sinarannya.


Justeru, menurutnya, manusia digalakkan makan sayur-sayuran terutama yang berwarna hijau yang dapat menyihatkan tubuh badan. Pada masa yang sama kita juga memerlukan vitamin C iaitu sekurang- kurangnya 1,000 gm atau enam biji oren.Jika kita tidak dapat menyediakan 1,000 gm vitamin C sehari, maka amalkan makan vitamin tambahan bagi mengelakkan masalah sembelit dan sakit urat.Menurutnya, kalau terasa sakit pinggang, amalan memakan blackcurrant adalah baik untuk menambah vitamin C, manakala jika hendak 'mencuci' usus pula, minum jus belimbing besi dan peria katak yang dikisar sendiri boleh membantu.'Jika anda dapati peria katak itu pahit rasanya, rendamkannya dengan air garam dan kemudian cuci bersih. Amalkan tiap tiga kali seminggu agar anda dapat merasakan manfaatnya,' ujarnya.


Dr Yasmeen berkata jika anda sering sakit kepala, petuanya ialah dengan merendam daun bunga raya dalam air, kemudian ramas daun itu sebelum menyapunya di atas kepala. Lendiran daripada daun itu pula boleh digunakan untuk sakit kulit.'


Sate adalah hidangan istimewa apabila anda menjamu selera bersama keluarga, sedangkan tanpa kita disedari hangusan daging sate yang dibakar mengandungi karbon. Jadi sebab itulah hidangan sate disajikan dengan timun agar dapat mencegah ketumbuhan akibat karbon tersebut.


'Mi segera yang mempunyai pelbagai jenama memang cepat dimasak dan mudah dimakan, sedangkan ia berbahaya. Bagaimanapun ia kurang elok kerana mi segera diselaputi bahan kimia,' jelas Dr Yasmeen.Beliau turut menegaskan bahawa amalan meminum minuman sejuk berais akan menambahkan kemudaratan badan sebaliknya jika badan terasa panas, rebus serai wangi dengan daun pandan, kemudian minum airnya.

Labels:

posted by Nojie Alias @ 2:39 PM   0 comments
POLIGAMI : ADILKAH SUAMI ?
Tuesday, March 24, 2009
Malam kian larut. Seorang isteri menunggu-nunggu suaminya pulang. Mereka ini pasangan baru berkahwin. Suaminya aktivis dalam masyarakat. Siang berkerja, malam berceramah. Tidak larat lagi menongkat mata, si isteri masuk ke bilik dan merebahkan badannya ke katil. Dia baring mengiring. Kemudian dia terlelap.

Si isteri tersedar tatkala mendengar derap kaki melangkah masuk ke bilik. Dia terus berpura-pura tidur. Buat seketika, si isteri membiarkan suaminya bersalin pakaian terlebih dahulu. Perlahan-lahan si suami merebahkan badan di samping isteri. Sedikit pun dia tidak mengusik isterinya yang sedang tidur. Si isteri yang sebenarnya sudah tersedar itu menunggu-nunggu lagi.
“Peluklah sayang, abang.” Bisik hatinya. Puas menunggu, tiada apa-apa reaksi dari suaminya. Malam terus berlalu. Si isteri sedikit kecewa.


Esoknya, isteri bertanya, “Kenapa abang tak peluk sayang semalam.” “Abang sangka sayang sudah tidur. Abang tidak mahu menganggu sayang sebenarnya. Mungkin sayang letih. Lagi pun sayang sedang alami alahan hamil, bukan?”
**************


Secebis kisah di atas merupakan perkara biasa berlaku di kalangan suami isteri. Sebenarnya baik isteri mahupun suami sukakan belaian dari pasangannya. Bagi isteri, sentuhan, belaian dan ciuman mesra suami yang didambakan tidak semestinya melibatkan hubungan intim. Ia sudah cukup memenuhi keperluan emosinya yang mahukan perhatian dari suaminya. Hubungan intim pula hanyalah seperti fitrah makan dan minum. Bila lapar dan dahaga, baru kita akan makan dan minum.


Manakala sentuhan-sentuhan ringan, pelukan mesra dan ciuman seboleh-bolehnya dilakukan setiap hari. Banyak sedikit bergantung pada keadaan. Iya lah..siang-siang, masing-masing sibuk dengan tanggungjawab mencari nafkah dan mengurus keluarga.
**************


Apa yang dinukilkan di atas merupakan salah satu sunnah Nabi Muhammad s.a.w. yang jarang diberi perhatian oleh para suami hari ini. Kebanyakan suami, bila dia mahu ‘sesuatu’ dari isterinya barulah dia mahu menyentuh isterinya. Justeru, tidaklah pelik jika isteri merasakan dia bagai ‘alat memuaskan nafsu’ sahaja. Fitrahnya mahu bermanja tidak terpenuhi. Aisyah r.a menceritakan,“Rasulullah suka mencium sebahagian isteri-isterinya sedangkan dia berpuasa. Kemudian isteri-isterinya akan ketawa.”


Lihatlah, isteri-isteri Rasulullah yang bertaraf Ummahatul Mukminin itu pun suka dicumbu mesra. Mereka ketawa bila Rasulullah melakukannya kerana merasa gembira. Rasulullah s.a.w juga pernah mandi bersama isterinya sedangkan dia berpuasa. Dalam satu kisah lain, Aisyah r.a bercerita, “ Nabi s.a.w suka mencium dan bersenda gurau atau bersentuhan kulit dengan isterinya, padahal waktu itu dia sedang berpuasa.”



Zainab anak perempuan Ummu Salamah mendapat cerita dari ibunya, “Pada satu ketika, aku bersama Rasulullah s.a.w dalam satu selimut kain tenun. Tiba-tiba aku didatangi haid lalu aku keluar perlahan-lahan. Setelah itu aku mengambil kain untuk dipakai menahan haid. Kemudian Rasulullah berkata, ‘Ada apa dengan kamu? Adakah kamu haid?’ Aku menjawab, ‘Ya.’ Kemudian aku masuk lagi ke dalam selimut bersama Rasulullah.”



Semua hadis di atas direkodkan oleh Imam Bukhari. Kita dapat lihat betapa Rasulullah merupakan seorang suami yang sungguh romantik. Keadaan berpuasa dan isterinya yang sedang haid tidak menghalang dia bermesra dengan isteri-isterinya. Keadaan ini memang digemari kaum wanita. Mereka tetap suka pada sentuhan mesra pada bila-bila masa.



Rasulullah berpoligami setelah usianya 50-an ke atas. Kebanyakan isterinya pula merupakan wanita berumur lanjut, janda dan balu. Apa yang dapat kita fahami dari hadis-hadis ini ialah romantiknya Rasulullah berkekalan pada usia senja. Isteri-isterinya kecuali Aisyah juga sudah senja usia mereka waktu itu.



Kita dapat lihat pasangan Mat Salleh masih berpimpinan tangan berjalan sedangkan wajah mereka kedut seribu. Berpimpin tangan itu adalah bentuk sentuhan dan belaian yang sesuai bila berjalan di tempat awam. Kalau kita bagaimana pula? Isteri yang semakin senja itu adakah masih dibelai mesra seperti muda-muda dahulu? Atau kita fikir hanya yang muda layak menerima sentuhan kasih seorang suami?

Meow...! Eh...sayang pun tahu sunnah Nabi ye...meow...romantiknye... sukalah kalau selalu camni.
********


Buat para suami yang berhasrat menambah cawangan, cubalah tanya diri sendiri, adakah sunnah ini sudah dilakukan dengan seorang isteri? Jika belum, mulailah secara amali dengan isteri sedia ada terlebih dahulu. Jika isteri yang ada pun merasa sepi walau suami di sisi, bagaimana pula suami yang begini akan mampu memenuhi emosi isteri kedua, ketiga dan keempat nanti?



Sebagai wanita yang telah bersuami, saya faham pada keluhan sebahagian isteri yang berpendapat suaminya belum mampu untuk berpoligami. Namun ramai suami yang tidak faham apa sebenarnya yang isteri impikan berpendapat isterinya saja-saja tidak reda dengan ketentuan Allah yang mengharuskan poligami. Tuduhan seperti itu menambah luka di hati isteri yang sedia sepi dan rindu. Rindu pada yang ada di hadapan mata namun terasa jauh. Terasa jauh dek jauhnya pengertian suami tentang keperluan emosi isterinya



Beberapa sahabat saya yang bersuamikan individu yang memahami kebutuhan wanita mampu hidup bahagia dengan madunya. Dengan kata lain, suami begini bukan hebat menyebut sunnah pada kuantiti isteri tetapi hebat pada amalan menurut sunnah Nabi dari segenap segi. Hati yang bertaut cinta pada Allah. Lidah yang sentiasa basah dengan zikrullah. Teguh imannya sehingga melihat amanah dan tanggungjawab sebagai beban yang harus dielakkan. Bukannya yang perlu diusahakan supaya datang. Bila datang amanah tanpa dipinta, janji Allah untuk membantu melunasi tanggungjawab pasti terlaksana.



Justeru, suami-suami yang mahu berpoligami tetapi mendapat reaksi kurang menyenangkan dari isterinya, muhasabahlah diri sendiri dahulu sebelum menuding jari kepada pihak isteri.

Labels:

posted by Nojie Alias @ 6:10 PM   1 comments
BANTUAN KECEMASAN
Saturday, March 21, 2009
BANTUAN KECEMASAN UNTUK PESAKIT ANGIN AHMAR / STROKE


Alat yang diperlukan ialah jarum suntikan ataupun jarum jahit yang kebiasaanya ada di rumah. Ianya adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dengan izin Allah dan merupakan cara yang agak luar biasa untuk sembuh dari penyakit angin ahmar yang boleh membawa kepada lumpuh jika tidak dirawat dengan segera.


Risalah ini diterjemah dari risalah asal berbahasa Inggeris. Bacalah untuk pengetahuan anda dan mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan anda terkena penyakit ini suatu hari nanti. Ianya amat menakjubkan jika berhasil, luangkan masa anda untuk membacanya dengan teliti dan simpan risalah ini sebab mungkin ada nyawa seseorang yang boleh diselamatkan dengan izin Allah melalui tip-tip yang akan dibincangkan.

Bapa saya meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar 3 tahun lalu, setelah terlantar lumpuh selama sebulan. Masa itu saya tidak tahu apa-apa tentang rawatan kecemasan untuk pesakit angin ahmar. Walau bagaimanapun masih belum terlewat untuk kita kongsi bersama. Sila baca dan sampaikan kepada saudara-mara serta rakan-rakan anda.


Yayasan AMAL tidak mempunyai ramai sekarelawan perubatan bagi memenuhi permintaan rawatan dari masyarakat setempat. Semoga buletin seumpama ini boleh membantu anda melakukannya sendiri.Apabila serangan angin ahmar mengenai seseorang, kapilari darah di dalam otaknya menghadapi risiko untuk pecah. Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru terkena angin ahmar dan tidak sedarkan diri, pertama sekali anda jangan panik dan bawa bertenang. Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada, jangan alihkan ke tempat lain. Kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa terus pecah. Bantu mangsa untuk duduk dan sokong badannya supaya tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula, keadaan mungkin akan bertambah buruk. Jika di rumah anda ada jarum suntikan (alat yang terbaik), jarum jahit atau pin baju yang tidak berkarat, segera panaskan dengan api untuk disterilkan. Kemudian dengan berhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1 mm dalamnya,seperti rawatan akupuntur. Cucuklah sehingga menitiskan darah, jika perlu picitlah jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan setitis darah tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula. Jika berlaku perubahan betuk mulut, tarik telinganya sehingga kemerahan. Kemudian cucuk kedua belah telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah.Beberapa minit kemudian Insya Allah, mangsa akan sedar semula.


Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa dia ke hospital.Memanggil ambulance semasa mangsa pengsan dan mengejarkannya ke hospital secara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa pecah dan berlaku pendarahan. Sukar untuk mangsa dipulihkan apabila keadaan ini berlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang sepenuhnya, walaupun dia mampu berjalan semula. ”Saya belajar tentang menitiskan darah bagi menyelamatkan nyawa dari seorang doctor tradisional Cina bernama Ha Bu-Tung yang tinggal di Sun-Juke. Selain itu saya juga berpengalaman mempraktikkannya. Sebab itu saya yakin cara ini adalah berkesan 100%” menurut seorang pengamal kaedah rawatan ini. Tambah beliau lagi ”Pada tahun 1979, ketika itu saya sedang mengajar di Kolej Fung-Gaap dekat Tai- Chung. Tiba-tiba seorang guru lain berlari ke kelas saya dan mengadu; “En. Liu, penyelia kami diserang angin ahmar!.”Saya pun bergegas ke bilik beliau di tingkat 3. Saya lihat penyelia kami, En.Chen Fu-Tien, telah menjadi pucat, percakapannya tak difahami, dan ada tanda-tanda serangan angin ahmar. Saya segera menyuruh pelajar saya membeli jarum suntikan di farmasi dan terus menyuntik jari-jarinya. Apabila kesemua 10 jarinya menitiskan darah,(setiap jari setitis darah), selang beberapa minit muka En Chen kembali kemerahan dan dia membuka matanya. Malangnya mulut beliau masih belum normal, jadi saya menarik telinganya untuk mengalirkan darah ke situ. Bila telinganya kemerahan, saya menyucuk kedua-dua telinganya sehingga menitiskan 2 titik darah. Selepas 3-5 minit, bentuk mulutnya kembali normal dan percakapannya kembali jelas. Kami memberikan dia secawan teh panas, merehatkannya seketika sebelum membawanya ke Hospital Wei Wah. Dia ditahan semalaman dan dibenarkan keluar keesokan harinya untuk terus bertugas di sekolah. Keadaan beliau kembali seperti biasa, tiada apa-apa kesan angin ahmar.



Kebiasaanya mangsa angin ahmar yang mengalami pendarahan di otak dalam perjalanan ke hospital adalah sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Angin ahmar adalah antara penyebab utama kematian. Mereka yang bernasib baik dipanjangkan umur tetapi kebanyakannya lumpuh sehingga akhir hayat. Penyakit angin ahmar ini ada kemungkinan untuk mengenai sesiapa sahaja. Jika semua di antara kita boleh mengingati kaedah penitisan darah ini dan memulakannya segera, dalam jangka masa pendek, mangsa-mangsa boleh kita selamatkan dengan izin Allah dan ada harapan pulih seperti sediakala. Diharapkan kaedah bantuan kecemasan mangsa angin ahmar ini dapat dihebahkan supaya penyakit ini tidak tersenarai sebagai penyebab utama kematian di kalangan kita. SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MAUT DAN SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MENGHADAPI MAUT.

Labels:

posted by Nojie Alias @ 11:12 AM   3 comments
PETUA KEKAL BAHAGIA DARIPADA USTAZAH NURBAHYAH



Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

Siti Nur Bahyah berkata,
1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata! , P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwanya kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.
posted by Nojie Alias @ 11:05 AM   0 comments
CINTA TAK DIUNDANG
Saturday, March 14, 2009
“Seringkali juga saya dikemukakan persoalan cinta di tengah jalan dakwah. Sudah beberapa generasi adik-adik yang berusrah dengan saya bertanyakan soal hati. Lazimnya mereka ini menjaga batas pergaulan seberapa yang boleh.” Namun, semasa tempoh berurusan itulah, tiba-tiba hati berdetup-detap pada seseorang. Hati itu sensitif pada individu tertentu sahaja dan bukan pada semua orang yang berurusan dengannya. Kalau dengan semua orang atau lebih seorang, hati mahu dup-dap…dup-dap… ini kes tidak normal pula. Harus jumpa doktor kalau begitu. Lelaki tidak mengapalah sebab dia ada kuota sampai empat.


Jika individu yang dilamun ‘jatuh hati’ ini berlatar belakang pendidikan agama dan keluarga juga menitik beratkan amalan agama. Dia ada ‘imunisasi’ jugalah sedikit sebanyak. Dilawannya ‘cinta’ itu dengan istighfar dan zikrullah. Namun… aduh… teringat-ingat juga pada si dia. Susahnya mahu dilawan perasaan halus yang datang.


Tidaklah salah jika kita meminati seseorang kerana agamanya. Ini untuk gadis yang belum kahwin. Dalam masa yang sama kita punya hasrat serius mahu menikahinya. Bagi kes ini; solat hajat, solat istikharah dan bincang dengan ibubapa adalah ikhtiarnya.
Biasanya, perasaan yang benar itu tidaklah pula membuatkan empunya diri angau dan lagha dari Allah. Suka, suka juga namun rasional masih ada. Cinta itu pula tidaklah boleh ditafsir sesuka hati berdasarkan amalan orang awam. Cinta itu sudah disebut oleh Allah dalam al-Quran dengan segala konsep dan amalannya yang indah dan murni.

Tip yang dilakarkan di bawah ini adalah untuk kes ‘lamunan hati’, ‘jatuh hati’ dan ‘cinta’ buatan iblis. Cinta karya iblis inilah yang dinamakan ‘cinta itu buta’. Buta dari melihat reda dan murka Allah. Buta dari melihat panduan-panduan Islam sebagai pedoman. Sasaran utama virus ‘cinta buta’ ialah remaja yang tidak faham Islam, individu yang membelakangkan Quran dan Sunnah walau dia faham Islam. Justeru timbullah kisah jijik dan sampah antara isteri A dengan suami B, lelaki dan lelaki, cinta dengan ipar dan pelbagai spesis lagi. Mereka yang sedar sedang dihinggapi virus ‘cinta buta’ ini bolehlah cuba-cuba vaksin berikut:

Tip menyisih cinta yang tidak diundang.


1. Yakin pada Allah Yang Maha Memahami.
Kasihan adikku yang sedar akan gangguan hati yang datang. Ketahuilah adikku… Allah memahami perasaanmu. Allah Yang Maha Mendengar tahu engkau bersungguh-sungguh datang kepadaNya… mengabdikan dirimu padaNya seluruh jiwa raga… namun apakan daya… engkau hanya insan lemah.



2. Tipu daya syaitan sangat lemah sebenarnya.
Allah memberitahu kita bahawa syaitan dan tipudayanya itu lebih lemah selagi engkau berterusan menyeru namaNya. Allah berkata dalam surah al-Nisa’, ayat 76,

اِنَّ كَيْدَ الشَّيْطٰنِ كَانَ ضَعِيْفًا
Sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.
Justeru jangan berhenti dari mujahadah. Meskipun engkau sering keletihan melawan perasaan.


3. Menjauhkan diri dari si dia yang menjadi wasilah iblis untuk melalaikan hatimu.
Jauhkan diri dari bertemu si dia selagi boleh. Kalau terpaksa bertemu kerana ada urusan, maka berusahalah meringkas- padatkan perbualan pada perkara-perkara penting sahaja. Usah dituruti nafsu remajamu yang sedang mekar dipermainkan nafsu dan iblis. Niatkan kerana Allah, Allah pasti membantu.

Allah menukilkan ejekan syaitan kepada manusia dalam surah Ibrahim, ayat 22, Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.

Apa yang kita fikirkan setelah meneliti ayat ini? Syaitan menyatakan bahawa kuasanya hanya dapat mengajak kita sahaja. Dia langsung tiada kuasa memaksa kita melakukan menurut kehendaknya. Kita sendirilah yang berkuasa menentukan apa yang kita mahu.

Jika kita memilih ‘mahu’ menurut kehendak dan reda Allah, maka mohonlah kekuatan kepadaNya.Sempitkan jalan nafsu dengan berpuasa sunat. Sibukkan diri dengan kerja-kerja kita yang lebih banyak dari waktu yang ada. Insya Allah, apabila kita fokus pada sesuatu perkara, kita akan dapat melupakan perkara lain. Insya Allah.

Allah berkata dalam surah Al Ahzaab, ayat 4,
Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya.
Maksudnya kita tidak mampu menumpukan dua perkara dalam satu masa. Bila hati sedang khusyuk ingat Allah, mustahil hati boleh pula ingat perkara-perkara lain.
Lidah yang berzikir belum tentu hatinya turut berzikir. Tapi hati yang berzikir akan membuatkan lidahnya turut berzikir. Jadi beri tumpuan pada hati.


4. Maafkan diri sendiri atas perkara yang tidak disengajakan. Sedangkan Allah tidak mengambil kira perbuatan yang tersalah.


وَ لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيْمَاۤ اَخْطَاْتُمْ بِهٖۙ وَلٰكِنْ مَّا تَعَمَّدَتْ قُلُوْبُكُمْ‌ؕ وَكَانَ اللّٰهُ غَفُوْرًا رَّحِيْمًا‏

Kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Al-Ahzaab, 5

5. Usah jemu bermujahadah.
Ingatlah adikku, setiap mujahadahmu diberi perhatian oleh Allah. Ganjaran pahala sedia menanti. Justeru untuk apa engkau merasa jemu?
Allah berkata dalam surah Al-Naazi’aat, ayat 40 dan 41,Sesiapa yang takut akan kedudukan Tuhannya dan menahan diri dari menuruti hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempatnya.
Iya adikku, kalau kita lakukan sesuatu dan meninggalkan sesuatu kerana takutkan Allah maka Allah menjanjikan syurga buat kita. Menangislah syaitan dan iblis apabila kita terus bersemangat bermujahadah agar mendapat jiwa yang tenang.

6. Bertaubat dari kesalahan yang kita sendiri usahakan dengan sengaja.
Jika terdapat unsur-unsur derhaka kepada Allah sehingga kita ditimpa ‘bala perasaan’ itu seperti tidak menjaga batas pergaulan, maka pahitnya mujahadah itu adalah sebagai kaffarah dosa-dosamu. Teruslah menuju Tuhanmu. Jangan berputus asa. Allah Maha Mendengar rayuan dan keluhanmu.

Tatkala dosamu diampunkan Tuhan, insya Allah, Allah lapangkan dadamu dan melepaskan dirimu dari belenggu perasaan yang menyiksa.


7. Beri tempoh untuk diri sendiri.
Berilah juga masa untuk perasaan itu hilang dari dirimu. Usah dilayan dan juga usah dipaksa pergi.
Perasaan adalah suatu hal yang sungguh halus dan bergantunglah kejap-kejap pada Yang Maha Memahami. Allah pasti membantu.
Ingatlah janji Allah yang dinukilkan dalam Surah Al-Ankabut, ayat 69,


وَالَّذِيْنَ جَاهَدُوْا فِيْنَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ‌ؕ وَاِنَّ اللّٰهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِيْنَ


Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, pasti Kami akan pimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
Sebenarnya masih banyak konsep atau prinsip asas dalam Islam yang boleh membantu kita bermujahadah. Memadailah saya menggariskan perkara-perkara yang paling penting sebagai panduan beramal.

Beginikah cinta?
Buat gadisku, simpanlah ‘mawaddah dan rahmah’ itu hanya untuk suamimu yang sah. Indahnya ‘mawaddah dan rahmah’ itu sudah pun kunikmati bersama suami yang Allah ciptakan dan janjikan untukku. Kusimpan ia sejak usiaku mengenal baligh. Indahnya ajaran Islam. Usah diraikan Valentine Day. Ia bukan budaya Islam. Tahniah buat anda yang punya pengalaman seperti saya. Segala puji hanya untukMu Tuhan yang memilih kami meniti jalanMu.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Labels:

posted by Nojie Alias @ 6:56 AM   0 comments
PETUA TAHAJJUD

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـٰنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُزَّمِّلُ
Wahai orang yang berselimut!.

قُمِ ٱلَّيۡلَ إِلَّا قَلِيلاً۬
Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),

نِّصۡفَهُ ۥۤ أَوِ ٱنقُصۡ مِنۡهُ قَلِيلاً
Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu,

أَوۡ زِدۡ عَلَيۡهِ وَرَتِّلِ ٱلۡقُرۡءَانَ تَرۡتِيلاً
Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”.

إِنَّا سَنُلۡقِى عَلَيۡكَ قَوۡلاً۬ ثَقِيلاً
(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).

إِنَّ نَاشِئَةَ ٱلَّيۡلِ هِىَ أَشَدُّ وَطۡـًٔ۬ا وَأَقۡوَمُ قِيلاً
Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya.
Al-Muzammil:1-6


Saya kira masih ramai antara kita yang tahu mengenai kelebihan solat Tahajjud tapi masih ‘bercinta’ dengan gebar selesa di dini hari yang sepi. Susah betul mahu bangun pagi-pagi buta itu, bukan? Tahu dan mahu tapi belum mampu berpisah dengan tilam dan selimut. Apatah lagi saat orang lain lena dibuai mimpi. Sayang betul mahu korbankan waktu tidur itu, iya tak?
Alangkah Subuh ditangguh-tangguh, inikan pula mahu bangun Tahajjud!



Saya ingin berkongsi secangkir nasihat dari tokoh ulama bertaraf wali, Tuan Guru Nik Abdul Aziz (lebih mesra dipanggil Tok Guru) mengenai solat Tahajjud.

Tok Guru berkata, “Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah.
Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya). Kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga. Kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.”

Tidakkah kita merasa malu kepada Allah bila terjaga pagi-pagi buta, Allah sedang menunggu permintaan kita untuk dikabulkan tapi kita menyombongkan diri dengan memejam rapat mata kita.

Suweileh, Amman, Jordan
Tahun pertama di Jordan, saya masih liat bangun Tahajjud walaupun bab solat fardu, saya segera menunaikannya sebaik masuk waktu kecuali ada rukhsah syar’ie. Pesanan Hassan al-Banna itu dapat pula saya lunasi, alhamdulillah. Saya istiqamah dengan nasihat Tok Guru sebelum ini. Doa sahaja dalam selimut. Apalah pandangan Allah pada saya…!

Takdir Allah, seorang teman serumah yang baru saya kenali dan tinggal sebilik pula suka bangun Tahajjud. Bukan sekali sekala, tetapi setiap malam kecuali datang bulan. Saya tahulah dia bangun Tahajjud setiap malam sebab saya pun terjaga setiap malam juga, alhamdulillah. Masa-masa tertentu ada juga yang tidak sedar. Teman saya itulah yang kejutkan saya agar bangun Tahajjud.

Dalam diam saya kagumi dia tapi opss… teman saya itu sedar hanya dia yang bangun malam. 3 orang lagi rakan serumah membuta sahaja kerjanya. Jarang-jarang gagahkan diri untuk Tahajjud. Dia paling muda di antara kami berempat. Suatu hari, dia membebel pada kami menyebut tentang kepentingan Tahajjud.

Hmm…patutlah dia kelihatan biasa sahaja dengan Tahajjud, rupa-rupanya ahli keluarganya dilatih sejak kecil untuk bertahajjud. Bapanya salah seorang ulama di Perak (sekarang Allahyarham). Banyak didikan yang baik dari keluarganya dikongsikan dengan kami.

Sejak kena bebel itulah, saya mula rajin bangun malam. Itu pun banyak juga ’last minute’- menunggu saat azan Subuh dikumandangkan. Apa pun, syukur kepada Allah yang mengurniakan teman yang baik dan ikhlas. Khasiat Tahajjud ini memang besar.

Akhir kata, memang benar apa yang Tok Guru pesan sebelum ini. Hargailah waktu sedar di tengah malam dengan memohon kepada Allah walau sedikit. Insya Allah, lama kelamaan, kita akan ada kekuatan untuk menunaikan Tahajjud.

Labels:

posted by Nojie Alias @ 6:27 AM   0 comments
RAHSIA KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA
Perkahwinan mengandungi erti saling memberi dan menerima. Justeru, suami isteri seharusnya berusaha memperbaiki hubungan dan menambah resepi cinta antara satu sama lain. Jika hanya sebelah pihak yang berusaha, ia tidak akan berkesan. Namun sesiapa yang memulakan dahulu, dialah yang terbaik di sisi Allah, insya Allah. Oleh kerana yang bertanya adalah pihak suami, maka saya fokuskan pada mereka dulu. Terima kasih kepada yang bertanya. Moga keprihatinan saudara mendapat limpahan kasih sayang Allah.


Apa-apa yang saya nyatakan di bawah ini merupakan hasil saya belajar dari kesilapan saya sendiri, juga melalui pembacaan untuk mengenal diri sendiri sebagai wanita. Baja 1 dan Baja 2 merupakan petua umum untuk suami atau isteri. Baja 3 dan seterusnya adalah khusus untuk para suami.

Baja 1
Recharge IMAN (Perbaharui IMAN)
Saudara percaya kepada Allah sebagai Ilah (Tuhan) yang menciptakan diri saudara dan menjodohkan saudara dengan isteri saudara? Allah itulah yang menjanjikan limpahan Mawaddah dan Rahmah bagi pasangan suami isteri. Allah berkata melalui surah Ar Rum, ayat 21,


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.


Ayat ini banyak dicetak di kad jemputan kahwin sekarang. Saya berharap mereka yang memilih ayat ini dapat memahami apa yang tersurat dan tersirat dalam ayat tersebut.


Lampu dapat dinyalakan kerana adanya arus elektrik. Arus elektrik itu datangnya dari kabel yang dibekalkan menurut kawasan. Kabel itu pula mendapat bekalan dari stesen jana kuasa hidroelektrik. Jika mana-mana wayar atau kabel yang berkesinambungan dengan stesen jana kuasa tadi terputus atau rosak, maka bekalan elektrik akan terputus.


Mawaddah itu datangnya dari Allah yang bersifat al-Wadud (Yang Maha Menyintai). Bila kita sentiasa ‘online’ dengan Allah, maka bekalan Mawaddah itu akan berterusan menyinari pasangan suami isteri. Bila cahaya Mawaddah semakin malap, apa yang kita perlu cek ialah wayar atau kabel yang menghubungkan kita dengan Allah. Hanya satu kabel yang wujud dalam diri kita, itulah hati.


Lampu elektrik akan bercahaya tatkala menerima arus elektrik. Begitulah hati yang akan bersinar dengan kasih sayang apabila menerima kasih sayang Allah. Kasih sayang Allah hanya dapat diperolehi dengan menunaikan yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang. Baja 1 ini adalah prinsip umum dalam konteks komunikasi dengan manusia. Hubungan suami isteri adalah sebahagian daripadanya.


Allah hanya dapat dirasa oleh hati, bukan dengan akal. Oleh sebab itu Allah menyebut bahawa dia tidak melihat rupa dan harta kita tetapi Dia melihat hati-hati kita. Allah juga tidak menyebut bahawa Dia melihat akal kita. Sebaliknya akal banyak disebut agar manusia menggunakannya untuk berfikir. Hasil fikiran itu adalah untuk ‘recharge’ IMAN dan TAQWA di hati.




Baja 2.
Mengambil Vitamin Z.
Vitamin Z ialah Zikrullah. Apa beza dengan Baja 1 di atas? Baja 1 adalah tahap kita perlu bertafakkur dan mengoreksi diri di manakah tahap hubungan kita dengan Allah selama ini. Apakah solat kita khusyuk? Apakah puasa kita ok? Apakah kita yakin bahawa Allah al-Wadudlah berkuasa memberi atau menarik balik Mawaddah dan Rahmah di hati suami atau isteri? Setelah memastikannya, kita tidak perlu berlengah-lengah lagi untuk mengambil Vitamin Z. Vitamin Z penting bagi memastikan kita sentiasa ‘online’ dengan Allah.



IMAN itu boleh bertambah dan berkurang berdasarkan amalan seseorang.
Amalan pertama yang mesti dijaga ialah solat dan kualitinya. Solat merupakan kaedah komunikasi WAJIB dengan Allah.


Solat sudah beres?
Amalkan zikir tetap seperti bacaan al-Mathurat sama ada Mathurat kecil atau besar. Juga wirid-wirid lain bersumberkan amalan Rasulullah s.a.w.


Salah seorang anak Tuan Guru Nik Abdul Aziz (Tok Guru) yang berusrah bersama saya berkongsi petua Tok Guru dengan kami. Katanya, ayah berpesan agar amalkan mana-mana bacaan dari al-Mathurat walau sedikit. Bacaan itu dijadikan rutin harian.


Saya ada pengalaman meninggalkan bacaan al-Mathurat selepas kahwin. Sedangkan saya mengamalkannya sejak remaja. Saya tidak sedar kekurangan itu sehinggalah seorang sahabat menegur saya.


Beberapa tahun yang lalu, suatu hari, saya bertemu dengan sahabat itu. Dia lebih muda dari saya namun menempuh alam perkahwinan lebih awal. Biasalah dalam usia perkahwinan yang masih baru, kita belum benar-benar mengenali pasangan. Jadi saya minta nasihat dia. Daripada cerita saya, dia ‘detect’ saya berkenaan al-Mathurat. Saya tidak sentuh pun hal al-Mathurat tapi itulah nasihatnya pada saya. Seolah-olah dia dapat membaca bahawa saya dalam keadaan meninggalkan amalan tersebut. Justeru itulah saya merasa berat dengan apa yang berlaku di sekeliling walaupun mungkin pada hal-hal kecil sahaja.


Masalah yang kita rasa masalah belum tentu ia hakikat kepada masalah yang sedang dihadapi. Masalah sebenar saya ialah saya lalai dari Allah, maka Allah menguji saya agar saya kembali kepadaNya.


Pada asasnya, suami saya seorang yang baik, lemah lembut, bertanggungjawab dan penuh kasih sayang. Keadaan itu menyebabkan saya terleka tanpa disedari. Manusia itu diciptakan lemah dan mudah hanyut dalam nikmat. Saya masih menjaga ibadah yang wajib namun amalan sunat yang biasa dilakukan, sedikit demi sedikit saya mengabaikannya. Tiada yang lebih baik kecuali Allah.


Alhamdulillah, sejak hari itu saya mengamalkan semula al-Mathurat. Saya perasan suami juga istiqamah membaca al-Mathurat. Hubungan kami terasa bertambah baik. Saya juga memohon kepada Allah agar dijadikan saya dari kalangan hambaNya yang bersyukur ketika senang dan sabar ketika susah.


Kembalikan hati kita kepada Allah, Allah kembalikan hati-hati yang ikhlas kepada kita.




Baja 3
Memahami psikologi wanita yang suka berkomunikasi.
Wanita dikenali dengan sikap suka bercakap dan berbual. Mereka suka melahirkan perasaan mereka secara lisan. Jadi lakukan perkara yang sama terhadap isteri.


Ucapkanlah apa yang ada di hati seperti sayang, rindu dan lain-lain pada isteri. Sebenarnya Islam memang menunjuk cara demikian. Bila kita tidak menzahirkan apa yang ada di hati, isteri tidak akan tahu dan yakin bahawa suaminya menyayangi dirinya.


Ini menyebabkan isteri terasa jauh hati, sepi dan rindu meskipun suaminya menunaikan tanggungjawab dengan baik.


Persepsi wanita terhadap kasih sayang ialah yang sering diucapkan. Ia adalah fitrah kejadian wanita dari sudut emosi yang Allah ciptakan. Justeru suami perlu memahami keadaan ini dan berusaha mengisi emosi isteri.


Pada pandangan saya, ia adalah sebahagian nafkah batin yang perlu dilunasi. Nafkah batin bukan sekadar ‘hal atas katil’ yang bersifat fizikal tetapi juga ‘hal komunikasi intim’ yang mampu menerbit rasa bahagia.


(Seksa tau perasaan isteri bila bertahun-tahun kahwin, sepatah ucapan sayang atau rindu tidak didengari dari suami. Itulah sebabnya suami-suami yang sudah memberi nafkah zahir dan nafkah ‘atas katil’ bingung melihat isteri masih murung. Tiada seri diwajah. Isteri pula malu mahu minta ucapan-ucapan demikian dari suami. Dia mahu suami belajar dan memahami sendiri apa yang dia mahukan. Paling penting ia lahir dari hati suami yang tulus. Bukannya dibuat-buat sekadar mengambil hati.)


Menurut pemerhatian saya, ramai suami yang berjaya berpoligami kerana pandai bermain dengan kata-kata meskipun mereka kurang bertanggungjawab dari sudut nafkah dan sebagainya. Wanita mudah percaya dengan apa yang dilihat dan didengar sebab itu kesaksian mereka agak kurang sikit dibandingkan dengan lelaki. (Tajuk tesis Sarjana saya ialah Konsep Kesaksian Wanita Menurut Undang-undang Keterangan Islam)


Kelebihan yang Allah kurniakan pada sebahagian lelaki itu telah disalahgunakan. Merekapandai menawan emosi (baca: hati) wanita agar berkahwin dengannya namun tanggungjawab dipandang enteng.


Sebahagian ‘buaya’ pula mengeksploitasi wanita dengan kata-kata manisnya. Malangnya nasib ummah hari ini bila lelaki mempergunakan wanita, bukannya melindungi mereka. Yang haram dipujuk rayu, yang halal (isteri) di jerkah herdik.


Apa yang diterangkan di atas merupakan manifestasi komunikasi yang begitu penting dalam konteks menyubur mawaddah dengan isteri.

Labels:

posted by Nojie Alias @ 5:39 AM   0 comments
PANDUAN KEHIDUPAN
Friday, March 6, 2009

ALLAH TOLAK AMALAN BAIK GOLONGAN KUFFAR
Tidak sama di sisi Allah SWT antara yang baik dan yang buruk sama ada amalan yang baik dengan amalan yang buruk, perangai yang baik dengan perangai yang buruk, pegangan yang baik dengan pegangan yang buruk, kepercayaan yang baik dengan kepercayaan yang buruk, ilmu yang baik dengan ilmu yang buruk. Walaupun menakjubkan kamu melihat perkara yang buruk, ramai mengikut yang buruk dan ramai yang mendapat harta yang haram sekaligus kaya atau menjadi jutawan dengan hasil yang haram.



Tidak sama dengan yang baik, perkara yang buruk itu dari segi kebaikan di dunia dan di akhirat sebagaimana tidak sama di antara iman dan kufur walaupun seringkali engkau melihat kehidupan orang yang beriman itu susah. Sementara orang yang kufur itu senang. Orang yang beriman itu berada dalam kesulitan sementara orang yang kufur itu berada dalam kesenangan. Begitulah juga negeri yang baik dan menegakkan ajaran Allah SWT dengan negeri yang sebaliknya.



Firman Allah yang bermaksud : “ Dan negeri (tanah) yang baik, keluar tumbuh-tunbuhan dengan izin Allah SWT dan tanah yang buruk tidak mengeluarkan melainkan yang tidak baik.” (Surah al-A’araf : 58)



“ Adakah Kami jadikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh seperti orang yang melakukan kejahatan di atas muka bumi, adakah sama orang-orang yang bertakwa dengan orang-orang yang jahat ?” (Surah Sodh :28)



“Adakah orang-orang yang melakukan kejahatan itu beranggapan bahawa Kami jadikan mereka sama seperti orang yang beriman dan mengerjakan amal yang solih ?” (Surah al-Jathiah :21)



Tidak sama disisi Allah SWT orang yang beriman dan beramal solih dengan orang yang tidak beriman dan melakukan kemungkaran. Tidak diterima amalan sedemikian rupa dan ia tidak sama dengan orang-orang beriman.



“Adakah kamu jadikan bahawa kerja kamu member minum kepada jemaah haji yang dating ke AMakkah dengan air zamzam dan kamu memakmurkan Masjidil Hara, kamu jadikan ia sama dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan akhirat serta berjihad pada jalan Allah, tidak sama di sisi Allah.” (Surah at-Taubah : 19)



Walaupun Musyrikin Makkah member jemaah haji minum dengan air zamzam dan memakmurkan Masjidil Haram dengan titik peluh mereka, tetapi amalan mereka tidak diterima Allah SWT. Walaupun itu amalan yang dilakukan mestilah dibina diatas iman, sekaligus amalan yang baik nescaya mahal nilaiannya di sisi Allah SWT.



Sementara yang buruk pula murah bahkan tiada nilaian langsung di sisi Allah SWT. Mengikut riwayat al-Wahidi dan al-Attohani di dalam kitab al-Targhib, ayat ini mempunyai sebab turunnya berkait dengan pengharaman arak.



Mengikut riwayat Jabir bahawa Nabi SAW telah menyebut berkenaan pengharaman arak. Lalu bangun seorang Badwi, lalu dia berkata : “ saya menjadikan arak sebagai barang perniagaan saya. Dan daripadanya saya memperolehi harta. Adakah harta daripada arak itu member manfaat kepada saya ?”



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah tidak menerima sesuatu melainkan yang baik” Lalu Allah menurunkan ayat ini. Menikut riwayat yang lain, Nabi SAW bersabda yang bermaksud “ sesungguhnya Allah SWT mengharamkan kepada kamu menyembah berhala, meminum arak dan mencela keturunan. Ingatlah sesungguhnya arak itu dilaknat, orang yang meminumnya, orang yang memerahnya, orang yang menghidangnya, orang yang menjualnya dan orang yang memakan hasil jualannya.”



Seorang Badwi bangun dan bertanya, “ Wahai Rasulullah SAW, saya saya seorang yang menjadikan arak sebagai perniagaan saya, saya mengambil daripada harga jualan arak menjadi harta saya. Adakah member manfaat sekiranya saya membelanjakan harta itu ke jalan Allah ?”


Baginda SAW menjawab “ Sekiranya engkau membelanjakannya, menunaikan haji , berjihad atau bersedekah, ia tidak ada nilai di sisi Allah walaupun sebesar sebelah sayap nyamuk. Sesungguhnya Allah tidak menerima melainkan apa yang baik.”



Hadis ini menyatakan sebab turun ayat ini. Menunjukkan kepada kita bahawa semua harta benda yang haram ditolak Allah. Sama ada harta benda yang haram itu kerana menjual barang yang haram, termasuk arak, babi, judi, mencuri dan seumpamanya ataupun dengan berjual beli secara haram (jual beli yang tidak sah disisi syarak).

ENAM SYARAT PUASA BERSIFAT BATINIAH
Terdapat enam syarat puasa bersifat batiniah yang perlu dilakukan ketika berpuasa.

PERTAMA ; ikhtiar kawal pandangan mata daripada melihat sekehendak hati, kepada perkara dimarahi dan dicela syarak. Yang boleh melalaikan daripada mengingati Allah SWT dan membawa haram.

KEDUA ; kawal lidah semasa berpuasa daripada perkara yang tergolong bahay, antara menuturkan kata-kata yang tidak berfaedah – bercakap bohong, mengumpat, mengadu domba, menyumpah seranah, bertutur dan berkelakuan kasar, bergaduh dan menunjuk-nunjuk.

Semua itu termasuk dalam fujur iaitu segala sifat mazmumah yang dibenci oleh syara’. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud “ Dan jiwa serta penyempurnaan (ciptaanNYa), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.” (Surah Asy-Syams : 7-10)

KETIGA ; kawal telinga daripada mendengar segala perkara yang tidak disetujui Allah SWT, sama ada yang makhruh apatah lagi yang haram. Justeru, Allah SWT menyamakan antara orang yang mendengar perkara yang tidak baik, orang yang makan barang haram.

Dari segi ubudiyah terhadap Allah SWT bahawa lidah dan telinga fungsinya sama, justeru setiap yang dilarang menuturnya maka dilarang juga mendengarnya seperti yang ditegaskan oleh firman Allah SWT yang bermaksud ; “Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengar berita dusta, banyak memakan yang haram,” (Surah al-Maidah : 42)

KEEMPAT ; pelihara tangan dan kaki daripada segala aktiviti dosa, tangan tidak menjamah dan kaki melangkah ke tempat yang terlarang. Kawal perut daripada barang syubhah waktu berbuka puasa. Makanan yang haram sudah semestinya wajib dihindari, kerana bagaimana seseorang itu berfikir sedangkan pada siang hari makanan yang halalpun dijauhi. Tidak ada ertinya jika sanggup berlaparsepanjang hari kerana berpuasa, tiba-tiba sediakan juadah berbuka daripada sumber yang haram.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ; “ Berapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat suatu apapun, hanya mendapat lapar dan dahaga.” Ramai orang yang menyangka dirinya telah beribadah dengan sempurna, dan berharap akan mendapat faedah di akhirat, tetapi dia tidak memikirkan dan berusaha bagaimana ibadah yang dikehendaki oleh ALLAH SWT, yang boleh menjadi bekalan pada hari kiamat kelak.

Ulama’ ketika menafsirkan hadis tersebut menyatakan, bahawa itulah jenis orang yang berpuasa, tetapi waktu berbuka daripada rezeki yang tidak halal. Sesetengahnya pula berpendapat bahawa mereka berbuka dengan rezeki yang halal. Tetapi malangnya lidahnya terbabit dengan mengumpat. Dan setengah ulama’ pula berpendapat, mereka tidak menjaga anggota tubuhnya daripada melakukan dosa, seperti tidak mengawal pandangan dan pendengaran.

KELIMA ; meskipun makanan yang dihidangkan untuk berbuka adalah daripada hidangan yang halal, tetapi tidak sayogia memakannya dengan banyak hingga kenyang. Jika nasihat nabi SAW jadi amalandalam perkara makan, supaya berhenti makan sebelum kenyang, ia member kesan yang baik kepada tubuh badan.


Kenyang terutamanya waktu berbuka ia akan mengakibatkan mengantuk dan malas. Seterusnya akan menjejaskan ibadah bagi menghidupkan malam pada bulan Ramadhan yang mulia. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ; “ Tiada perut yang dibenci oleh Allah SWT melainkan, perut yang dipenuhi makanan yang halal” Makanan yang halalpun boleh ke peringkat haram sekiranya berlebihan memakannya. Justeru, pada pandangan ahli ‘tazkiatun nafsi’ supaya membahagikan kandungan perut dengan tiga bahagian. Satu pertiga untuk makanan, sepertiga untuk air, dan sepertiga lagi untuk udara (bagi pernafasan). Dengan demikian anggota badan akan sentiasa sihat.



Bagaimana orang berpuasa mendapat fadhilat, jika tidak mengawal nafsu makan bagi memerangi syaitan. Jika dia kaut semua hidangan untuk balas dendam setelah seharian berlapar. Seolah sudah menjadi budaya menyediakan makanan lazat yang jarang ditemui diluar Ramadhan. Padahal tujuan berpuasa untuk menundukkan syahwat, supaya tidak tidak jadi jambatan syaitan musuh manusia dan musuh Allah SWT.



Kemungkinan syahwat yang hendak dikekang itu menjadi bertambah gagah pada bulan puasa. Ini kerana makanan istimewa yang jarang ditemui semakin mewah pada bulan puasa. Sebenarnya hikmah dan rahsia puasa difardhukan oleh Allah SWT, untuk melemahkan segala kekuatan syahwat, yang menjadi kuda tunggangan syaitan untuk mendorong manusia melakukan kejahatan.



Justeru, sesiapa yang meletakkan karung makanan di antara dada dan hati, orang itu pasti terdinding daripada cahaya malaikat.



KEENAM ; setiap kali berbuka puasa hendaklah ada perasaan antara takut dan menaruh harap, semoga puasanya dan ibadahnya diterima lalu dirinya jadi orang yang rapat dengan Tuhan. Ataupun ditolak dan amalannnya dilempar semula lalu jadi orang yang dimurkaiNya.




posted by Nojie Alias @ 6:15 AM   0 comments
PENDIDIKAN DAN PSIKOLOGI ANAK

ANAK HIPERAKTIF DAN GULA PASIR
Otak manuasia memerlukan sumber glukosa untuk berfungsi. Oleh kerana otak tidak boleh menyimpan glukosa, sumber glukosa itu diperolehi daripada glukosa yang ada dalam pengaliran darah. Paras yang seelok-eloknya ialah dalam lingkungan100mg bagi setiap 100ml darah. Sekiranya jumlah ini jatuh kepada 70mg/100ml darah, kita mungkin pening, rasa gelisah dan tidak boleh berfikir. Pada paras 8mg/100ml, biasanya seseorang itu akan mengalami keadaan koma.
Otak amat sensitive bila paras gulanya melebihi 100mg/ml. Apabila paras glukosa ini tinggi (diberi nama HYPERGLYCAEMIA) system pengangkutan glukosa ke dalam sel otak akan tertutup dan gula tidak dapat masuk ke dalam sel-sel otak. Dalam keadaan hyperglycaemia itu, otak akan mengarahkan limpa untuk mengeluarkan insulin yang akan menyalurkan glukosa ke otot-otot dan dibakar untuk menghasilkan tenaga. Jika pembakaran berlebihan kerana terlalu banyak glukosa, pesakit akan bergerak tanpa kawalan. Dengan tenaga yang berlebihan penghidap akan mula melompat-lompat, berlari, menjerit dan berkelakuan tanpa kawalan.
Pembakaran glukosa akan menghabiskan vitamin B1,B2, B3, kalisum, magnesium dan oksigen serta sebahagian besar bekalan itu digunakan untuk gerak-geri otot, yang mengurangkan bekalan untuk kegunaan otak. Keadaan ini mempengaruhi emosi penghidap. Perasaan gelisah, resah dan cemas akan timbul kerana otak tidak mendapat bekalan yang cukup.
Demikianlah keadaannya : apabila gula banyak, penghidapnya buas, apabila berkurangan dia menangis. Inilah yang dinamakan “SUGAR SEIZURES” yang sering kita lihat dikalangan anak-anak kecil. Oleh kerana otak anak kecil sedang berkembang, ia akan meninggalakan satu tabiat sehingga dewasa. Biasanya kesan baik dari menghentikan gula dan coklat ini amat ketara sekali.
posted by Nojie Alias @ 6:14 AM   0 comments
SEBERSIH HATI ATHIYAH
Athiyah bin Khalaf adalah seorang pedagang kurma di Mesir. Allah SWT telah member kekayaan kepadanya yang melimpah ruah. Belum berapa lama, beliau ditimpa ujian kemiskinan sehingga yang tinggal hanyalah pakaian yang dipakainya sahaja.

Pernah suatu ketika pada hari Asyura’ (10 Muharam), Athiyah menunai solat subuh di masjid Amru Al-Ash. Beliau duduk berjauhan sedikit daripada orang lain, untuk berdoa dan menajat ke hadarat Allah SWT. Lazimnya, kaum wanita tidak dibenarkan masuk masjid tersebut. Tetapi berlainan pula pada hari Asyura’. Mereka dibenarkan masuk untuk berdoa.

Tiba-tiba seorang wanita dan anak-anaknya dating kepada Athiyah. Dia merayu supaya dapat diberikansedikit makanan kepada anak-anaknya yang telah yatim. Wanita itu tidak ada tempat lain untuk mengadu nasibnya kerana asalnya keturunan syarifah (mulia). Dia pula tidak mengenali sesiapapun. Dia juga tidak pernah keluar rumah kecualilah pada hari itu, keadaannya sudah terdesak.

Athiyah berkata pada dirinya sendiri : “aku sendiripun tidak mempunyai apa-apa kecuali kain yang aku pakai ini, Sekiranya kain ini aku beri kepadanya di sini, terbukalah auratku. Tetapi jika aku menolak permintaannya, bagaimana aku hendak menjawab dengan Allah SWT kelak ?”

Athiyahpun mengajak wanita tersebut ke rumahnya sementara wanita dan anak-anaknya menunggu di luar. Athiyahpun membuka pakaian tadi lalu menyerahkan pakaiannya kepada wanita itu. Beliau mencari sisa-sisa kain yang dapat dipakai untuk menutup auratnya.

“Terima kasih tuan, Semoga Allah SWT member pakaian perhiasan syurga dan engkau tidak lagi berhajat kepada orang lain sedudah ini.” Kata wanita tersebut dengan gembira sambil berdoa.

Pada malam itu Athiyah bermimpi bertemu dengan bidadari yang teramat cantik. Bidadari itu memegang sebiji epal yang harum baunya. Dia member epal itu kepada Athiyah. Athiyah membelah epal tersebut, yang menampakkan di dalamnya perhiasan syurga yang tidak dapat dinilai dengan dunia dan seisinya.

“Siapakah engkau ?”

“Aku Asyura’ isterimu di syurga”

“Bagaiman saya memperolehi perhiasan ini ?”

“Dengan doa wanita dan anak-anaknya yang telah engkau tolong itu” jelas bidadari itu.

Bukan sebarang orang dapat melakukan seperti Athiyah tadi. Hanya orang beriman yang yakin dengan janji-janji Allah SWT sedia berkorban walaupun yang ada padanya hanya sehelai pakaian yang tinggal. Rasulullah SAW pernah bersabda :

“Siapa yang diminta sesuatu kerana Allah, maka apa yang diberikan itu ditulis untuknya pahala tujuh puluh kebajikan” Al- Baihaqi

Oleh itu, manfaatkanlah harta yang kita miliki seperti wang yang berlebihan, kain baju yang banyak dan apa-apa sahaja yang ada kita. Sedekahkanlah kepada orang yang lebih memerlukan.

“Di hari kiamat, harta dan anak-pinak tidak berguna lagi, kecuali orang-orang yang mengadap Allah dengan hati yang sejahtera bersih dan beriman” (Surah Asy Syura’ ayat 88-89 )
posted by Nojie Alias @ 5:59 AM   0 comments
Wednesday, March 4, 2009
PETUA MENGHALUSKAN KULIT
Campur sebati 2 sudu oat dan 1 sudu soda bikarbanat. Tambahkan sedikit air dan gaul sehingga kenyal. Kemudian sapukan pada wajah dan gosok perlahan-lahan. Ia berfungsi seperti skrub. Setelah selesai, cuci dengan air bersih dan keringkan dengan tuala bersih.

MASK BERASASKAN MADU
Sebenarnya, rahsia asas topeng muka yang baik ialah madu. Mula-mula, lapkan wajah denagan sedikit air suam. Gunakan tuala muka yang bersih dan ratakan keseluruh wajah. Tujuannya ialah untuk membuka pori-pori. Kemudian sapukan sedikit madu dan biarkan selama 15-30 m init. Sesudah madu kelihatan sebati pada kulit wajah, cuci dengan air suam. Cuci sekali lagi dengan dengan air biasa untuk menutup kembali pori-pori. Amalkan petua ini seminggu sekali.

TOPENG MUKA DARI PERAHAN LEMON
Perah setengah biji lemon (boleh juga digantikan dengan lamau nipis). Campur dengan sedikit putih telur. Sebaiknya, sapukan ramuan ini sebelum tidur dan biarkan semalaman, atau paling kurang paling kurang 15 minit.
Gunakan iair suam untuk mencuci. Buah citrus memang berkesan untuk menghilangkan jeragat atau noda hitam. Asid semula jadinya berkesan untuk menghilangkan kekotaran.
posted by Nojie Alias @ 9:48 AM   0 comments
PETUA KECANTIKKAN



PETUA MENGHALUSKAN KULIT
Campur sebati 2 sudu oat dan 1 sudu soda bikarbanat. Tambahkan sedikit air dan gaul sehingga kenyal. Kemudian sapukan pada wajah dan gosok perlahan-lahan. Ia berfungsi seperti skrub. Setelah selesai, cuci dengan air bersih dan keringkan dengan tuala bersih.





MASK BERASAS MADU
Sebenarnya, rahsia asas topeng muka yang baik ialah madu. Mula-mula, lapkan wajah denagan sedikit air suam. Gunakan tuala muka yang bersih dan ratakan keseluruh wajah. Tujuannya ialah untuk membuka pori-pori. Kemudian sapukan sedikit madu dan biarkan selama 15-30 m init. Sesudah madu kelihatan sebati pada kulit wajah, cuci dengan air suam. Cuci sekali lagi dengan dengan air biasa untuk menutup kembali pori-pori. Amalkan petua ini seminggu sekali.


TOPENG MUKA DARI PERAHAN LEMON
Perah setengah biji lemon (boleh juga digantikan dengan lamau nipis). Campur dengan sedikit putih telur. Sebaiknya, sapukan ramuan ini sebelum tidur dan biarkan semalaman, atau paling kurang paling kurang 15 minit.
Gunakan iair suam untuk mencuci. Buah citrus memang berkesan untuk menghilangkan jeragat atau noda hitam. Asid semula jadinya berkesan untuk menghilangkan kekotaran.
posted by Nojie Alias @ 9:45 AM   0 comments
Siapa Saya

Name: Nojie Alias
Home: Al Khor, Qatar
About Me: Ibu kepada 4 orang anak ( 2 putera dan 2 puteri). Sedang belajar mengenali diri sendiri dan yang Maha Pencipta...semoga Allah perkenankan segala impian dan cita-cita. Amin....
See my complete profile
Tempahan Mee Kuning
Radio Online



Borak Siber
M A Q
Qatar Living
Pautan Laman
Komen Terkini
Arkib
Rakan Siber

Jumlah Pelawat
Rujukan Pelawat
Dijana Oleh

BLOGGER

Pelawat Online

© 2009 Nojie Alias